Rabu, Oktober 29, 2008

70 Cabang IMAN


Maksud sepotong hadis Rasulullah s.a.w,"Keimanan itu 70 cabangnya, yang afdhalnya ialah 'Laa ilaha illallah' dan yang terendahnya ialah menolak (membuang) akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan. Dan malu itu cabang dari iman yang terpenting."


1. Beriman dengan Allah s.w.t dan tidak berlaku syirik kepadaNya.

2. Selain Allah s.w.t. semuanya adalah ciptaanNya dan Dialah yang kekal buat selama-lamanya.

3. Beriman dengan Malaikat.

4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.

5. Beriman dengan utusan-utusan Allah.

6. Beriman dengan takdir Allah, sama ada baik dan buruk semuanya dari Allah.

7. Beriman dengan hari qiamat.

8. Beriman dengan adanya syurga.

9. Beriman dengan adanya neraka.

10. Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya.

11. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.

12. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w.

13. Ikhlas.

14. Taubat.

15. Takut kepada Allah.

16. Mengharapkan rahmat Allah.

17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

18. Bersyukur.

19. Menepati janji.

20. Bersabar.

21. Tawadhuk.

22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.

23. Redha dengan apa yang ada.

24. Tawakkal.

25. Jangan sombong.

26. Menjauhi kemarahan.

27. Berperasaan malu.

28. Menjauhi iri hati, dengki dan hasad.

29. Menjauhi kekecohan, seperti buruk sangka dan tipu daya.

30. Jangan terlalu mencintai dunia.

31. Mengucap kalimah tayyibah (syahadah)

32. Membaca al-Quran.

33. Mempelajari ilmu agama.

34. Mengajar ilmu.

35. Berdoa dan bermunajat.

36. Mengingati Allah dan beristighfar.

37. Menjauhi kesia-siaan dan perkataan yang melampau batas.

38. Kebersihan, pada badan, pakaian dan tempat tinggal.

39. Melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh.

40. Sedekah dan berzakat.

41. Puasa.

42. Haji.

43. Iktikaf.

44. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama /berjihad.

45. Menunaikan nazar dan kifarah.

46. Menjaga amanah.

47. Menutup aurat.

48. Berkorban.

49. Menyempurnakan jenazah.

50. Menjelaskan/membayar hutang.

51. Membaiki muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik.

52. Menjadi saksi terhadap perkara yang benar.

53. Wajib wara' dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal.

54. Menjauhi perzinaan.

55. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain.

56. Menunaikan hak kedua ibubapa.

57. Memberi didikan agama kepada anak-anak.

58. Menghormati orang yang lebih tua dan jiran tetangga.

59. Mempereratkan silaturrahim.

60. Memerintah dengan adil.

61. Menyertai jamaah.

62. Mentaati hakim (yang hukumnya tidak bertentangan dengan agama Islam).

63. Membaiki keadaan sesama secara sukarela dan untuk keredhaan Allah semata-mata.

64. Menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran.

65. Membantu seseorang ke arah kebajikan.

66. Memelihara batasan Allah.

67. Membelanjakan harta di tempat yang diredhai Allah, tidak membazir,boros dan kedekut.

68. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.

69. Bersalam-salaman dan mengucapkan 'Yarhamkumullah' bila orang bersin.

70. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang.

15 ulasan:

Unrestmind berkata...

alhamdulillah

aloy @ nurul berkata...

gua dulu dulu pun layan gak gila gila,, part paling best mat romeo,,yang minahleter tu gua benci la. paling nak sangat bace kisah 3 dara pingitan.. ada pulak citer atuk, aku budak minang, kbsm, banyak lagi ar kalu nak citer. ops ada lagi, kisah jaki jipang jangan lupa.

Zul-Elle berkata...

Salam unrestmind...
Bacalah Bismillah dulu, amik berkat.

Salam Aloy,
Lagak A Mamud dengan Vespanya tak masuk senarai ker..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bangsa malaysia adalah ikut perlembagaan dan rukun negara serta kontrek sosial 1957...

bangsa malaysia tak kan terjadi kalau dengan model yang kita khayal sendiri... tanpa perkara di atas.

jemput ke
http://aberamly.wordpress.com
http://ramlyotai.blogspot.com
http://awanggedeber.blogspot.com
http://hanturaya57.blogspot.com
thank u

Zul-Elle berkata...

orait otai, insyaAllah!
Wassalam...

azlin hashim berkata...

Entry yg sgt berguna, tahniah! kerana menyiarkannya..

Zul-Elle berkata...

tima kasih azlin,

biasanya klu dapat ucapan tahniah ni, dapat hadia sekali cam medal ke, piala ke, plak ker... hi hih hih.

Al Khalifah berkata...

Luasnya ilmu Allah Ta'ala itu dan kerdilnya kita ni! Mampukah kita mengucap 'Laa ilaha illallah' semasa sakaratul maaaauuutt! Ustaz Pak Yazid Kg Baru ada habaq masa kuliah zuhur diofis kami,bekas kawan beliau, arwah PM kita Tg Abdul Rahman sempat mengucap dengan jelas sebelum beliau menghempus nafas terakhir...Allahamdulillah.

naz ilyn berkata...

Salam..

Siapa berkerjasama dengan manusia, dia tidak menzalimi mereka. Dan apabila berkata tdak berbohong. Maka dia termasuk orang yang sempurna harga dirinya, keadilannya dan mestilah berkawan dengannya.

Zul-Elle berkata...

Salam al-Khalifah,
Walau sehebat manapun kita, hebat lagi gelombang sakaratulmaut. Medan pertempuran iman dan kufur, mudah2an Allah matikan kita dlm. husnul khatimah, Amiinn!

Salam Naz,
Mudah2an sifat2 Mahmudah itu lebih banyak kita miliki drpd. sifat2 mazmumah yang menjahanamkan diri.

TWS berkata...

Sebelum sakaratulmaut kita sebenarnya sudah lama berperang antara iman dan kufur...cuma kekadang ada yang kalah tanpa bertanding, kalah sebelum kemedan pertempuran dsb...menang tanpa bertanding yang susah nak cari hari ini...iman mau kuat la brader. InsyaAllah, 70 cabang iman akan menjadi sandaran.

Zul-Elle berkata...

Salam tws,

"Menang tanpa bertanding"(?),
Lain je bunyinye tu. Salah posting kot. Tapi tak pe, alang2 raih kemenangan,biarlah memberi makna dan menanglah secara bermaruah sebelum jadi arwah!

guru_cikgu berkata...

Salam,
moga posting ini dapat dijadikan panduan. Ingat-mengingati sesama insan boleh membawa keberkatan.

Zul-Elle berkata...

Salam Cikgu,

Insya Allah ianya lebih kepada siri sisipan "Peringatan buat diriku yang lupa".

Salah silap mohon dibetulkan ye..

aloy @ nurul berkata...

gua lupa lagak A mamud, ada lagi gua ingat,, from taiping with love pun ada.

Iklan lagi....!