Rabu, November 19, 2008

Cuti-cuti Sekolah...

Di musim cuti sekolah ni, elok dinaikkan papan tanda, "DILARANG BERMAIN TANPA PENGAWASAN IBUBAPA/PENJAGA"
Cuti sekolah yang panjang dah pun bermula. Lihat jam anda, dah pukul berapa sekarang? Lihat di sekeliling anda, di manakah anak anda? Kes-kes budak hilang nampaknya dah nak membeku jadi ais dalam ingatan kita setelah kian lama tinggal suam-suam kuku, makin sayup antara dengar dan tidak kisahnya. Hai, masa mula-mula terjadi, hangat menggelegak! Itulah senarionya, biar apapun kesnya dan tragik atau sadis manapun kesudahannya, kita ni mudah lupa! Tak perlulah disebut-sebut lagi nama-nama mereka, buat menambah pilu dan menyayat hati. Sedekahlah al-Fatihah buat mereka bersama kalungan doa semoga Allah mencucuri rahmat.

Panjang cuti sekolah ni... Kalau tidak ada siapa peduli, alangkah sia-sia dan percuma sahaja masa yang anak-anak habiskan. Ayah bekerja, ibu sibuk di rumah. Anak-anak terbang bebas mencari kawan, keluar pagi pulang senja(?), mengintai ruang menjenguk peluang apa-apa yang ada dan tersedia sepanjang cuti ini. Ada yang mengundang resah dan gelisah mata-mata yang memandang memerhati tingkah dan gelagat anak-anak kita. Bermain di tempat yang berbahaya, menunggang basikal dan motosikal secara melulu, bergurau yang melampau, perlakuan tak senonoh, lucah dan kurang ajar, dan bermacam-macam lagi!

Anak orang, anak kita juga. Itulah yang sepatutnya jadi pegangan. Namun, tak mudah nak dipraktikkan. Biarpun, tinggal berjiran jangan terlebih dan terlajak menegur anak teruna dan dan anak dara orang. Kalau pun tidak emak ayahnya masuk campur, si budaknya pun dah pandai dan berani menempelak kita balik, percayalah! Contoh ayat yang popular, "Eleh, emak ayah saya pun tak marah, pakcik pulak nak jadi penyibuk". "Apa makcik susah, suka hati sayalah". . . dan seumpamanya lagi.

Apa pun, marilah kita sama-sama memainkan peranan masing-masing dan memikul amanah, menunai tanggungjawab yang tersedia untuk diberesi. Nanti di sana, ada mahkamah pengadilanNya untuk kita bersoaljawab, beres ke tidak??? Anak tu amanah Tuhan!

p/s: Selamat bercuti murid-murid dan para pelajar sekalian. Persiapkan diri untuk tahun hadapan yang lebih gemilang, jangan dilupa suruhan Yang Maha Esa!

14 ulasan:

TWS berkata...

Selamat Bercuti Cik Gu!
Selamat Bercuti Murid-Murid!

Selamat Bekerja Ayah!
Selamat Bekerja Ibu!

Ucapan simbolik sempena cuti akhir tahun....

admin berkata...

salam persinggahan

Zul-Elle berkata...

TWS tolong jangan cuti!

7 hari seminggu,
30 hari sebulan,
dok gitu...

Zul-Elle berkata...

Salam bersambut anakbanjarsungaibesar,

terima kasih sudi singgah,
senang2 singgah le lagi!

TWS berkata...

isnin tetap cuti.6 hari seminggu..

Zul-Elle berkata...

sorry tuan TWS,

salah fakta, esok kita ketemu insyaAllah!

azlin hashim berkata...

Itu lah dia kan, anak2 zaman skrg ni makin dirisaukan keselamatan dia. Dunia semakin maju & canggih. Pergaulan dia pun makin meluas. Walaupun sy tak kahwin lg, tp sy pantau adik2 sy.. Sy kena amik tahu dgn siapa dia berkawan.

KEs kanak2 hilang mmg lupa mcm tu jek lah. tgk kes adik sharline dgn Asmawi tuh, senyap gitu jek tak tahu hidup matinya.

Zul-Elle berkata...

Salam azlin,

Salah satu langkah terbaik untuk menyelamatkan keadaan yang omak ayah perlu lakukan ialah kahwinkan copek anak daro yang pado pandangan mato elok bonarlah monikah! Dah sampai seruan!

Al Khalifah berkata...

betol,betol..betol!simplicity at its best!

azlin hashim berkata...

Isyhhh... ke situ pulak!

Ajeem berkata...

selamat bercuti bagi yang berkaitan...ambillah masa cuti ini sebagai masa untuk mencari yang hilang,menambah apa yang kurang dan memperkukuhkan apa yang rapu...

Zul-Elle berkata...

Cuti - cuti Malaysia,
Musim potong ayam...!
Si jantan hamba tu belum cukup haul lagi. Tengok le setahun dua lagi...

Aloy Paradoks berkata...

or belum cukup haul,,,lu pulak mcm ne bro,,dah cukup haul ke?

sempena cuti sekolah gua nak mintak ampun dan maaf la,,

Zul-Elle berkata...

Kot ye pun tunggu la pagi raya korban nanti nak mintak maaf.(mmg byk slh slp tu...) Pisau tajam pun ade tersedia, boleh potong ckit cuping telinga aloy tu, sementara tunggu lembu ditumbangkan.

Iklan lagi....!