Khamis, Disember 18, 2008

SOM -"Sajak Orang Malas"

Butang-butang angka
0,1,2,3,4,5,6,7,8,9
aku menekan satu demi satu,
jangan terkurang, tidak juga terlebih
nombor itu... nombor itulah semestinya,
kalau nombor ini? Ya... semestinyalah jua nombor ini!
mana mungkin nombor lain aku mendail,
nombor lain pula yang berdering!
Butang-butang angka
9,8,7,6,5,4,3,2,1,0
juga memberi makna dalam hidup ini,
usiaku makin bertambah???
ataukah umurku sudah berkurang!!!
Apa ada pada nombor? Ada!!!
ADA PERKIRAAN DI SISI TUHAN.
Sebermula dari sifar kejadian kita
tetaplah ia dalam perhitungan-Nya.
Ajal maut itu tidak terkurang tidak terlebih
apa yang tertulis dari azali!
Butang-butang angka,
satu persatu,
detik-detik waktu...
jangka waktu yang tertentu!
Bukit Beruntung
18.12.08

Ahad, Disember 14, 2008

Renung-renungkan ler..

4 PERKARA YANG TIDAK PERNAH PUAS
Empat perkara yang tidak pernah puas dari empat perkara : (1) tanah dari air; (2) wanita dari laki-laki; (3) mata dari memandang (melihat); (4) orang Alim dari ilmu. (Hadis, riwayat Hakim)

4 PERKARA YANG MEMBINASAKAN
Empat perkara yang membinasakan : (1) penglihatan yang tertutup; (2) hati yang kesat; (3) tamak (rakus); (4) panjang angan-angan. (Hadis, riwayat Abu Na'im dari Anas)
p/s : Semoga Allah tidak menutup penglihatan kita untuk melihat kebenaran, mengurniakan hati yang jernih dan lembut, menghilangkan sifat tamak lagi rakus dan tidak juga termasuk golongan mereka yang panjang angan-angan, amiin!

Jumaat, Disember 12, 2008

Se saje jer...

Melihat sekeping gambar... apakah kata-kata pertama yang bermain di fikiran.....?

Khamis, Disember 11, 2008

Musibah mengundang keinsafan...

"Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Sebab itu masuklah dalam (golongan) hamba-hamba-Ku (yang salih). Dan masuklah ke dalam syurga-Ku!" (Al-Fajr :28-30)

Bila mengenangkan musibah demi musibah yang menimpa saudara-saudara kita, tatkala 2008 kian melabuhkan tirainya, cukup untuk menginsafkan kita (biar pun seketika) bahawa hidup ini banyak dugaan dan ujiannya. Berjayalah mereka yang tahan diuji dan teguh menempuh dugaan. Bahawa hidup ini adalah medan perjuangan yang menuntut pengertian & makna sebuah kehidupan, pengorbanan juga keikhlasan. Bahawa hidup ini hanyalah persinggahan sementara buat mengumpul bekalan amal dan bakti sebelum pulang ke negeri nan abadi.
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Gunakanlah lima sebelum tibanya yang lima iaitu gunakan masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum miskinmu dan masa lapangmu sebelum sibukmu dan hidupmu sebelum matimu". (Riwayat Al-Haakim & Al-Baihaqi)
Selalu selalulah memohon doa pada yang Maha Esa, "Ya Allah, tolonglah kami agar senantiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik pada-Mu".
P/s: Al-Fatihah buat mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka, amin!


Isnin, November 24, 2008

Eeee... gelinya aku!

Doktor temui cacing di dalam otak
(SINAR HARIAN 22.11.08)
Sekumpulan doktor di Arizona terkejut apabila menemui cacing di dalam otak seorang wanita yang pada mulanya disyaki menghidap barah.
Rosemary Alvarez diberikan rawatan kecemasan sebanyak dua kali selepas mendakwa berasa kebas dan pandangannya kabur.
Namun selepasa melakukan imbasan, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang masalah.
Bagaimanapun, selepas doktor melihat dengan lebih dekat hasil imbasan tersebut, mereka mendapati terdapat sesuatu objek asing di dalam otaknya iaitu cacing.
"Selepas kami melihat hasilnya dengan lebih dekat, kami dapati ia bukanlah sesuatu yang baik," kata pakar saraf, Dr Peter Nakaji.
Doktor mendakwa cacing-cacing yang menebusi otaknya itu mungkin datang daripada hidangan babi yang tidak cukup masak atau ia disebarkan oleh seseorang yang tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas!

p/s: Moral kisah ini, satu lagi bukti ngape babi tu tak halal, dan cucilah tangan sebersih2 nye selepas menggunakan tandas, ngerti kamu!

Rabu, November 19, 2008

Cuti-cuti Sekolah...

Di musim cuti sekolah ni, elok dinaikkan papan tanda, "DILARANG BERMAIN TANPA PENGAWASAN IBUBAPA/PENJAGA"
Cuti sekolah yang panjang dah pun bermula. Lihat jam anda, dah pukul berapa sekarang? Lihat di sekeliling anda, di manakah anak anda? Kes-kes budak hilang nampaknya dah nak membeku jadi ais dalam ingatan kita setelah kian lama tinggal suam-suam kuku, makin sayup antara dengar dan tidak kisahnya. Hai, masa mula-mula terjadi, hangat menggelegak! Itulah senarionya, biar apapun kesnya dan tragik atau sadis manapun kesudahannya, kita ni mudah lupa! Tak perlulah disebut-sebut lagi nama-nama mereka, buat menambah pilu dan menyayat hati. Sedekahlah al-Fatihah buat mereka bersama kalungan doa semoga Allah mencucuri rahmat.

Panjang cuti sekolah ni... Kalau tidak ada siapa peduli, alangkah sia-sia dan percuma sahaja masa yang anak-anak habiskan. Ayah bekerja, ibu sibuk di rumah. Anak-anak terbang bebas mencari kawan, keluar pagi pulang senja(?), mengintai ruang menjenguk peluang apa-apa yang ada dan tersedia sepanjang cuti ini. Ada yang mengundang resah dan gelisah mata-mata yang memandang memerhati tingkah dan gelagat anak-anak kita. Bermain di tempat yang berbahaya, menunggang basikal dan motosikal secara melulu, bergurau yang melampau, perlakuan tak senonoh, lucah dan kurang ajar, dan bermacam-macam lagi!

Anak orang, anak kita juga. Itulah yang sepatutnya jadi pegangan. Namun, tak mudah nak dipraktikkan. Biarpun, tinggal berjiran jangan terlebih dan terlajak menegur anak teruna dan dan anak dara orang. Kalau pun tidak emak ayahnya masuk campur, si budaknya pun dah pandai dan berani menempelak kita balik, percayalah! Contoh ayat yang popular, "Eleh, emak ayah saya pun tak marah, pakcik pulak nak jadi penyibuk". "Apa makcik susah, suka hati sayalah". . . dan seumpamanya lagi.

Apa pun, marilah kita sama-sama memainkan peranan masing-masing dan memikul amanah, menunai tanggungjawab yang tersedia untuk diberesi. Nanti di sana, ada mahkamah pengadilanNya untuk kita bersoaljawab, beres ke tidak??? Anak tu amanah Tuhan!

p/s: Selamat bercuti murid-murid dan para pelajar sekalian. Persiapkan diri untuk tahun hadapan yang lebih gemilang, jangan dilupa suruhan Yang Maha Esa!

Selasa, November 18, 2008

Aku Sebuah Kereta

Bangun semua. Selamat Sejahtera Cikgu. Terima Kasih murid-murid. Duduk semua!

Baiklah murid-murid semua... Sempena cuti sekolah nan panjang ni, Cikgu nak kamu siapkan sebuah karangan yang bertajuk "Aku Sebuah Kereta". Panjang karangan tak kisah la, setakat mana kamu mampu. Kalau terlampau panjang, mungkin boleh buat cerpen. Lagi panjang, boleh la buat novel!
Oh ya, murid-murid! Ada satu pesanan dari Cikgu, pakailah tali pinggang keledar di tempat duduk belakang mulai hari ini. Sebabnya, mulai 16 Disember ni akan bermula saman olok-olok kepada yang gagal berbuat demikian yang bertujuan mendidik para penumpang kereta supaya mematuhi arahan tersebut.
Pasal karangan tu, terpulanglah nak hantar bila. Tak hantar pun tak ngapa, sebab Cikgu pun tak sempat nak menandanya. Apa? nak tukar tajuk? Bolehhhhhh! Tajuk-tajuk lain pun boleh, contohnya "Aku, dia dan kereta", "Di mana drebar keta ini?", "Kuda hitam Pak Sheikh", "Mobil gelapku", "Sepi Seorang Perindu", "Lama tak basuh ko, bro..." aaaarrrgghhhhhh! lu pikirla sendiri!, bak kata pelawak comel tu...
Haaaah? Apa lagi ni..... ? Tak nak buat pun tak pe... Tak do Cikgu nak rotan nyo, ni kan cuti skolah! SELAMAT BERCUTI KEPADA YANG BERCUTI! wASSALAM!

Jumaat, November 14, 2008

jom picnic

"Sementara tunggu Ayah ngan Umi bawak pi mandi kolam kat hotel cuti-cuti sekolah ni, elok ler kita mandi kolam depan umah dulu, jom picnic!"


Khamis, November 13, 2008

Wanita Hiasan Dunia



Adab dan keperibadian seorang wanita muslimah, mukminah lagi solehah...





1. Selalu berada di rumah, bagi surirumah sepenuh masa.


2. Mengutamakan tugas-tugas di rumah dari yang lain.


3. Dilarang memasuki rumah jiran-tetangga, kecuali bila ada keperluan.


4. Selalu mendampingi suami, menggembirakannya apabila dilihat suami.


5. Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.


6. Meminta izin pada ibubapa atau suami jika ingin keluar.


7. Apabila keluar rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang banyak.


8. Teguhkan hati untuk senantiasa menjaga nama baik, rumah tangga, solat, puasa dan selalu
memikirkan agamanya.


9. Selalu merenung keaiban diri.


10. Menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek.


11. Selalu 'muraqabah' (memeriksa kelalaian) diri dan memperbanyak zikir.


12. Memperbanyakkan puasa.


13. Mendorong suami untuk mencari rezeki yang halal.


14. Tidak menuntut pemberian yang banyak dari suami.


15. Menzahirkan sifat malu, dan sedikit tertawa.


16. Banyak bersabar dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.


17. Apabila kedatangan sahabat suami tatkala suami tidak ada maka jangan diizinkan masuk
atau mengucapkan sesuatu sehingga mendorong tamu tersebut berkenan terhadap dirinya.


18. Memperbanyak mempelajari ilmu agama, terutama al-Quran bagi pendidikan anak-anak
kelak.


19. Menghormati orang yang lebih tua dan menerima nasihat yang diberikan.


20. Sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi muslimah mukminah solehah yang sejati.

Tugasan dari lecturer Azlin Hashim....

"Esok jer lagi budak2 tu riuh kat sekolah... pas tu memekak kat umah ler pulak!"

Salam...

Akhirnya.... setelah di'warning' oleh lecturer, berjaya juge saya sudahkan tugasan yg diberi oleh lecturer Azlin.

Rasenye.. tak de la nak tag sape2 pulak. Tapi klu geng nak try, come on laa..


Rules n Law

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this.

Jumaat, November 07, 2008

Pasca UPSR 2008


Dua ceramah khas pasca UPSR 2008 dalam slot "Melangkah ke Alam Sekolah Menengah" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK. Taman Bunga Raya (1) telah diadakan pada hari Khamis, 6hb. November yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna SKTBR (tarikh asal 11.11.08).

Antara objektif program ceramah khas ini ialah:-
1. Mengisi masa senggang murid-murid Tahun Enam yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR.
2. Menarik minat murid-murid Tahun Enam untuk terus hadir ke sekolah sehingga tamat sesi persekolahan tahun ini.
3. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang persekolahan di alam sekolah menengah yang bakal mereka tempuhi pada tahun hadapan agar mereka dapat mengambil masa yang pendek untuk membiasakan diri.
4. Memberi pengetahuan dan pemahaman sebagai pengayaan kepada murid-murid yang akan menamatkan persekolahan ini.

Aturcara yang telah disusun adalah seperti berikut:-

8.30 pagi - Bacaan Doa
8.35 pagi - Ucapan Penyelaras Tahun 6
Pn. Nursanty bt. Hassan Berseri
8.45 pagi - Ucapan Guru Besar
Pn. Zalinah bt. Zubir
8.55 pagi - Ceramah 1
'Senario Persekolahan Peringkat Menengah di Malaysia'
Oleh : En. Ahmad Niza bin Mat Mor, Kaunselor Pelajar SMKTBR
10.10 pagi - Rehat
10.35 pagi - Ceramah 2
'Sistem Peraturan dan Disiplin di Sekolah Menengah'
Oleh : En. Ahmad Nasir bin Mohammad Salleh, Ketua Guru Disiplin SMKTBR
11.50 pagi - Penyampaian Cenderahati
12.00 t/hari - Majlis Bersurai

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

ashauhada@yahoo.com

Di Keheningan Malam


Di keheningan malam

tafakur di kesyahduan

merindui janjiMu Tuhan

bantuan di perjuangan


Ku titiskan airmata

taubat segala dosa

moga terangkat penghijab kalbu

antara Kau dan aku


c/o

Ya Allah Ya Tuhanku

ku sujud pada kudratMu

ku serahkan jiwa ragaku

pada takdir iradatMu


Pimpinlah daku dalam redhaMu

kasihi daku dalam rahmatMu

Hanya padaMu aku mengadu

Ya Allah Ya Tuhanku...


Ya Allah, Ya Allah...

Ya Allah, Ya Allah...

Ya Allah, Ya Allah...

Ya Allah, Ya Allah...

Selasa, November 04, 2008

Kalaulah boleh tinggalkannya...



Abdullah bin Mubarak ada meninggalkan pesan untuk kita, katanya, "Tinggalkanlah lima perkara..."








1. Tinggalkanlah pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.


2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.


3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.


4. Tinggalkanlah melihat cacat (aib) orang lain, anda akan lebih mengenal cacat sendiri.


5. Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang zat ILAHI, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.

Jumaat, Oktober 31, 2008

Bismillah... kami mulakan!


Ya Allah..... Maha Suci Engkau.....


Engkau telah menciptakan aku, sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut...

Engkaulah yang memberi kepadaku akan setiap kejadian hidup dengan urusan yang mudah

Berupa pendengaran, penglihatan, hati dan yang lain iaitu kelebihan yang banyak.

Engkaulah yang memberi petunjuk kepadaku ke jalanMu dengan perantaraan seorang hamba yang

Engkau telah mengutusnya kepada segenap umat manusia sebagai lampu yang menerangi.

Iaitu Muhammad bin Abdullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa....

Kemudian aku teringat dan aku bertaubat kepadaMu dengan kehendakaMu

dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Di sinilah aku berdiri di pintuMu ya Allah,dengan menangis, menyesal,

dan mohon ampun kepada Tuhan yang Maha Pemgampun.

Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon keutamaanMu adalah Agung.

Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan semua orang yang berdiri bersamaku di pintuMu

dengan kekecewaan dan kesedihan.

Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh yang sama mensucikan

Engkau seraya memuji kepadaMu sepanjang waktu.

Dan tetapkanlah pada kasih sayang dari sisiMu, maka kepada siapa selain Engka

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah..... Maha Suci Engkau.....

Rabu, Oktober 29, 2008

70 Cabang IMAN


Maksud sepotong hadis Rasulullah s.a.w,"Keimanan itu 70 cabangnya, yang afdhalnya ialah 'Laa ilaha illallah' dan yang terendahnya ialah menolak (membuang) akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan. Dan malu itu cabang dari iman yang terpenting."


1. Beriman dengan Allah s.w.t dan tidak berlaku syirik kepadaNya.

2. Selain Allah s.w.t. semuanya adalah ciptaanNya dan Dialah yang kekal buat selama-lamanya.

3. Beriman dengan Malaikat.

4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.

5. Beriman dengan utusan-utusan Allah.

6. Beriman dengan takdir Allah, sama ada baik dan buruk semuanya dari Allah.

7. Beriman dengan hari qiamat.

8. Beriman dengan adanya syurga.

9. Beriman dengan adanya neraka.

10. Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya.

11. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.

12. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w.

13. Ikhlas.

14. Taubat.

15. Takut kepada Allah.

16. Mengharapkan rahmat Allah.

17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

18. Bersyukur.

19. Menepati janji.

20. Bersabar.

21. Tawadhuk.

22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.

23. Redha dengan apa yang ada.

24. Tawakkal.

25. Jangan sombong.

26. Menjauhi kemarahan.

27. Berperasaan malu.

28. Menjauhi iri hati, dengki dan hasad.

29. Menjauhi kekecohan, seperti buruk sangka dan tipu daya.

30. Jangan terlalu mencintai dunia.

31. Mengucap kalimah tayyibah (syahadah)

32. Membaca al-Quran.

33. Mempelajari ilmu agama.

34. Mengajar ilmu.

35. Berdoa dan bermunajat.

36. Mengingati Allah dan beristighfar.

37. Menjauhi kesia-siaan dan perkataan yang melampau batas.

38. Kebersihan, pada badan, pakaian dan tempat tinggal.

39. Melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh.

40. Sedekah dan berzakat.

41. Puasa.

42. Haji.

43. Iktikaf.

44. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama /berjihad.

45. Menunaikan nazar dan kifarah.

46. Menjaga amanah.

47. Menutup aurat.

48. Berkorban.

49. Menyempurnakan jenazah.

50. Menjelaskan/membayar hutang.

51. Membaiki muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik.

52. Menjadi saksi terhadap perkara yang benar.

53. Wajib wara' dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal.

54. Menjauhi perzinaan.

55. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain.

56. Menunaikan hak kedua ibubapa.

57. Memberi didikan agama kepada anak-anak.

58. Menghormati orang yang lebih tua dan jiran tetangga.

59. Mempereratkan silaturrahim.

60. Memerintah dengan adil.

61. Menyertai jamaah.

62. Mentaati hakim (yang hukumnya tidak bertentangan dengan agama Islam).

63. Membaiki keadaan sesama secara sukarela dan untuk keredhaan Allah semata-mata.

64. Menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran.

65. Membantu seseorang ke arah kebajikan.

66. Memelihara batasan Allah.

67. Membelanjakan harta di tempat yang diredhai Allah, tidak membazir,boros dan kedekut.

68. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.

69. Bersalam-salaman dan mengucapkan 'Yarhamkumullah' bila orang bersin.

70. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang.

Selasa, Oktober 28, 2008

Anda yang mana...?

"Ye ke? Isshhh, tak tahu la pulak....!"

EMPAT DARJAT MANUSIA


Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu:


1. Manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin. Pemimpin yang adil dan amanah orangnya, bukan yang bikin tak serupa cakap!


2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan. Ntah-ntah dia tak tahu pun bahawa dia tu sedang tidur!


3. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas. Tahu tak pa! Jangan jadi bodoh sombong.


4. Orang yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian harus dijauhi. Jenis ni, namanya "cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar". Elok hantar kat pulau tak ada orang, barulah dia sedar diri tahu diuntung!


p/s: Kita ni orang jenis apa ya.... Moga hamba tergolong dalam kumpulan orang-orang yang sentiasa tahu yang diri ini tidak tahu semua perkara dan sentiasa perlu mengambil tahu apa-apa yang patut diketahui, namun tidak sampai hal peribadi orang pun sibuk nak ambil tahu "busy body" kata omputih, masyaAllah!

Isnin, Oktober 27, 2008

Mendidik anak-anak

"Anak-anak adalah cahaya mata, amanah tu...!"

Tugas mendidik anak-anak ni sebenarnya tugas siapa? Tugas guru-guru di sekolah sahajakah, tugas ibubapa atau pengasuh ataupun pembantu rumah? Ya, Tugas mendidik adalah tugas semua orang tak kira siapa! Sebabnya pendidikan berlaku bukan setakat di bilik darjah sahaja tetapi di mana-mana dan sepanjang waktu. Pendidikan adalah berterusan dan sepanjang hayat!

Fokus kali ini adalah kepada "Pengurus Rumahtangga", siapa lagi kalau tidak wanita bergelar "ibu". Sebagai seorang ibu adalah bertanggungjawab terhadap amanah ini di akhirat nanti. Perkara yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anak begitu banyak sekali, anatarnya adalah:

1. Menguatkan dan menyuburkan tubuh anak-anak dengan makanan yang halal dan olahraga yang cukup.

2. Menghindarkan mereka dari segala perkara yang berbahaya.

3. Memahami minat dan bakat anak.

4. Memahami minat dan bakat anak.

5. Mengajari anak dengan etika/sopan- santun dan menumbuhkan minat pada ilmu pengetahuan / pelajaran.

6. Membiasakan mereka dengan akhlak dan perangai yang terpuji.

7. Mengajari mereka cara berhadapan dengan segala lapisan masyarakat.

8. Mengajari mereka agar hormat kepada bapanya dan orang yang lebih tua.

9. Menanamkan rasa cinta kepada peribadi Rasulullah s.a.w.

10. Mendidik mereka supaya menghormati gurunya.

11. Mengajari mereka al-Quran dan menenamkan rasa cinta kepadanya.

12. Menjaga hidup mereka dengan cara hidup Islam, sedikit pun jangan diberi kesempatan hidup dalam cara jahiliyah/kafir.

13. Menanamkan cita-cita untuk hidup dan mati dalam berbakti kepada Allah sebagai pejuang agama dan menjadi seorang anggota masyarakat yang baik.

P/s: Sungguh mencabar untuk mendidik anak-anak di zaman ini. Namun, dengan kesungguhan dan keazaman kita insya Allah ada jalan dan caranya, umi...!



Ahad, Oktober 26, 2008

AL-AHNAF BIN QAIS

AL-AHNAF BIN QAIS seorang ulama yang terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yang datang itu adalah untuk tujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf.

Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya.

Lalu Ahnaf pun bertanya, "Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?"

Jawab pemuda, "Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah berbohong. Kalau ada orang yang sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak mengkhianatinya."

Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Ahnaf, "Benar akan kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak mulia."
(ANIS/JUN2002)
P/S : Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka ia dikurniakan kefahaman, yakni pengertian mengenai ilmu pengetahuan agama dan ilmu itu hanyalah dapat diperolehi dengan belajar." (H.R. Bukhari)
Semoga kita turut menjadi pilihan Allah untuk jadi orang baik2, berilmu dan berakhlak mulia, moga baik kesudahannya nanti, Amiiin!

Sabtu, Oktober 25, 2008

Hai, iblis pun hairan...!


Ada dua kehairanan iblis terhadap manusia, begini ceritanya...


Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada iblis laknat, "Wahai iblis! apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t." Iblis menjawab, "Ya Tuhanku! demi kemuliaan-Mu, aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabi-Mu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah di tengahnya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Wahai iblis! apa lagi yang engkau musykilkan?"


Kata iblis, "Ya Muhammad! sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu; Pertama: Mereka mengaku mencintai Allah s.w.t tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar, Kedua: Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku." Allah berfirman, "Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi Kemuliaan-Ku, Aku akan berikan pada umat Muhammad dua kebahagian iaitu; Pertama: Kecintaan mereka terhadap-Ku akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu." Kedua: Marah mereka itu kepada kamu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan."


Iblis menjadi tercengang bila mendengarkan penjelasan sedemikian dari Allah. Barula iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad adalah umat yang amat disayangi oleh Allah s.w.t. yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.


P/s: Kita ni... tak sayang ke diri sendiri, cam tak takut je neraka Allah!

Jumaat, Oktober 24, 2008

Hukuman Rotan di Sekolah...

"Duhai anak-anak, cabaran di zaman kalian begitu menduga..."

Wajarkah kita kembali kepada pelaksanaan hukuman rotan di sekolah demi menyelamatkan generasi ini yang semakin parah di"punah-ranah"kan dengan masalah disiplin, terjebak dengan gejala sosial semakin menggila...

Suatu perbahasan yang semakin mendapat tempat di hati kita, jua liputan di media... anda bagaimana?

Khamis, Oktober 23, 2008

ANTARA KELUHAN DAN KESABARAN

"Aarrgghh, traffic jam lagi....." keluhku dengan penuh sabar memandu!

Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji tiba-tiba beliau terpandang pada seorang wanita yang berseri mukanya lalu dia berkata, "Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah." Mendengarkan demikian lalu wanita ini menjawab, "Apa yang kamu katakan itu tidak betul, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini tiada siapa boleh dipersalahkan." "Bagaimana boleh terjadi demikian?",tanya Abu Hassan. Jawab wanita tersebut, "Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku.

Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, "Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing?" Si adik pun mengangguk. Maka dilentangkan adiknya lalu disembelih. Melihatkan darah yang mengalir dia menjadi takut lalu lari ke hutan. Akhirnya dia dimakan oleh serigala di sana. Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. Anak ini pun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan dia mati di situ.

Berita ini sampai kepada anakku yang tua. Kerana terkejut dia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara." Soal Hassan lagi, "Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yang maha hebat ini?" Jawab wanita itu, "Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza. Sabar ialah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah. Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah kerana dia tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdir untuknya".

p/s : "Sabarlah dengan dugaan Ilahi, Ia datang sekadar ingin menguji..."


Rabu, Oktober 22, 2008

Pasrah Kepada-Nya

Rasulullah s.a.w bersabda; "Hai manusia, kasihanilah diri kamu kerana sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang tuli dan tidak pula yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar, Maha Dekat dan Dia ada berserta kamu." -Muslim

Berdoalah untuk meletakkan kepasrahan terhadap Allah s.w.t. dalam menjalani liku-liku hidup yang sentiasa tidak sama antara seorang manusia dengan manusia yang lainnya. Usaha yang tidak disertai doa menunjukkan keangkuhan terhadap Perancang dan Pencipta kepada segala-galanya ini serta tidak memiliki sifat tawakkal yang amat dituntut itu.

Berdoalah dengan suara yang lembut dan merintih.

"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah kesalahan-kesalahan kami. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibu bapa kami. Ya Allah, ampunilah dosa dan kemaksiatan saudara mara kami. Ya Allah, ampunilah dosa dan kejahatan anak dan suami/isteri kami. Ya Allah, ampunilah dosa dan kesalahan sekalian umat Muhammad s.a.w."

"Ya Allah, kami bersalah, kami berdosa, kami telah menzalimi diri kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami, dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi. Ya Allah, Engkau amat Mengetahui bahawa kami telah melakukan kesalahan yang tidak terkira banyaknya. Kami menderhakai Engkau, kami bersikap lewa terhadap perintah-perintah Engkau. Tetapi ya Allah, kami sedar dan insaf, kami bertaubat kepada Engkau, maka terimalah oleh-Mu akan taubat kami dan ampunilah kami."

"Ya Allah, ya Tuhan kami, kami terbaring dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan. Ya Allah, masa hayat kami hampir berakhir dalam mengikut hawa nafsu. Wahai Maha Pengasih, kami telah terlena dalam keduniaan dan dunia ini telah menjadi pujaan kami."

"Ya Allah, ampunilah segala kemaksiatan dan kejahatan yang sedang kelihatan di kalangan kami. Ya Allah, ampunilah tiap-tiap dosa kami, ampunilah tiap-tiap maksiat kami, ampunilah tiap-tiap kesalahan kami. Ya Allah, ampunilah segala maksiat yang kelihatan pada aktiviti kehidupan kami, ampunilah segala maksiat yang kelihatan pada perbelanjaan kami dan ampunilah segala maksiat yang kelihatan pada keluarga, tetangga dan masyarakat kami."

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami taufik dari sisi-Mu untuk mentaati-Mu dan untuk mentaati kekasih-Mu Muhammad s.a.w."

"Ya Allah, kami lemah, kurniakanlah kekuatan kepada kami. Ya Allah, kami bodoh dan jahil, kurniakanlah ilmu pengetahuan kepada kami. Kami tercampak dalam kancah kelalaian, kurniakanlah keinsafan dan kesedaran kepada kami. Kami terbaring ke dalam lembah riak, kurniakanlah keikhlasan dan kejujuran kepada kami."

"Ya Allah, jauhkanlah segala maksiat dan keburukan dari segenap kehidupan kami. Ya Allah, jauhkanlah segala maksiat dan keburukan dari mata pencarian hidup kami. Ya Allah, jauhkanlah segala maksiat dan keburukan dari rumahtangga, keluarga, tetangga dan masyarakat kami. Ya Allah, kurniakanlah kami taufik dari sisi-Mu agar dapat kami mengikuti jalan yang telah Engkau tunjuki kami buat mencari rezeki yang halal. Sediakanlah rezeki untuk kami dari jalan yang tidak disangka-sangka."

"Ya Allah, ya Tuhan kami, hidupkanlah amalan-amalan yang Engkau redhai pada rumah- tangga dan masyarakat kami. Wahai Maha Adil, hidupkanlah keadilan, kebaktian dan amalan-amalan yang soleh pada masyarakat dan negara kami."

"Wahai Tuhan kami, hindarkanlah kami dari amal perbuatan yang tidak Engkau sukai, dan hiaskanlah diri kami dengan amal perbuatan yang Engkau redhai."

"Wahai Tuhan kami, sebagaimana Engkau telah bukakan pintu hati kami untuk menerima hidayah dan untuk memperbaharui akan kehendak kalimah iman serta untuk memperbaiki amal ibadat terutama sembahyang dengan perantaraan tabligh agama-Mu, maka begitu juga terimalah amal perbuatan yang kami kerjakan untuk mencari keredhaan-Mu."

"Ya Allah, perbaikilah aqidah-aqidah kami, perbaikilah amal ibadat kami, perbaikilah usaha dan amal bakti kami."

"Ya Allah, kurniakanlah kami mujahadah yang menyinaribatin manusia dengan sinarandan cahaya-Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami mujahadah, akhlak dan sifat-sifat terpuji yang mnembukakan pintu kejayaan dunia dan Akhirat."

"Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah Engkau membiarkan tangan kami kembali turun dengan hambar. Ya Allah, kami menadahkan tangan kami kepada Engkau, maka perkenankanlah segala permintaan dan permohonan kami. Ya Allah, turunkanlah ke dalam hati kami nur dan cahaya-Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami taufik untuk mengasihi dan mencintai-Mu dan untuk mensyukuri nikmat-nikmat-Mu.

"Ya Allah, ya Tuhan kami, kurniakanlah hidayah dan petunjuk sejati kepada seluruh umat manusia. Kurniakanlah hidayah kepada penduduk negara ini dan seluruh negara-negara Islam."

"Ya Allah, sempurnakanlah hajat-hajat kami, terimalah permohonan kami dan terimalah permohonan seluruh umat Muhammad s.a.w.

"Ya Allah, peliharalah kami dari azab kubur dan barzakh, peliharalah kami dari azab Hasyar dan selamatkanlah kami dari titian Sirat dan peliharalah kami dari azab Neraka Jahannam. Amin."

Y

Selasa, Oktober 21, 2008

BEWARE OF WOMAN

jANGAN kAMU kAHWINI wANITA yANG mEMPUNYAI sIFAT-sIFAT iNI...

1. "Annanah" - iaitu perempuan yang sentiasa mengadu sakit kepada suaminya, sering membalut kepalanya dengan ubat dan mengadu serta mengeluh pelbagai kesakitan yang dihadapinya.

2. "Mannanah" - iaitu perempuan yang suka mengungkit-ungkit budi baiknya yang telah diberikan kepada suaminya.

3. "Hannanah" - iaitu perempuan yang sudah benci kepada suaminya dan ingin kepada suami atau lelaki yang lain.

4. "Haddaqah" - iaitu perempuan yang ingin kepada tiap-tiap benda yang dilihatnya dan mendesak suaminya membeli benda tersebut.

5. "Barraqah" - iaitu perempuan yang menghabiskan masanya untuk bersolek-solek atau bermekap-mekap sepanjang hari tanpa melakukan kerja yang lain, serta mengahbiskan wang suaminya untuk perkara tersebut.

6. "Syaddaqah" - iaitu perempuan yang suka berleter dan merepek tak tentu hala, serta bercakap benda yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Wallahua'lam...

Isnin, Oktober 20, 2008

Biso Tulang Ikan...

Setelah bersusah payah memukat ikan bagi menanggung kehidupan keluarganya tiba-tiba datang orang lain merampas ikannya itu. Kalau merayu ianya tidak mungkin apatah lagi dengan cara kekerasan sedangkan ia tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya hamba ini pun berdoa kepada Tuhannya, "Ya Allah! Engkau telah ciptakan aku sebagai makhluk yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga mereka sesuka hatinya merampas milikku. Maka ciptakanlah makhluk yang lebih kuat dari dia, kalahkanlah dia agar menjadi iktibar kepada semua umat".

Keluhan sinelayan ini telah diangkat oleh Allah s.w.t. Suatu hari penyamun ini telah merampas seekor ikan agak sangat besar. Ikan ini lalu dimasak dan dihidangkan, maka penyamun ini pun menjamahnya dengan penuh berselera. Tetapi malangnya ketika mencubit ikan tersebut tiba-tiba jarinya tercucuk duri ikan. Jari yang terkena duri ikan itu semakin hari semakin membengkak bagaikan kanser. Luka itu menjalar ke seluruh tangan. Menurut pandangan tabib tangannya terpaksa dipotong. Berbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak juga mahu sembuh sehingga penyamun ini merasa putus asa.

Pada suatu malam dalam tidurnya ia bermimpi seolah-olah suara sinelayan itu memanggilnya, "Kembalikan ikan itu kepadaku, ia bukan milikmu." Bila tersedar dengan tidak semena-mena timbullah perasaan bersalah dalam dirinya. Hatinya tersentuh akibat peringatan dari mimpi itu. "Memang benar ikan yang aku makan itu bukan milikku, aku mesti mengembalikan kepada pemiliknya," Dengan hati yang bersungguh ia pun keluar mencari nelayan itu. Sesampainya di sana, diserahkan wang sepuluh ribu dirham sebagai gantian ikan yang pernah dirampasnya dulu. Hatinya merasa lapang dari desakan perasaan yang selama ini menghantuinya. Dengan izin Allah sejak hari itu luka di jarinya yang nyaris dipotong kembali pulih seperti sediakala.

"Baik-baik Tam, jangan sampai tercekik tulangnya yo!"

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pengenalan PRS
Pembimbing Rakan Sebaya adalah satu kumpulan murid yang dilantik oleh Unit Bimbingan & Kaunseling untuk membantu Guru-guru Bimbingan melaksanakan tanggungjawab membantu murid-murid menyelesaikan masalah mereka sama ada masalah peribadi, keluarga, disiplin, pembelajaran, rakan sebaya dan sebagainya.
Peranan PRS:-
1. Murid-murid PRS adalah dianggap mata dan telinga kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling. Peranannya membantu guru-guru tersebut mengenalpasti murid-murid sekolah ini yang memerlukan khidmat bimbingan melalui pemerhatian dan permintaan. PRS akan mencadangkan agar murid-murid tersebut dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling.
2. Terdapat murid-murid yang lebih bersedia untuk mencurahkan masalah dan perasaan mereka kepada rakan sebaya berbanding guru-guru. Oleh yang demikian, PRS akan dilatih untuk menguasai kemahiran mendengar dan menghayati luahan tersebut. Bantuan akan diberikan oleh guru-guru Bimbingan dan Kaunseling.
3. PRS juga adalah ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang akan menjalankan aktiviti pada waktu ko-kurikulum.
Konsep
"Rakan Bantu Rakan" sama ada rakan dalam lingkungan umur yang sama, umur yang lebih tua atau umur yang lebih muda.
Objektif
1. Menyediakan perkhidmatan sokongan dalam bimbingan dan kaunseling bagi memenuhi permintaan yang bertambah di kalangan murid-murid.
2. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
3. Membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku secara tidak formal dengan menggunakan pengaruh positif Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
4. Melatih murid-murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi berkesan dengan rakan dan individu lain.
5. Menubuhkan kumpulan murid terlatih yang boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
video

Ahad, Oktober 19, 2008

KARNIVAL KISAH CERIA CADBURY

video

Rain, rain, let us get the train...

Group: "Bytes"

Annur Farizun Zaini

Nurhidayah Asma Kamaruzzaman

Nur Afiqah Aminuddin

Puteri Nur Khaleisah Abd. Rahman

Muhd. Faris Syafiq Mohd. Pavira

Muhd. Hazim Herman

Mohd. Daim Ramdan

Khairul Izzat Izuddin Hussin

Afif Jazimin Mohd. Nizam

Zulaikha Zamaluddin

and...

Pn. Hamidah Hamdan forget me not!

Khamis, Oktober 16, 2008

Al'aqlu salim fi tauhidil qawim


Kita bicara pasal akal lagi, sebagai sambungan titipan semalam...

Akal Sihat

Al Aqlu salim, Akal sihat itu sebenarnya ialah akal yang dapat melahirkan sikap dan gerak hidup dalam batas dan norma yang ditentukan oleh pemberinya, iaitu Allah Maha Bijaksana. Dengan itu kita mengetahui yang, mana halal dan haram, baik dan buruk, manfaat dan mudharat, faedah dan mafsadah (bencana). Jika dalam berfikir, akal menjadi penggerak maka hasilnya ialah menambah pengabdian pada Allah dan melahirkan manfaat bagi manusia.

Kerananya maka akal yang sihat itu tidak terletak pada tubuh yang sihat, tetapi akal yang sihat itu terletak pada iman yang kuat, dengan prinsip: Al'aqlu salim fi tauhidil qawim.

Iman itulah yang membuat akal seorang sihat sebab beriman bererti mempergunakan segala sesuatunya dalam garis dan ketentuan-ketentuan yang diredhai Allah. Apalagi kita harus sedar bahawa akal jika dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran yang tidak sihat akan melahirkan sesuatu yang tidak sihat pula. Seperti kata al-Farabi bila akal itu dikendalikan atau dikuasai oleh hawa nafsu maka ia menjurus menjadi maling, perbuatan negatif seperti merompak, membunuh, merasuah, memperkosa, memfitnah, dan sebagainya me... lagi. Malah Muhammad Abduh mengingatkan bahawa orang yang minum khamar (arak) itu akalnya tahu bahawa itu berbahaya, tetapi hawa nafsu mendorongnya berbuat demikian.

Filasuf Islam terkemuka, Dr. Mohd. Iqbal pula mengemukakan bahawa betapapun akal itu mempunyai kekuatan dan kebajikan, tetapi akal itu bukanlah ditangannya segala sesuatu. Tidak bijaksana menggantungkan sesuatu padanya sahaja. Iqbal melihat adanya kelemahan pada akal dan keterbatasannya ialah akal itu kurang berani dan tidak mahu menempuh bahaya yang ada di hadapannya. Adanya ciptaan dan penemuan baru bukanlah dari akal semuanya, tetapi dari bantuan 'syqi dan wijdan, kecintaan pada sesuatu dan perasaan. Akal itu - kata Iqbal - banyak ragu-ragu dan tidak banyak berani maju, maka 'isyq yang mendorongnya ke depan sampai tinggi di awan.

Menurut Iqbal lagi, "Bila akal itu bergerak berserta panasnya rasa maka ia menjadi hati (qalb), tetapi bila hari kehilangan panasnya rasa maka dia sama dengan tanah jadinya". Dari semua ini, maka 'isyq yang dikemukakan Iqbal itu pada hakikatnya ialah kecintaan yang merindu pada Allah dan sesama insan, lalu membuat akal menjadi sihat dengan melahirkan sikap hidup yang benar dan bermanfaat. Demikian pula kelemahan iman seseorang menimbulkan hal-hal negatif dalam hidupnya kerana akalnya tidak sihat!

Rabu, Oktober 15, 2008

MENS SANA IN CORPORE SANO



"Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya sesudah mereka menggunakan akal,sedang mereka itu mengetahui?" (al-Baqarah :75)


"Assalamualaikum, Apa Khabar?, Anda Sihat?, Semoga Anda Sihat...." Itulah ungkapan lazim sebagai aluan kata dari kita untuk kenalan, handai dan taulan yang disapa. Pun begitulah jua sapaan orang pada kita bila mana bertemu di mana-mana pun. Tapi, kali ini hamba ingin berkongsi paparan tentang salah satu aspek dalam tubuh badan kita yang mesti kita jaga supaya senantiasa sihat, iaitu "akal". Jom kita telaah sama-sama...


Akal yang sihat dalam tubuh yang sihat


ADA pepatah Latin yang mengatakan :Mens sana in corpore sano. Ertinya, akal yang sihat terletak dalam tubuh yang sihat. Akan tetapi, pada hakikatnya pepatah itu tak bisa dipertahankan lagi.


Kalau orang masih bertahan dengan kebenaran pepatah itu maka bererti orang yang sihat badan dan tubuhnya tentu sihat pula akalnya. Pada hal fakta menunjukkan bahawa perompak, pencuri, perasuah (korupsi), penyeludup, pembohong besar, pemfitnah, dan seribu macam "P..." lagi adalah mereka yang sihat badannya, sebab kalau badannya sakit tidak mungkin mereka akan berbuat demikian. Pun sebaliknya, tentulah orang yang sakit tidak terdapat padanya akal yang sihat, sedangkan faktanya menunjukkan berapa banyaknya karya produktif lahir daripada badan yang sedang sakit, seperti Ubai bin Ka'ab seorang sahabat Nabi s.a.w yang terkenal,badannya panas selalu tetapi akalnya tetap sihat, malah dia termasuk sahabat yang ahli Quran. Demikian pula Imam Syafi'e mujtahid Islam dahulu, jasadnya selalu sakit-sakit, tetapi fikirannya selalu sihat dan tajam.


Kerananya maka jika orang hendak membicarakan akal yang sihat maka letaknya bukan pada tubuh yang sihat, tetapi pada suatu wadah lain...


Apakah akal itu?


Akal itu berasal dari bahasa al-Quran (Arab), demikian juga fikiran. Kata asalnya:'Aqal dan diMelayukan menjadi:akal, lalu dalam kamus Melayu ialah alat untuk berfikir (mempergunakan akal budi).


Al-'aqlu-akal dalam erti pokok ialah nur rohani yang membuat jiwa dapat menemukan apa yang tidak dicapai dengan perasaan. Dinamakan aqlu : aqal, kerana dia dapat menahan seseorang dari terjatuh pada kesulitan berat dan kecelakaan. Mengenai penjelasan tentang aqal ini, Raghib Ishfahani menerangkan bahawa asal pokok aqlu itu ialah menahan dan memegang. Dikemukakannya pendapat bahawa aqlu itu ialah kekuatan yang dapat menerima ilmu. Fikrah, fikiran - kata Raghib ialah kekuatan yang mengetuk ilmu sampai pada yang maklum(diketahui) dan berfikir ialah kekuatan itu bergerak menurut pandangan akal.


Ala kulli hal, masalah akal dan fikiran ini adalah masalah yang sangat banyak liku-likunya dalam Islam, ia dibicarakan dalam kalangan ilmu tauhid, menjadi perbahasan dalam kalangan Ulama' fikh, menjadi perhatian serius dalam kalangan filsafat Islam. Terutama kerana banyaknya ayat-ayat yang mengenai akal dan fikiran sehingga seorang Muslim harus mempergunakan akalnya yang berfikir, baik mengenai dirinya, alam sebagai tanda kebesaran Allah, problem-problem hidup yang dihadapinya, sehingga menimbulkan karya ilmiah dan amaliah orang-orang besar dahulu. Apalagi Nabi s.a.w. telah mengingatkan : "Tidak ada (nilai) agama bagi orang yang tidak berakal". Ertinya, orang yang berakallah yang mengangkat tugas-tugas agama dan orang yang beragamalah yang harus mempergunakan akalnya, kerana akal itu merupakan nikmat Allah yang paling besar bagi manusia yang membezakannya dari haiwan.


Sekadar itu buat kali ini, wassalam...

Isnin, Oktober 13, 2008

SECORET CELOTEH UNTUK UMI

PEACE...!!! uMI aDA bABY Laa..


Hai, ada lagi ke...

Nampaknya begitulah yang bakal tercatat tanggal satu Jun tahun depan, insyaAllah (juga tarikh ulangtahun penyatuan dua "kerajaan" yang ke 12!). "Sudah terang lagi bersuluh"; pengesahan doktor di klinik keluarga Kuala Kubu Bharu pagi tadi memuktamadkan apa yang sebenarnya dah dimaklumi. Kalau ikut pengiraannya sudah masuk tujuh minggu dua hari. Makanya, bila ia mula terjadi... he he he...

Umi, agaknya inilah hikmahnya berkursus Qiraat wal Taranum di IPIS, Bangi ye! Alhamdulillah, kita pasrah jer kan. Dah tinggal seminggu lagi nak menghabiskan baki hari-hari di sana. Eloklah tu, Umi pun kelihatannya macam dah tak larat sangat nak berkejar-kejar ke bilik kuliah, hari minggu nak bergegas kejar komuter pulak nak balik rumah. Balik rumah 'berperang' dengan askar-askar lagi. Hai... kesian sungguh orang perempuan ni ya... teruk 'mabuk' Umi kali ini. Dah tu nak buat macam mana, sampai masanya.

Che De kita tu pun apa ceritanya ye.. Hari ni tak jadi 'operation'. Demam selesema dan batuk la pulak. Kena tunggu lagi sampai Rabu atau Khamis ni. Marilah kita sama-sama mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Selamat menyambut kelahiran orang baru, insya Allah-Amin.

Oh ya Umi, semalam Abi ada belikan 'Mingguan Wanita' untukmu. Bukan apa, dah lama tak belikannya untuk tatapan Umi. Tertarik kat gambar 'cover' majalah tu...opppss!, bukanlah... tajuknya tu... "7 pantang larang ketika suami isteri bertengkar", kita kan selalu je bertengkar kan... jadi kenalah tahu pantang larangnya. Bila dah tahu, takpa la nak bertengkar sampai esok pun, ye tak? hah hah hah....

Setakat ini dulu secoret celoteh untuk Umi, namun kakimu tetap kan terus melangkah sambil menghitung waktu, dan tanganmu kan kembali menghayun buaian pastinya selepas ini yang dah lama kau tinggalkan... 'Jangan lupa lirik' lagu "Dodoi si Dodoi", ta ta !

Ahad, Oktober 12, 2008

Bila Syaitan Menggoda...

Berwaspadalah dari godaan syaitan
Anda marah-marah? Anda "frust"? rasa kecewa yang teramat-amat sangat? Atau bengang sebengang-bengangnya? Awas! Anda mungkin telah membuka beberapa pintu untuk dimasuki oleh syaitan yang terkutuk. Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian, ada beberapa pintu hati manusia yang akan diterjah masuk oleh makhluk terkutuk ini melalui cara-cara seperti berikut...
1. Putus asa dan kecewa dengan Rahmat Allah. Sikit-sikit "frust" menonggeng, sikit-sikit "give-up", "feed-up" dan yang sebangsa dengannya. Syaitan sukalah orang macam ni. Dia ajaknya panjat bukit, panjat pokok, panjat bangunan kemudian jerit kuat-kuat "lihatlah dunia, aku sudah bosan untuk hidup lagi..." kemudian dia suruh terjun, sekali terjunan terus ke "syurga". Mohon perlindungan dari Allah agar kita tidak tersesat sampai ke situ. Mati sia-sia namanya, tak bau syurga!
2. Memandang rendah pada dosa-dosa kecil. Peringatan ini untuk diri kita yang selalu lupa. Dosa kecil, kalau dikumpul sedikit demi sedikit, lama-lama tak membukit jadinya? Sikit-sikit 'bohong sunat', sikit-sikit 'bohong makruh', lama-lama jadi Pembohong Besar! Kita ni, setiap masa dan ketika, sedar atau tak sedar mungkin berlaku salah dan silap. Mungkin kita tak perasan, atau buat-buat tak peduli, sedangkan di sisi Tuhan satu dosa, satu kemaksiatan telah dilakukan. Jadinya, selalulah mohon ampun dan bertaubat kepada-Nya. Sedangkan Nabi s.aw. yang maksum (tiada dosa) beristighfar setiap hari, mohon keampunan. Mengapa tidak kita?
3. Panjang angan-angan dan suka kepada puji-pujian. Lumrah manusia, suka berkhayal dan berangan-angan. Yang miskin mimpi jadi jutawan, kuli berangan nak jadi tauke, si bujang berkhayal kahwin ngan anak raja, yang dah beranak-cucu pun kemaruk buka cawangan, dan macam-macam lah lagi. Lagi satu, kita ni suka kepada puji-pujian. Tak salah orang memuji jika kebaikan itu wajar mendapat pujian dan boleh diambil manfaatnya. Cuma si penerima pujian itu dibimbangi 'terbang melayang' terawang-awang di awangan dek kerana pujian tinggi melangit. Hilanglah pahala kebajikannya sebab sudah tidak ada lagi ikhlas dalam amalan.
4. Bodoh, sebaliknya tidak menyedari akan kebodohannya. Adanya golongan inilah yang memungkinkan lahirnya suatu ungkapan, "Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar". Orang lain tegur demi kebaikan, dikatakan orang nak mengajar dia. Nak diikut cara gaya dia, sememangnya ternyata tidak betul. Habis camno tu? Kadang-kadang sampai bertegang urat leher membantah saranan orang, menyanggah cakap orang, marahkan balik orang yang menegur. Syaitan rapat dengan orang-orang sebegini sebab mereka ini boleh jadi sesat dan menyesatkan orang lain nantinya.
5. Memandang rendah pada orang lain. Nah ini dia penyakit orang lupa diri lagi bongkak sifatnya. Kata orang, kalau lihat bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi. Setinggi mana bintang di langit yang kita lihat, dua kaki kita berdiri berpijak di bumi jugakan! Semakin berkedudukan seseorang, semakin kemaruk nafsu dan kehendaknya. Namun tidak semua begitu. Syukurlah masih ada insan yang selalu menginsafi diri dan senantiasa melafazkan kalimah kesyukuran ke hadrat yang Esa. Memandang rendah pada orang lain bermakna kufur dengan nikmat yang Allah beri. Tinggi kita, tak setinggi mana pun. Kalau Allah nak ambil, sekelip mata sahaja, hilanglah kemulian dan kehebatan kita.
6. Merasa gembira bila mendapat cubaan dari Allah. Pelik bukan! Sepatutnya timbul rasa gerun di hati. Cuba renungi petikan lirik sebuah nasyid ini, "Wahai Tuhanku yang Esa, bila kenangkan Qahhar-Mu, rasa gerun di hatiku, kerana takutkan siksa-Mu, Hamba-Mu rasa berputus asa, tiada lagi dapat bersihkan diri, dari segala dosa yang memburu, setiap hari setiap ketika...", Cubalah menginsafi diri, bila kita ditimpa sesuatu musibah. Apakah itu ujian di atas keimanan?, apakah itu kaffarah dosa-dosa kita yang lalu?, atau itu satu amaran tanda Allah sedang murka terhadap kita??? Ya Allah ampunilah daku, hamba bertaubat...!
7. Ketika marah kerana marah adalah bara api dari neraka. Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah! Sememangnya persekitaran hidup hari ini amat mudah untuk mencetuskan api kemarahan dalam diri. Silap sikit naik angin, salah sikit nak meradang. Tak kena sikit, mulalah angin satu badan, habis semua orang kena herdik, kena hamun. Itulah kelemahan kita dan kesempatan untuk syaitan menyemarakkan lagi api ammarah lantas banyaklah hal yang tak diingini terjadi sehingga bunuh-membunuh pun boleh berlaku. Kemudian syaitan akan mengibas-ngibas rasa sesal dan kesal terhadap apa yang kita dah buat. Ingat! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

8. Ujub, sombong, riya' dan buruk sangka pada orang lain. Bila diri merasa lebih daripada orang lain, itulah dia penyakit-penyakit mazmumah yang akan hinggap di jiwa. Rasa bangga terhadap diri sendiri akan menjahanamkan diri. Rasa tersebut menyebabkan kita merasakan hanya kita yang betul, orang lain salah. Akan timbul rasa apa yang dilakukan lebih hebat daripada orang lain. Wujud pula buruk sangka pada orang lain sedangkan kita hendakkan orang lain baik sangka terhadap kita, manusia apa kita ni... Ingatlah, tidak masuk syurga mereka yang di dalam hatinya terdapat walau sebesar zarah perasaan sombong, ujub dan riya'.
9. Terlalu cinta dan rakus dengan kehidupan dunia. Dunia ini hanya pinjaman. Sifat barang pinjaman akan kembali kepada tuan empunya akhirnya. Janganlah kita mudah tertipu dan terpedaya dengan pesona dunia, kelak kita akan menjadi orang-orang yang rugi dan menyesal di akhirat nanti. Renungilah maksud firman Allah, "Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al An'aam : ayat 32)
10. Bakhil dengan harta yang diperolehi. Satu lagi penyakit kronik yang hinggap pada sebahagian besar manusia. Bakhil dan kedekut dengan apa yang dimiliki. Berapa ramai orang yang berharta, punya wang juta-juta tetapi amat sulit dan payah untuk membelanjakannya di jalan Allah. Berapa ramai orang kaya lagi berkemampuan tetapi enggan membayar zakat dan menunaikan fardhu haji. Berapa ramai manusia yang mewahnya sampai tujuh keturunan tetapi amat lokek menghulur derma seringgit dua pada tangan-tangan lesu yang meminta simpati.
Sekadar ini sahaja buat renungan kita bersama... jumpa lagi!










Sabtu, Oktober 11, 2008

PENGHARAPAN SUAMI



Pengharapan suami terhadap isteri...



(ku petik draf asalnya dari catatan sidia '97)






1. Kasih sayang dan kemanjaan. Dengan kata lain, cantik dipandang mata (cantik sebenarnya bersifat subjektif). Lain orang lain aspek dan penilaian kecantikannya. Dan lagi, kemas penampilan serta memberahikan. Inilah yang paling penting untuk membuatkan orang lelaki terpelihara sedikit 'minat'nya yang asyik dok suka memandang ke luar jendela saja... sedangkan yang sedia menunggu di kamar peraduan tu, itulah yang terbaik, dijamin halal lagi!






2. Kefahaman isteri. Orang lelaki ni umumnya bersifat 'ringkas'. Sekali kita cakap, harap-harap awak faham lah ye. Macam lagu nasyid sdr. Nazrey tu, "Isteri cerdik yang solehah, penawar hati, penyejuk mata, penajam fikiran..." Isteri yang cepat faham dengan kehendak dan maksud kata-kata suami tu tandanya cerdik dan tajam akalnya. Biasanya depa ni masa sekolah dulu biasa masuk pidato, syarahan dan debat kot.






3. Penghormatan seorang isteri. Apa-apa hajat dan keperluan pun, mintalah izin dulu dik. Sekali dengar tutur kata yang lemah-lembut penuh sopan-santun yang lahir dari sifat semulajadi- malunya seorang wanita bisa mencairkan ego lelaki. Banyak sekali kisah-kisah untuk teladan dalam bab ini. Contoh yang agak popular, bagaimana ketaatan seorang isteri yang sampai ayahnya meninggal pun, dia tidak berani keluar rumah selagi tidak mendapat izin suami. Maka kita ini agak-agak macam mana ye...






4. Sokongan dan galakan amatlah dialu-alukan daripada seorang isteri tersayang buat suami tercinta. Siapa lagi sahabat paling akrab dan teman paling rapat kalau tidak "member" di sebelah. Dengkur kita pun dia dah hafal liriknya. Sokong tak bermakna sokong apa sahaja tanpa melihat apa yang wajar disokong. Kalau suami nak patahkan pokok puding jiran sebelah, janganlah sokong. Nasihatlah balik, "Abang nak mintak maaf bila dengan jiran kita tu..." sebagai contohnya lah.






5. Tidak di'sabotaj', tidak dikecilkan hatinya, tidak disuruh-suruh, tidak dibanding-bandingkan... Makna kata, tidak dibuat sesuatu yang boleh membuatkan suami tiba-tiba rasa tercabar, rasa di"quen control"kan lah. Awas, bila che Abang dah "sound", "Awak ni ingat saya apa, awak ingat saya bodoh ke..., awak sapa nak mengajar saya, awak buat saya marah ni... " dan sebagainya lah.






6. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Rasa-rasa berapa peratus lagi para isteri yang masih mempercayai suami -suami kat Malaysia ni sehingga 100%. Letih juga tu nak menjawabnya. Dan, di situlah titik mulanya timbul perasaan cemburu, syak wasangka, ragu-ragu, susah nak percaya dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang orang mudah terpedaya dengan telahan dan andaian sendiri. Ditambah lagi dengan hasutan iblis dan syaitan laknatullah. Maka berantakkanlah rumah tangga sehingga membawa kepada kesudahan yang tak ingin kita lihat. (mohon dijauhkan)






7. Fahami karenah suami. Bercinta bagai nak rak. Bila dah kahwin baru ku tahu hidungmu senget sebelah ye tak. Siapa nak mengalah ni... Suami mungkin selalunya mudah mengalah bila isteri uwek-uwek... mengandunglah tu! Dia punya mengidam... nasib baik masih boleh didapati di Tanah Melayu ni. Ada kes isteri tak boleh bau nasi, jawabnya suami kenalah makan nasi kat kedai. Tak boleh bau sabun itu sabun ini, hai jenuhlah nak cari sabun yang bau dan haruman ngam dengan indera bau si ibu. Banyaklah lagi ragamnya tu, tapi suami yang cool, sabau.... So si isteri, macam mana...






8. Teguran dan kemaafan. Isteri kenalah tahan menerima teguran dan tegurlah suami dengan hikmah dan bijaksana. Budaya tegur-menegur adalah amalan dalam sebuah rumah tangga yang harmoni. Begitu juga dengan sikap saling maaf-bermaafan. Jangan tunggu 1 Syawal jer. Kita ni hari-hari buat silap, betul tak. Mengguris hati pasangan tu pun dah kira silap. Lambat jawab pertanyaan, balik ke rumah marah-marah, "hempas" pintu tanda protes la konon, mogok tak nak masak, buat muka poyo.... itu antara adegan yang tak sepatutnya kita lihat dalam rumah.






9. Doa yang berterusan dari seorang isteri dengan penuh penghayatan, pengharapan dan sebenar-benar ikhlas adalah hadiah amat bermakna untuk suami. Berdoalah untuk kebaikan semua, mengadulah kepada Tuhan apa-apa kebuntuan kita dalam mengurus kehidupan berumah tangga ini yang penuh pancaroba, ujian dan dugaan. Allah sayangkan kita, sebab itu Dia menguji kita untuk melihat sejauhmana keimanan kita.










Semoga rumahtangga yang dibina dengan niat kerana Allah akan mendapat nur hidayah dari-Nya, amin.






Jumaat, Oktober 10, 2008

MANISNYA RAMBUTAN


Ada apa dengan rambutan ini... "Rambutan" ialah sejenis tumbuhan laa.. Orang panggil pokok apa? "Pokok rambutan". Orang panggil buah apa? " Buah rambutan". Kalau ikut nama saintifiknya, banyak! Tak percaya, beleklah Kamus Dewan. Sebagai contoh nama saintifik bagi rambutan hutan ialah Nephelium lappaceum. Macam mana? betul sebutannya? Soalan cikgu hari ni, "Apakah nama saintifik bagi orang utan pulak?" Hah jawab..


Ni apasal buka cerita pasal rambutan ni... Tak ada apa-apa! Ini adalah sebahagian daripada sekian banyak elemen yang berkaitan antara saya - ayah - emak - adik beradik - rumah kami. Dua-tiga pokok rambutan yang ayah tanam jarang sekali menghampakan membuahkan hasilnya saban tahun. Kurnian Ilahi, rezekiNya yang melimpah ruah.


Rambutanlah antara "umpan" emak dan ayah tiap kali pohonnya berbuah. Anak-anaknya yang jauh di rantau orang digamit untuk pulang menikmati manisnya isi rambutan tiap kali tiba musimnya. "Tak balik ke cuti ni?", "Rambutan tengah lebat buahnya ni", antara manis bicara emak dan ayah mengumpan, he he he..


Dah lebih 30 tahun pokok rambutan dua - tiga pohon tu yang ayah tanam, masih lagi mereka berbudi pada kami. Dan kini, giliran cucu-cucu ayah dan emak pula yang merasa manisnya.


Penutup kata, terimalah sebuah peribahasa yang berbunyi,"gelagah boreh rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak", maksudnya 'nasib yang malang seseorang yang berbuat seperti orang lain tetapi tidak beroleh faedah (seperti orang lain)' - Anda ke?

Pak Uteh telah dikerah secara 'paksa' oleh Pak Long untuk mengutip hasil dari pokok rambutan biar pun dalam keletihan berpuasa

Khamis, Oktober 09, 2008

ASAL-USUL MEMBUANG AIR BESAR @#$%^&

yUMMY ... MAKAN Time... memang menyelerekan!


Saja nak kongsi cerita ni dengan anda yang budiman... sebab semuanya berhajatkan...



Dari sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam a.s. setelah baginda memakan buah khuldi maka perutnya pun memulas kerana merasakan ada sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur. Selain dari buah khuldi ini tidaklah menjadi hal, maka sebab itulah Allah melarang Nabi Adam dan Siti Hawa memakan buah tersebut. Setelah Adam merasa hendak buang air besar maka baginda pun berlari mengelilingi syurga untuk mencari tempat membuang air besar. Lalu Allah pun memerintahkan malaikat untuk menanyakan akan halnya.



Berkata malaikat, "Apa yang kamu kehendaki?" Jawab Adam, "Aku ingin membuang kotoran yang ada di dalam perutku ini." Kemudian Allah mewahyukan pada malaikat, katakan padanya, di mana kamu hendak letakkan kotoran yang ada di dalam perutmu itu, di tempat tidurmu, di singgahsana, di sungai atau di bawah pohon kayu. Adakah kamu dapati semua tempat itu sesuai untuk kamu membuangnya! Oleh itu turunlah kamu ke bumi.



Syurga adalah tempat yang paling suci, paling bersih dari segala kotoran atau najis yang kita lihat di dunia ini. Keindahan dan keharumannay tidak dapat digambarkan dengan pancaindera kasar kita. Telah diterangkan apabila kita dimasukkan ke dalam syurga maka seseorang itu tidak akan merasa hendak buang air besar atau kecil. Setiap insan yang hidup cara Rasulullah s.a.w. adalah orang yang akan mendapat penghormatan di dunia dan di akhirat. Di dunia orang akan menghormatinya dan di akhirat Allah akan membalas dengan syurga dan rahmatNya- amin.



Selasa, Oktober 07, 2008

HIDUP ADALAH PERJALANAN

...maka berkenderaanlah kita demi memudahkan perjalanan itu.

Namun, lebih penting dari itu, marilah kita berjalan di muka bumi Allah ini melihat kebesaran-Nya. Lantas bertambah rasa syukur dan penuh rasa insaf betapa banyak nikmat yang Dia kurniakan, sedangkan kita masih terus alpa, lalai dan leka...

Ambillah iktibar, peringatan dan pengajaran sepanjang perjalanan hidup ini...

Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang

Langit tinggi kebiruan

Pohon-pohon kehijauan

Tiupan bayu yang menyegarkan....

(petikan lirik lagu "Hitam Putih Kehidupan" dendangan Ratu Jazz Sheila Majid)


"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa." (Al A'raaf : Ayat 54)





"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." (Ali 'Imran : Ayat 190)



















"Dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At Taubah : Ayat 41)

Dari Aisyah katanya: " Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang berpuasa dalam perjalanan." Baginda bersabda: "Terserahlah, jika mahu kamu boleh tetap berpuasa dan juga boleh berbuka."
(H.R. Muslim)



"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, meski pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." (An Nisaa: Ayat 78)





"Dan bahawa kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya kalau mereka mengetahuinya." (Al-Ankabut : Ayat 64)




Wal akhirul kalam, renungilah maksud sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim: "Jikalau kamu tahu apa yang aku (Nabi) tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Iklan lagi....!