Sabtu, Oktober 25, 2008

Hai, iblis pun hairan...!


Ada dua kehairanan iblis terhadap manusia, begini ceritanya...


Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada iblis laknat, "Wahai iblis! apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t." Iblis menjawab, "Ya Tuhanku! demi kemuliaan-Mu, aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabi-Mu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah di tengahnya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Wahai iblis! apa lagi yang engkau musykilkan?"


Kata iblis, "Ya Muhammad! sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu; Pertama: Mereka mengaku mencintai Allah s.w.t tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar, Kedua: Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku." Allah berfirman, "Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi Kemuliaan-Ku, Aku akan berikan pada umat Muhammad dua kebahagian iaitu; Pertama: Kecintaan mereka terhadap-Ku akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu." Kedua: Marah mereka itu kepada kamu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan."


Iblis menjadi tercengang bila mendengarkan penjelasan sedemikian dari Allah. Barula iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad adalah umat yang amat disayangi oleh Allah s.w.t. yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.


P/s: Kita ni... tak sayang ke diri sendiri, cam tak takut je neraka Allah!

6 ulasan:

unrestmind berkata...

begitu lah sifat manusia...klu x masakan ade syurga dan neraka..sykur pd Allah swt krn mmberikan kurniaan yg x trhingga pda kita yakni umat muhammad saw...aminn
**komentar sy brdasarkn isu yg dibangkitkan..

Unknown berkata...

Mereka yang lalai kadang kadang tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menilai baik dan buruk. Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk memberi ilmu itu? Ibubapa, guru, pemimpim, masyarakat atau mereka sendiri? Bukan salah ibu mengandung!

Apabila sudah terlanjur, masing-masing menuding jari! Tolong huraikan sebaiknya Sdr Zul. Terima Kasih.

Zul-Elle berkata...

Salam unrestmind,
klu x masakan ade syurga dan neraka..
Sbb Tuhan sudah mengingatkan "Barangsiapa yg. melakukan perbuatan baik walau sebesar atom akan dilihat-Nya, dan barang siapa yg. berbuat jahat walau sebesar atom pun akan dilihat-Nya jua".

Salam rez,
terima kasih sudi berkunjung.
Dengan ilmu - iman - amal insyaAllah semuanya kan selamat.
Ilmu itu dicari dan dituntut bukan ia mencari. Bergurulah walau dengan seorang budak klu dia lebih mengetahui.
Bukan salah ibu mengandung, tapi salah dan dosa klu tanpa nikah!
"Sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan", demikian indah bunyi peribahasa.
Ok la rez, hamba kurang arif dan tak banyak ilmu untuk menghurai. Namun, sekadar yg. termampu insya Allah... sudi2lah menjengah.

naz ilyn berkata...

Salam..
syair arab
sungguh aku diuji empat perkara
selalu menjeratku dalam binasa
iblis, dunia, nafsu dan syahwat
bagaimana selamat
sedangkan mereka musuh semuanya
kulihat syahwat merayu anganku
di kegelapan syahwat dan keinginanku.

"Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

p/s: Renung-renungkan..mungkin ada sesuatu yang boleh diambil aktibar

Zul-Elle berkata...

terima kasih naz...

dah lama tinggalkan perbahasan pasal syair2 Arab ni, ye la... masa form 6 (syariah) hampir 20 tahun nan lalu...

tentunya, byk iktibar & pengajaran utk dimanfaati.

Hjh Ruhayah Ehsan berkata...

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tahniah dari akak. Lama tak bertandang ke Blog ni...wah dah penuh artikel yang menarik.....belum sempat baca sepenuhnya......lainkali ye......TAHNIAH sekali lagi.

Iklan lagi....!