Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 24, 2010

Sajak: Semulus Ramadan

Semulus Ramadhan...1431


Rindu pun tumbuh

di persada atma

syukur dan tafakur

bening di laman taqwa

Ramadan hadir lagi

membawa angin rahmat

bertiup dalam sepoi berkat

maknawi kehidupan

Selami makna mulusnya

sesayup pilu menyentuh kalbu

pengorbanan naluri

akan mengalir ke lembah hidup

dalam arus putih

Sedingin syurga.



Wan Marzuki Wan Ramli
Pasir Mas, Kelantan

Khamis, Disember 18, 2008

SOM -"Sajak Orang Malas"

Butang-butang angka
0,1,2,3,4,5,6,7,8,9
aku menekan satu demi satu,
jangan terkurang, tidak juga terlebih
nombor itu... nombor itulah semestinya,
kalau nombor ini? Ya... semestinyalah jua nombor ini!
mana mungkin nombor lain aku mendail,
nombor lain pula yang berdering!
Butang-butang angka
9,8,7,6,5,4,3,2,1,0
juga memberi makna dalam hidup ini,
usiaku makin bertambah???
ataukah umurku sudah berkurang!!!
Apa ada pada nombor? Ada!!!
ADA PERKIRAAN DI SISI TUHAN.
Sebermula dari sifar kejadian kita
tetaplah ia dalam perhitungan-Nya.
Ajal maut itu tidak terkurang tidak terlebih
apa yang tertulis dari azali!
Butang-butang angka,
satu persatu,
detik-detik waktu...
jangka waktu yang tertentu!
Bukit Beruntung
18.12.08

Iklan lagi....!