Isnin, Oktober 20, 2008

Biso Tulang Ikan...

Setelah bersusah payah memukat ikan bagi menanggung kehidupan keluarganya tiba-tiba datang orang lain merampas ikannya itu. Kalau merayu ianya tidak mungkin apatah lagi dengan cara kekerasan sedangkan ia tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya hamba ini pun berdoa kepada Tuhannya, "Ya Allah! Engkau telah ciptakan aku sebagai makhluk yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga mereka sesuka hatinya merampas milikku. Maka ciptakanlah makhluk yang lebih kuat dari dia, kalahkanlah dia agar menjadi iktibar kepada semua umat".

Keluhan sinelayan ini telah diangkat oleh Allah s.w.t. Suatu hari penyamun ini telah merampas seekor ikan agak sangat besar. Ikan ini lalu dimasak dan dihidangkan, maka penyamun ini pun menjamahnya dengan penuh berselera. Tetapi malangnya ketika mencubit ikan tersebut tiba-tiba jarinya tercucuk duri ikan. Jari yang terkena duri ikan itu semakin hari semakin membengkak bagaikan kanser. Luka itu menjalar ke seluruh tangan. Menurut pandangan tabib tangannya terpaksa dipotong. Berbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak juga mahu sembuh sehingga penyamun ini merasa putus asa.

Pada suatu malam dalam tidurnya ia bermimpi seolah-olah suara sinelayan itu memanggilnya, "Kembalikan ikan itu kepadaku, ia bukan milikmu." Bila tersedar dengan tidak semena-mena timbullah perasaan bersalah dalam dirinya. Hatinya tersentuh akibat peringatan dari mimpi itu. "Memang benar ikan yang aku makan itu bukan milikku, aku mesti mengembalikan kepada pemiliknya," Dengan hati yang bersungguh ia pun keluar mencari nelayan itu. Sesampainya di sana, diserahkan wang sepuluh ribu dirham sebagai gantian ikan yang pernah dirampasnya dulu. Hatinya merasa lapang dari desakan perasaan yang selama ini menghantuinya. Dengan izin Allah sejak hari itu luka di jarinya yang nyaris dipotong kembali pulih seperti sediakala.

"Baik-baik Tam, jangan sampai tercekik tulangnya yo!"

6 ulasan:

unrestmind berkata...

moral of this post is...kail la sndiri atauppn klu x ska mmancing g bli kt psr..mcm2 ikn ade...ikn laga pn ade,klu kt psr mahal bli ikn masin sudaaahh...jgnla mgambil hak org mahupn memerah hasil org lain..sokongla para nelayan kita..Lembaga Perikanan Malaysia harus menangani isu ini ..

Zul-Elle berkata...

Sedikit pembetulan ya unrestmind,

LKIM means Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, tak do "Perikanan"!

Moral daripado cerito ialah:-
1. Marilah makan ikan, untuk keperluan protein seharian.
2. Kalau beri makan kucing, jgn bagi tulang tapi isinya la..
3. Tulang ikan memang biso bonar cam lagu Hattan "Biso Bonar", tapi malangnyo liriknya diubah di saat2 akhir, jadi cerito pasal tulang tu memang tak do lam lagu tu!
4. Hanya tulang ikan sardin dalam tin sahaja yg boleh dimakan.
5. Kantin sekolah tak boleh jual ikan yg banyak tulang sbb cikgu2 makan cepat nk kejar masuk kelas pulak. Habis, klu tercokik tulang sapo yg susah?

ok.tu jer dr. pengarang.

unrestmind berkata...

ayoyo...sudah tukar ka???sori la ye..
So...MAJULAH IKAN UNTUK NEGARA

Seperkara lg Mr.Zul..sebnarnye waktu rht n waktu mkn cikgu2 yg diberikn oleh pihak sekolah mmg mncukupi,tp diakibatkn mkn smbil brborak-boraklah yg menghad kn waktu itu..
Mr.Zul tkt tulang trlekat dijanggut ke???

unrestmind berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aloy Paradoks berkata...

cerita ni kalau buat short filem pun ok gak.

Zul-Elle berkata...

to aloy,

short story,short story gak. klu nak nonton teater jemputla ke UPSI jumaat ni jam 8.30 malam. tiket masuk rm2 jer. betul ni talak bohong munye...

Iklan lagi....!