Selasa, November 18, 2008

Aku Sebuah Kereta

Bangun semua. Selamat Sejahtera Cikgu. Terima Kasih murid-murid. Duduk semua!

Baiklah murid-murid semua... Sempena cuti sekolah nan panjang ni, Cikgu nak kamu siapkan sebuah karangan yang bertajuk "Aku Sebuah Kereta". Panjang karangan tak kisah la, setakat mana kamu mampu. Kalau terlampau panjang, mungkin boleh buat cerpen. Lagi panjang, boleh la buat novel!
Oh ya, murid-murid! Ada satu pesanan dari Cikgu, pakailah tali pinggang keledar di tempat duduk belakang mulai hari ini. Sebabnya, mulai 16 Disember ni akan bermula saman olok-olok kepada yang gagal berbuat demikian yang bertujuan mendidik para penumpang kereta supaya mematuhi arahan tersebut.
Pasal karangan tu, terpulanglah nak hantar bila. Tak hantar pun tak ngapa, sebab Cikgu pun tak sempat nak menandanya. Apa? nak tukar tajuk? Bolehhhhhh! Tajuk-tajuk lain pun boleh, contohnya "Aku, dia dan kereta", "Di mana drebar keta ini?", "Kuda hitam Pak Sheikh", "Mobil gelapku", "Sepi Seorang Perindu", "Lama tak basuh ko, bro..." aaaarrrgghhhhhh! lu pikirla sendiri!, bak kata pelawak comel tu...
Haaaah? Apa lagi ni..... ? Tak nak buat pun tak pe... Tak do Cikgu nak rotan nyo, ni kan cuti skolah! SELAMAT BERCUTI KEPADA YANG BERCUTI! wASSALAM!

10 ulasan:

azlin hashim berkata...

Ya Allah! punyerlah sporting cikgu nih.. Jom murid2, aper kata kita tidur..huhu

Zul-Elle berkata...

Ha ha ha...yalah azlin,

Itu belum lagi cerita Cikgu Shaari,
"Murid2 bacha apa yg. Che'gu tulis di papan hitam";

Cikgu suka main bola.
Hari-hari cikgu main bola.

Muridnya jawab...
"Cikgu suka tidur,
hari-hari cikgu tidur.
kawan2 mari kita main!"

Aloy Paradoks berkata...

bangga unrestmind lu tunjuk gmbr neo tu.

Zul-Elle berkata...

tak leh nak kata bangga selagi lum dapat respon dari unrestmind.

Aloy Paradoks berkata...

tapi budak tu mmg jenis riak bro,, gua tau...dulu gua sebilik dgn dia,,betul bro,,tak caye tanye die sendiri.

Zul-Elle berkata...

ngape la unrestmind tak menjengah dan saksikan sendiri kehebatan neonye ye aloy...!

unrestmind berkata...

salam bro...tq la paparkn neo gua la...aloy ckp gua riak ek...gua riak t die jer sbb dia maha riak...hahahohoho
slmt bercuti sheikh.

Zul-Elle berkata...

Salam Unrestmind,

Juara dah kuar, neo dah kua! So kita tunggu aloy la plak nak kuarkan ape, ok!

admin berkata...

asslamualaikum...cikgu mengajar di mana skrg?

Zul-Elle berkata...

Salam anakbanjar...

maaf ler lambat jawab.

Cikgu sekarang mengajar kat Sek. Tmn. Bunga Raya kat Bkt. Beruntung, mai le singgah!

Iklan lagi....!