Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, September 08, 2010

Puasa Rasulullah...

(Meneladani puasa Rasulullah)
Oleh WAN MARZUKI WAN RAMLI


DALAM ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: "Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah- sesungguhnya aku ini sedang berpuasa."

Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.

Dalam penyempurnaan ibadat puasa Ramadan, beberapa langkah yang telah diambil oleh baginda antaranya ialah:

* Memantapkan niat - Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya." (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

* Melaksanakan makan sahur - Anas bin Malik r.a. telah berkata telah bersabda Rasululla SAW. yang bermaksud: "Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya". (riwayat Muslim).

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.

* Imsak Rasulullah - Rasululalh SAW. bersabda : "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya". (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.

* Mempercepat berbuka - Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT: "Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya". (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).

* Memperbanyak membaca al-Quran - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim).

Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya sepuluh kali ganda.

Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.

* Memperbanyakkan sedekah - Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.

Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.Segala tingkah laku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.

Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu banyak.

Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil: "Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka."

Sumber: Utusan Malaysia Online

Jumaat, Ogos 27, 2010

Fadilat Ramadan...



Daripada Aisyah R.A katanya: (maksud)


"Rasulullah S.A.W. apabila masuk sepuluh hari terakhir daripada Ramadan maka baginda akan menghidupkan malamnya (dengan memperbanyakkan ibadat), membangunkan isterinya (agar turut memperbanyak beribadat) serta mengeraskan ikat pinggangnya (sebagai kiasan bahawa baginda menjauhi untuk berkumpul dengan isterinya)."


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ahad, Ogos 22, 2010

Kesilapan-kesilapan Dalam Berpuasa

Peliharalah Puasa!
10 Ramadhan 1431H.
Email : nina mazrina

1. Tidak menetapkan niat fardhu puasa di setiap malam hari meskipun memadai dengan niat di awal Ramadhan.

2. Masih makan dan minum ketika azan Subuh.

3. Bersahur awal dan melewatkan berbuka.

4. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.

5. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengkahkannya.

6. Tidak menjaga lidah dari ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah, berdusta dan lain-lain.

7. Membazir masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah, menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya.

8. Meringan-ringkankan ibadah sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).

9. Tidak menunaikan solat tarawih.

10. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan di awal Ramadhan, kemudian mengurangkan amal ibadah di pertengahan Ramadhan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir.

11. Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).

12. Bakhil dan kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.

13. Keluarnya wanita-wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.

14. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki/perempuan yang bukan muhrim).

15. Tidak memperbanyakkan takbir di malam hari raya dan di hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.

16. Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.

17. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan-hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

Selasa, Ogos 17, 2010

Tingkatan puasa kita yang mana?

http://keluargadakwah.blogspot.com/


Saturday, August 22, 2009
Menurut Imam Al-Ghazali :
Puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada 3 tingkatan iaitu:

1. Shaum al-umum (Puasa orang kebanyakan)

Yakni,sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2. Shaum al-khusus (Puasa khusus)

Ia merupakan puasa bagi orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut:
~Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama(Islam)

~Menjaga lisan daripada berdusta,menfitnah dan mengucapkan perkataan-perkataan keji.

~Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar.

~Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif.

~Menjaga agar tidak makan berlebih-lebihan ketika berbuka.

~Menjaga hari agar berada antara khauf(takut) dan raja'(berharap) dan sedar bahawa Allah s.w.t berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.

3. Shaum khusus al-khusus (puasa golongan yang khusus daripada khusus)

Puasa ini merupakan puasa kepada tiga golongan iaitu:

>Para nabi

>Al-siddiqun (orang-orang yang jujur)

>Al-muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah)

Selasa, Julai 13, 2010

JOM BACA BUKU INI: 'KESALAHAN DALAM SOLAT'


MutiaraMindaMPH: Kesalahan Dalam Solat
2010/07/13

KITA seharusnya jujur terhadap solat dan keadaan orang yang mengerjakan solat. Generasi pertama dulu begitu bersemangat dalam mengerjakan solat dengan cara yang diajarkan Rasulullah.Namun, ada umat Islam kini yang kebanyakannya mengerjakan hal bidaah dalam bersolat. Lantas, pemahaman terbabit harus diperbetulkan serta melenyapkan kesalahan dengan menjelaskan bidaah yang muncul. Antara perkara yang diketengahkan dalam buku ini termasuk beberapa kesalahan seperti kesalahan di masjid, tempat solat, waktu solat, salam dan solat jemaah.
Judul: Kesalahan Dalam Solat
Penulis: Syeikh Mahmud al-Mashri
Penerbit: Pustaka Al-Shafa (2010)
Harga: RM35 (Sabah dan Sarawak RM)
Tebal: 407 halaman

Jumaat, April 30, 2010

Ciri-ciri Suami Mithali, Awak Ade ker.....


"Dua-dua la kena mithali!"


Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya tuu....?

1. Menghormati dan menjaga perasaan isteri.
2. Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri.
3. Membantu isteri.

Jumaat, April 02, 2010

RENUNGAN JUMAAT

"Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain."
... (Wasiat Imam Shafie r.a.)

Iklan lagi....!