Rabu, September 23, 2009

20 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Peliharalah IMAN!


1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian.

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.

4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia dan bukannya mengikut ketentuan Allah.

5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya.

6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara.

7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.

8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul.

9. Menghina sesuatu daripada kitab atau sunnah atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah.

12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang yang beraqidah dan mukmin.

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

15. Menyatakan ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu. Isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham.

16. Tidak mengetahui dan mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya.

17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulullah s.a.w. dengan betul atau menafikan sifat-sifat terpuji yang diberikan Allah kepada Baginda.

18. Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

19. Membuat satu-satu perkara atau pekerjaan bukan kerana Allah.

20. Syirik kepada Allah s.w.t.
-Dipetik dari risalah yang disediakan oleh: Unit Aqidah dan Syariah,
Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.

2 ulasan:

nahmy berkata...

salam, mmg nak kena 'jaga-jaga' dlm bab ni. batal aqidah apa lagi yg tinggal kat kita??

Malaysiakuini berkata...

Ya Allah, selamatkanlah iman kami. Janganlah Engkau matikan kami melainkan di dalam IMAN! Ameen...

Iklan lagi....!