Sabtu, Oktober 11, 2008

PENGHARAPAN SUAMI



Pengharapan suami terhadap isteri...



(ku petik draf asalnya dari catatan sidia '97)






1. Kasih sayang dan kemanjaan. Dengan kata lain, cantik dipandang mata (cantik sebenarnya bersifat subjektif). Lain orang lain aspek dan penilaian kecantikannya. Dan lagi, kemas penampilan serta memberahikan. Inilah yang paling penting untuk membuatkan orang lelaki terpelihara sedikit 'minat'nya yang asyik dok suka memandang ke luar jendela saja... sedangkan yang sedia menunggu di kamar peraduan tu, itulah yang terbaik, dijamin halal lagi!






2. Kefahaman isteri. Orang lelaki ni umumnya bersifat 'ringkas'. Sekali kita cakap, harap-harap awak faham lah ye. Macam lagu nasyid sdr. Nazrey tu, "Isteri cerdik yang solehah, penawar hati, penyejuk mata, penajam fikiran..." Isteri yang cepat faham dengan kehendak dan maksud kata-kata suami tu tandanya cerdik dan tajam akalnya. Biasanya depa ni masa sekolah dulu biasa masuk pidato, syarahan dan debat kot.






3. Penghormatan seorang isteri. Apa-apa hajat dan keperluan pun, mintalah izin dulu dik. Sekali dengar tutur kata yang lemah-lembut penuh sopan-santun yang lahir dari sifat semulajadi- malunya seorang wanita bisa mencairkan ego lelaki. Banyak sekali kisah-kisah untuk teladan dalam bab ini. Contoh yang agak popular, bagaimana ketaatan seorang isteri yang sampai ayahnya meninggal pun, dia tidak berani keluar rumah selagi tidak mendapat izin suami. Maka kita ini agak-agak macam mana ye...






4. Sokongan dan galakan amatlah dialu-alukan daripada seorang isteri tersayang buat suami tercinta. Siapa lagi sahabat paling akrab dan teman paling rapat kalau tidak "member" di sebelah. Dengkur kita pun dia dah hafal liriknya. Sokong tak bermakna sokong apa sahaja tanpa melihat apa yang wajar disokong. Kalau suami nak patahkan pokok puding jiran sebelah, janganlah sokong. Nasihatlah balik, "Abang nak mintak maaf bila dengan jiran kita tu..." sebagai contohnya lah.






5. Tidak di'sabotaj', tidak dikecilkan hatinya, tidak disuruh-suruh, tidak dibanding-bandingkan... Makna kata, tidak dibuat sesuatu yang boleh membuatkan suami tiba-tiba rasa tercabar, rasa di"quen control"kan lah. Awas, bila che Abang dah "sound", "Awak ni ingat saya apa, awak ingat saya bodoh ke..., awak sapa nak mengajar saya, awak buat saya marah ni... " dan sebagainya lah.






6. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Rasa-rasa berapa peratus lagi para isteri yang masih mempercayai suami -suami kat Malaysia ni sehingga 100%. Letih juga tu nak menjawabnya. Dan, di situlah titik mulanya timbul perasaan cemburu, syak wasangka, ragu-ragu, susah nak percaya dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang orang mudah terpedaya dengan telahan dan andaian sendiri. Ditambah lagi dengan hasutan iblis dan syaitan laknatullah. Maka berantakkanlah rumah tangga sehingga membawa kepada kesudahan yang tak ingin kita lihat. (mohon dijauhkan)






7. Fahami karenah suami. Bercinta bagai nak rak. Bila dah kahwin baru ku tahu hidungmu senget sebelah ye tak. Siapa nak mengalah ni... Suami mungkin selalunya mudah mengalah bila isteri uwek-uwek... mengandunglah tu! Dia punya mengidam... nasib baik masih boleh didapati di Tanah Melayu ni. Ada kes isteri tak boleh bau nasi, jawabnya suami kenalah makan nasi kat kedai. Tak boleh bau sabun itu sabun ini, hai jenuhlah nak cari sabun yang bau dan haruman ngam dengan indera bau si ibu. Banyaklah lagi ragamnya tu, tapi suami yang cool, sabau.... So si isteri, macam mana...






8. Teguran dan kemaafan. Isteri kenalah tahan menerima teguran dan tegurlah suami dengan hikmah dan bijaksana. Budaya tegur-menegur adalah amalan dalam sebuah rumah tangga yang harmoni. Begitu juga dengan sikap saling maaf-bermaafan. Jangan tunggu 1 Syawal jer. Kita ni hari-hari buat silap, betul tak. Mengguris hati pasangan tu pun dah kira silap. Lambat jawab pertanyaan, balik ke rumah marah-marah, "hempas" pintu tanda protes la konon, mogok tak nak masak, buat muka poyo.... itu antara adegan yang tak sepatutnya kita lihat dalam rumah.






9. Doa yang berterusan dari seorang isteri dengan penuh penghayatan, pengharapan dan sebenar-benar ikhlas adalah hadiah amat bermakna untuk suami. Berdoalah untuk kebaikan semua, mengadulah kepada Tuhan apa-apa kebuntuan kita dalam mengurus kehidupan berumah tangga ini yang penuh pancaroba, ujian dan dugaan. Allah sayangkan kita, sebab itu Dia menguji kita untuk melihat sejauhmana keimanan kita.










Semoga rumahtangga yang dibina dengan niat kerana Allah akan mendapat nur hidayah dari-Nya, amin.






9 ulasan:

TWS berkata...

Damai rumahtangga pemangkin kecemerlangan insan. Masalah sosial berpunca dari tiada damai dirumah..anak-anak menjadi mangsa dan kita menuding jari kesana-sini. Bagus tips tu Cik Gu...cuma kekadang kaum Adam ni ego nya terlajak sedikit. Minta sesiapa buat research mana datangnya ego ni...maksud saya ayat asalnya..E.G.O...atau ada singkatan nama utk apa-apa tak? Sapa pakar bahasa sini?

Tanpa Nama berkata...

Bro..manisnye brumah tangga...bila bro nk pasang lg satu..ade niat x..klu xde bagusla..mrujuk kpd Tws KOMEN psl EGO..ok,perkataan EGO berasal dr name seorang perdagang yg berasal dari Brazil tetapi menetap di Lisbon pada thn 1680 name penuhnya Diego Alberto Arestra.Beliau seorang perdagang yg angkuh,bongkak dan sombong..tetapi beliau amat dihormati oleh masyarakt setempat..BHSO75

Zul-Elle berkata...

TERIMA KASIH TWS ATAS PANDANGAN DAN SARANAN ITU, SAMA-SAMA LAH KITA BUAT POST-MORTEM E.G.O YANG ADA KAT DALAM NI. MAKIN DIBIARKAN MAKIN MENEBAL MAKIN TINGGI TAKAT EGONYA ITU.

Tanpa Nama berkata...

BHSO75..., Cam kenal jer kod ejen perisik ni...

hello bro, ko dah mintak permission kedutaan brazil & portugal lum mandai2 reka citer ni..

setau aku pakcik din beramboi pun masih gagal lagi dapatkan sumber yang sahih asal-usul EGO ni. Ko try tanya mm la, sbb dia pun pernah kuar entry asal usul b@#$%. Mna tau ada jawapannya!

naz ilyn berkata...

Salam..

Isteri yang gemilang merupakan hiasan dalam jiwa dan minda seorang suami. Senyumannya menyerikan lagi semangat dan perjuangan dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Isteri yang ingkar bagaikan duri dalam daging, menusuk setiap gerak nadi, memamah jiwa dan raga, serta menularkan bahang keresahan dan penderitaan.

Zul-Elle berkata...

Salam sore naz ilyn,

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:(maksudnya)
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik perhiasan dunia ialah wanita solehah."
(H.R. Muslim)

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM...Sy nk berkongsi pandangan ye tntg lelaki..b'cinta dan di cintai smmngnya lumrah insan di dunia yg fana ini..sft EGO yg ada pd lelaki ada btsnya..lelaki yg tlh b'takhta di ht ku kini jg m'punyai EGO nya yg t'sndr, nmun egonya utk kebaikan dr ku jg..EGO yg melampau wjud dlm dr lelaki yg miskin dgn perasaan kasih syg, btl x kaum lelaki?EGO yg blh di ktkan elok yg mn b'tepatan dgn hadis Rasul yg b'bunyi" ar-rijal qawwamuna 'ala nisa'"..renunglah wahai kaum lelaki...nk EGO pn b'tempatla ye...Wassalam...ustazah jQAF

Zul-Elle berkata...

Salam Ukhwah ya Ustazah j-Qaf,

EGO ni sebenarnya "pembunuh" nur sakinah dalam melestarikan keabadian cinta dalam syurga rumah tangga.

EGO ni dekat dengan BODOH SOMBONG, hampir dengan KERAS KEPALA, tak jauh dengan INDIVIDUALISTIK, adik beradik dengan SELFISH!

Hidup ini lebih indah dengan mantapnya IMAN, teguhnya TAQWA, bersulam SYUKUR, SABAR DAN REDHA...

yA uSTAZAH, lebih-lebih hamba tak pandai mengarang syair, bermadah seloka. Semoga ustazah sudah bersiap sedia melangkah ke fasa berikutnya.... bersama sidia pilihan hati, jodoh ketentuan dariNya, Amin...

Tanpa Nama berkata...

assalaamualaikum.

So, mcmana nak tangani masalah ego lelaki ni? Kita ckap xbole, xckap pun xbole. Kalau xckap, nanti diri sendiri yg termakan, sama juga kalau ckp. Nanti dikatakan kita ni keras kepala la, x mendengar kata2 la. Hmm.

Mohon bntuan. Terima kasih.
Salam.

Iklan lagi....!