Rabu, September 30, 2009

Bertaubat dan Beristiqhfarlah setiap hari...

(Renungan dan peringatan buat diriku yang selalu lupa!)
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah "taubatan nasuha".
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

* Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi, Ameen!

Yang perlu anda tahu di sebalik 'Facebook'...

Tuesday, 29 September 2009

Boikot Facebook


Anda kenal dengan Facebook? Sebut saja Facebook,kebanyakan pengguna internet mesti mengenali satu portal yang dibangunkan untuk berhubung dalam dunia maya. Tahukan anda sejarah Facebook? Siapa yang menubuhkan Facebook dan berapa keuntungan yang mereka dapat dari portal ini? Setelah melakukan sedikit kaji selidik dalam internet dan bahan-bahan bacaan lain termasuk info terbaru dalam majalah Al-Islam baru-baru ini, maklumatnya amat memeranjatkan....!


Facebook mula diasaskan oleh : Mark Zuckerberg, seorang graduan Universiti Harvard.: Anak pasangan yahudi,Edward dan Karen Zurkerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. : Seorang yang genius komputer sejak kecil lagi.

*Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan yahudi yang kuat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

* Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel.

*Tujuan utama pembentukan : membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang.

*AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

*AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Keuntungan

*Pendapatan FACEBOOK datang dari iklan-iklan yang dipaparkan.

*Terdapat pelbagai sistem pengiklanan yang berbeza-beza di dalamnya. Contohnya, kaedah CPC (cost per click), sekali klik RM 0.50 dalam satu hari. Bagaimana jika 1000 orang klik pada iklan tersebut, jadi total sehari = RM 500. Klu sebulan? RM 500 x 30 = RM 15,000!! Klu Setahun pulak???Sebahagian daripada keuntungan tersebut disalurkan untuk MEMBIAYAI PEPERANGAN DI GAZA!!

Boikot Facebook

Dengan hanya klik pada facebook shj, kita sudah turut sama MEMBUNUH umat Islam Palestin di GAZA. Apalah ertinya kita memboikot barang-barang Israel jika kita tetap melakukan PEMBUNUHAN kpd saudara-saudara kita dengan menggunakan FACEBOOK???

FACEBOOK juga di gunakan dalam MENAIKKAN SEMANGAT TENTERA-TENTERA YAHUDI untuk memerangi UMAT ISLAM DI GAZA!!! JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN UMAT ISLAM DI GAZA PADA MATA DUNIA LUAR, SEOLAH-OLAH KITALAH PENGGANAS SEBENAR YANG MENYERANG MEREKA!!!


SEDARLAH!! SEDARLAH!! DAN SEDARLAH!! SAUDARA2KU...


Sedarilah saudara2ku sekalian, sesungguhnya kita semua dikurniakan akal fikiran yang sihat oleh Allah s.w.t untuk berfikir mana yang haq dan mana yang batil. Oleh itu, sama2lah kita muhasabah semula apa yang PATUT kita lakukan. DELETE shj akaun FACEBOOK anda atau anda ingin tetap terus menjadi PEMBUNUH UMAT ISLAM di GAZA??


*Sedikit tambahan, mungkin ada diantara kita yang mengatakan, tak perlulah tekan iklan yang ada di facebook, kerana ia yang akan menjana pendapatan tersebut.. Tapi pernahkah kita terfikir, pengasasnya adalah YAHUDI, walaupun kita tidak menekan iklan-iklan yang ada, kita tidak tahu mgkin ada bnde lain yg turut kita sumbangkan untuk membunuh saudara-saudara kita di PALESTIN..Walau apapun Facebook juga adalah 100% produk Yahudi. Sebar-sebarkan segera... Janganlah kita menjadi PEMBUNUH..

-ijoks2009-

-sebenarnya sy pernah publish entry ni dulu ,tapi tadi baca email dari teman bloger yag mengajak join facebook jadi rasa nak publish balik benda ni.Nak bagitahu saya boikot facebook walaupun saya tahu ada dikalangan pemimpin kita yg join facebook ... Itu hak mereka,Tapi saya tetap boikot Facebook.Masaalahnya org yg boikot facebook pun guna google ngan blogspot prodok yahudi jugak,susah jugak tu,hehe he,sng cerita boikot sekadar mampu.-



P/s: Terima kasih kepada:-

http://ijoks2009.blogspot.com/2009/09/boikot-facebook.html

di atas perkongsian maklumat ini. Wassalam

Sabtu, September 26, 2009

Apa ke nama tajuk lagu nasyid ni...

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila kenangkan Qahhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
(Muzik)
Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Menunjuk jalanku di Akhirat...
Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qahhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Di waktu mengenang Rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku bermohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat Kebesaran-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku bantulah hamba-Mu
Di dalam mendidik jiwaku ini...
Ah ah ah................
Oh oh oh.................
Uh uh uh...................

Abang Adam nak balik dah...


Maaf Zahir & Batin

Orang Balok dah datang

Senyum...1,2,3,4,5,6.7.8.9~
Oman, cuba duduk elok2 sikit!
Wah, sungguh menyelerakan!
Jangan malu jangan segan...
Tambah ler lagi, sikit sangat makan...





Jumaat, September 25, 2009

UNTUK WARGA BUKIT KUANTAN

GUNTING RAMBUT
Rambut sudah panjang?? Sakit kepala?? Anda atau anak-anak anda ingin gunting rambut?? Tetapi anda sibuk??
Malas nak ke bandar?? Masalah parking?? Anda malas menunggu dan tidak punya banyak masa nak ke kedai gunting rambut??
Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi!!
Kerana sekarang sudah ada perkhidmatan gunting
rambut bergerak dari rumah ke rumah!! Hanya hubungi saya sekarang di talian
014-8171855 (SHIDAN DADIDU)
Dan tukang gunting rambut yang berpengalaman sedia muncul di muka pintu rumah anda...... Berbagai fesyen sedia digayakan............ Jadi anda tidak perlu tunggu
dan bersusah payah berbaris lagi!!!
(PERKHIDMATAN HANYA WAKTU SIANG SAHAJA)

Dua beradik bergunting rambut...

Serius jerr Abang Adam, ke takut?

Jangan tidur ya, nanti terpotong telinga
Si abang ni, elok botakkan aje!

Ini gaya potongan pendek biasa

Ini pulak potongan no: 2 kata tukang gunting!
Budak2 dua beradik ni barulah hensem bila dah bergunting.



Anak dara Pak Ngah nan dua orang!

Auuw.... cak! Hello kakak Asma' wat pe tuu..

Amboi,amboi,amboiiii! menjeling pulak kak Aisyah

Buat Pak Ngah dan Mak Ngah, Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin, selamat menimang cahaya mata yang ke-3. Hai, bila2 masa jerr tuu... Rasa2nya puteri jugak ker atau putera kali ni ya... Apa pun, yang penting mohon agar selamat semuanya ye, insyaAllah! Nanti boleh geng ngan Husna Comel! Bertambah lagi sorang cucu Tokki & Nenek!

Siapa yang datang tuu...

Rabu, 5.30 petang itu...
"Oh.. Abang Li & Kak Shima ye... Jemput le masuk. Kami pun baru balik dari Indera Mahkota tadi. Ingatkan datang pagi esok. Tukar plan ye.... Tak pe laa. Ok gak petang ni. Lagi pun esok, ntah apa2 pulak agendanya ye.... Saya sekeluarga pun nak balik esok dah!"

Khamis, September 24, 2009

ke rumah Kak Nah di Indera Mahkota

Ohhhhhh......., ini rumahnya no: 22!

Mak aiiiii! pemalunya tuan rumah ni.

Amboi, cantiknya balang kuih dia!

Apa pun, Abang Adam dah jumpa geng.

Ni haaa... lagi tak abis, lagi belasah!
Hari Rabu, pegi beraya rumah Kak Nah di Indera Mahkota. Kebetulan sama sampai dengan emak dan ayah mertua Kak Nah. Bukan setakat makan kuih raya dan minum air oren jerrr... makan nasi sekali! Belasah, jangan tak belasah! Dah tau rumah ni, bila2 balik Kuantan nanti boleh ler singgah lagi, hi hi hi...





Pak Uteh & Mak Uteh berhari raya...

"Pak Uteh di Balok, yang si Kakak tu apahal?"

Pak Uteh di Binjai, mana buah hatinya....?

Mak Uteh & Che Na untuk pose ari raye...

"Buai laju-laju, nanti tercampak kat rumah Makcik Minah, he he he..."
Dah siap nak balik Bangi dah tu...

Pak Uteh & Mak Uteh berhari raya bersama buat pertama kalinya di Aidilfitri 1430, Alahai... syahdunya Mak Uteh terpaksa berhari raya tanpa ibu dan ayah tercinta di pagi 1 Syawal... uhuk... uhuk.... jangan ler sedih, Pak Uteh kan ade....! Pas tu, balik ler umah mak pulak.
Apa pun, semoga Pak Uteh & Mak Uteh semoga berbahagia hingga ke anak cucu!


Husna dah pandai apa....?

Husna Comel dah mula pandai meniarap dan dah mula angkat dada. Esok lusa sedar-sedar dah laju je merangkak... Jangan le alpa dan leka. Nanti ke tengah jalan pun sampai!

video

"Cuba Husna, cuba! Jangan mengalah..."

Itu dia..... boleh pun!

Rabu, September 23, 2009

20 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Peliharalah IMAN!


1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian.

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.

4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia dan bukannya mengikut ketentuan Allah.

5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya.

6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara.

7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.

8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul.

9. Menghina sesuatu daripada kitab atau sunnah atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah.

12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang yang beraqidah dan mukmin.

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

15. Menyatakan ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu. Isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham.

16. Tidak mengetahui dan mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya.

17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulullah s.a.w. dengan betul atau menafikan sifat-sifat terpuji yang diberikan Allah kepada Baginda.

18. Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

19. Membuat satu-satu perkara atau pekerjaan bukan kerana Allah.

20. Syirik kepada Allah s.w.t.
-Dipetik dari risalah yang disediakan oleh: Unit Aqidah dan Syariah,
Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.

Sepetang di Teluk Cempedak...

Sepetang di Teluk Cempedak, tanggal 3 Syawal 1430...
Tak lengkap rasanya bila balik Kuantan kalau tak cecah kaki kat pantai TC.
Kalau boleh siap nak berenang sekali... itulah anak-anak saya!
Ombak + laut = Tsunami selalu ku terkenangkan !

1, 2, 3,4.... eh, yang no. 5 tak turun sekali...

Intan Nur Amirah, 8 & Intan Nur 'Aqilah, 11

Muhammad Luqmanul Hakim, 10 & Adam Zainularifin, 5

Nur Zaidatul Husna... tunggu 'dapat kaki' jer ni...


Selasa, September 22, 2009

Krew Che De berangkat pulang...

Keluarga Bahagia Che De, Iman tunjuk baru 4!

Singgit pun duit Iman! simpan elok-elok...

Ain pun nak gak singgit Pak Long..

Iman jaga jangan bagi ayah ngantuk tau!


Ok, selamat jalan, hati-hati di jalan raya!!!

Lebih kurang jam sebelas lebih pagi tadi, Che De sekeluarga berangkat pulang ke rumah mak dan ayah mertua la pulak di Bagan Datoh. 'Tetapi, sebelum itu'... mereka dijangka balik rumah dulu di Kota Damansara untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum meneruskan perjalanan.

Apa pun, semoga selamat sampai ke destinasi dan hati-hati di jalanraya. Ingat Allah selalu, insyaAllah selamat!!!











Beraya di Binjai & Balok

Dah sampai dah, Assalamualaikum...!
Sapa nak duit raya kena beratur, ye ke Ayah De?


Hidangan tak lengkap tanpa air sirap!


Menziarahi Tok Mamat di hari raya

Tok Cik Mek menjemput ke meja hidangan


Bergambar kenangan dengan orang Sabah.

Ada apa ngan Pak Andak tu, bersajak ker...
Kakak dan Che Na untuk pose ari raye!
Aiiik! tinggal lima balang jerr... mana lagi?
Abang Adam masih sempat main buih sabun lagi.
P/s: Hari Raya kedua, kami beraya di rumah Pakcik Man, Tok Mamat dan Pak Ngah di Kg. Binjai, Kemaman dan singgah di rumah Pak Teh kat Balok sebelum balik. Alhamdulillah, sihat sejahtera semuanya. Baik-baik saja!










Iklan lagi....!