WASHINGTON - Jumlah virus komputer di seluruh dunia semakin meningkat dan bertambah dengan pantas daripada bentuk terbuka kepada yang disembunyikan di dalam laman-laman web selamat.
Menurut syarikat perisian antivirus terkenal Symantec, jumlah virus komputer tahun lalu ialah 1.6 juta berbanding hanya 624,267 pada 2007.
"Sebanyak 60 peratus daripada ancaman komputer untuk tempoh 20 tahun berlaku sepanjang 12 bulan lalu," kata Naib Presiden Symantec, Vincent Weafer.
Kebanyakan penghantar virus sebelum ini selesa menggunakan teknik mencuri maklumat daripada laman-laman web syarikat-syarikat besar.
Namun kini keadaan berubah dan syarikat-syarikat kecil turut menjadi mangsa.
Antara laman-laman web yang turut terkena virus komputer kini ialah laman web kerajaan Amerika Syarikat dan Britain.-Sinar Harian,15 April 2009
p/s: Laman blog minda muallim insyaAllah, selamat...!