Memaparkan catatan dengan label Kejiranan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejiranan. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 11, 2011

Maut digilis treler - Sinar Harian 11/06/2011



BUKIT SENTOSA - Seorang remaja maut sementara rakannya parah setelah digilis treler dalam kemalangan di simpang tiga, Jalan Rasa-Bukit Beruntung dekat Masjid As Salam, di sini awal pagi semalam. 

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Zulfadhli Ramly, 16, maut akibat kecederaan parah di kepala dan kaki setelah terperosok di bawah treler dan rakannya, Mohd Azim Firdaus Mohamad Abdullah, 14, yang turut terperosok parah dan mengalami patah dibeberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kejadian itu melibatkan motosikal ditunggang kedua-dua mangsa dengan treler dipandu Nehru, 40 yang membuat pusingan U di laluan terbabit. 

Bagaimanapun katanya, treler terbabit telah melanggar motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terperosok sebelum digilis. 

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori terbabit datang ke balai polis untuk membuat laporan sejurus kejadian itu,” katanya. 

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat. Mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu yang mengambil masa hampir sejam berbuat demikian. 

Sementara itu, menurut beberapa saksi di lokasi kejadian, traler terbabit didapati membuat pusingan U di laluan salah iaitu menongkah arus kerana didakwa tidak mahu melalui jalan jauh di hadapan masjid. 

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi rumah mangsa di Jalan Seroja 5, di sini apabila ahli keluarga tiba dan bersiap untuk solat jenazah selepas solat Jumaat di Masjid As Salam. 

Ibu mangsa, Rosmah Dollah, 49, ketika ditemui hanya sempat menceritakan permintaan anak bongsunya itu yang kerap mahu diurut setelah letih bersukan. 

Menurutnya, anaknya bekerja sambilan di sebuah restoran di Bandar Bukit Sentosa dan pulang selepas habis kerja kira-kira jam 2.45 pagi. 

“Arwah seorang anak yang baik dan banyak membantu keluarga dengan bekerja sambilan. 

“Tetapi, tidak sangka arwah mati dalam keadaan tragis begini,” katanya. 

Rakan mangsa, Mohd Azim Firdaus masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dan dilaporkan stabil.

Anak maut digilis treler

Oleh Md Fuzi Abd Lateh

mdfuzi@hmetro.com.my

ANGKAT...jenazah Mohd Zulfadzli dibawa masuk ke dalam van mayat, semalam. Gambar kecil, Mohd Zulfadzli.
ANGKAT...jenazah Mohd Zulfadzli dibawa masuk ke dalam van mayat, semalam. Gambar kecil, Mohd Zulfadzli.
BUKIT BERUNTUNG: “Saya tak sanggup melihat mayat anak yang hancur kaki dan badannya akibat digilis treler. Sungguh tidak sangka dia pergi secara mengejut dan ia memilukan kami sekeluarga,” kata Rosnah Dollah, 49, ibu Mohd Zulfadzli Ramli, 16, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bukit Sentosa-Kuala Kubu Bharu, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha dan dibonceng rakannya, Muhammad Azim Firdaus Mohamad Abdullah, 14, pulang daripada bekerja sambilan sebagai pelayan restoran di Bandar Bukit Sentosa ke rumah mereka di Taman Seroja, dekat sini.


Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 3.10 pagi selepas menerima berita itu daripada jiran.
“Saya tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak yang terperosok bawah treler panjang. Rakannya parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sejam selepas kejadian.


“Arwah mahu pulang ke rumah selepas bekerja sambilan sejak setahun lalu di Bandar Bukit Sentosa untuk mencari wang saku untuk belanja persekolahannya. Dia anak yang baik dan manja dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurut Rosnah, ketika kejadian dia dan suaminya, Ramli Mohd Yusof, 54, tidur di rumah.
Katanya, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 anak bongsu daripada tiga beradik suka berjenaka dan penyayang.


“Saya tidak sangka perangai peliknya yang meminta digosok kakinya berulang kali dua hari lalu petanda akhir hayatnya.
“Kami terkilan melihat keadaannya yang teruk selepas terbabit kemalangan itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian itu membabitkan motosikal ditunggang dua remaja bertembung treler dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Nehru, 40, yang membuat pusingan U di laluan terbabit.


Katanya, treler terbabit melanggar motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terperosok sebelum digilis.


“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu terbabit datang ke Balai Polis Bukit Sentosa untuk membuat laporan sejurus kejadian itu,” katanya.

Ahad, Julai 19, 2009

Jentera MDHS "Menggempur" Seroja 3

Program Gotong-Royong Taman Seroja 3 kali ini lebih 'meriah' dengan kehadiran kakitangan MDHS bersama jentera-jentera yang banyak membantu...
Terima kasih daun keladi, lepas ni datang ler lagi!
Mak ai, tak gayat ke tuu...!


Apa ke nama makhluk yang satu ni...

Ok, sini kasi korek... sana kasi sodok ye!

Penuhkan satu lori, baru boleh jalan!

Ni dia, 'Unit Khas Majlis Daerah Hulu Selangor'





Suatu hari di pagi minggu di taman kita...

Pagi-pagi minggu begini, ramai yang nak pergi pasar. Nak gi sana, nak gi sini. Ade juge yang nak dok rumah jerr.. Namun, yang dok dalam wayang kat bawah ni, tengah teruja tengok demo mesin tebu...! Ape??? Mesin tebu opah hang! Tu kalau sumbat orang pun lumat yob!!! Jom, kita saksikan...

Amacam....., beli ler satu! He he he he....

p/s: Rakaman video ini didedikasikan buat bakarapi dan juga combat. Korang kat mana hahhhh???

GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Alhamdulillah, program gotong-royong sepertimana yang dirancangkan telah selamat diadakan bersama lebih daripada separuh penduduk Taman Seroja 3. Syukurlah, dalam kesibukan dengan rutin harian dan program hujung minggu yang sudah diatur lebih awal, ramai juga yang sudi melapangkan masa...

"Belum 9 bulan lagi nie... hi hih hihihihh..."


"Baik-baik Tok Ketua, nanti kena telan ngan mesin tu kang"

"Udah ler tuu Tok Perak, moh le kite ke sinun pulak!"


"Jaga-jaga, takut terserempak ngan Cik Uuuuu....."

"Aii, ni nak berposing ke berjoget ke beroyong ni... hah jawab Pak Ipin!

Iklan lagi....!