Rabu, September 09, 2009

DEDIKASI UNTUK CIKGU ZAINI

Tarik Tali PDF Print E-mail

1.0 PERATURAN AM

  • Selain daripada peraturan – peraturan yang terkandung pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang – Undang / Peraturan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Tarik Tali.
  • Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Tarik Tali Kejohanan Sukan ILJTM 2009 Wilayah Timur edisi ke- 4 adalah muktamad.
  • Sebarang perselisihan faham akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal.
  • Jawatankuasa teknikal berhak meminda dan menambah mana-mana peratauran tanpa terlebih dahulu memberitahu pasukan yang menyertai
  • Jawatankuasa Teknikal juga tidak bertanggungjawab atas apa jua kemalangan, kehilangan dan kerugian disebabkan kecuaian jawatankuasa Taknikal dalam menjalankan tugas atau kecuaian peserta sendiri.

2.0 TEMPAT PENDAFTARAN PASUKAN

  • Bilangan pemain bagi setiap pasukan 11 orang TIDAK termasuk pengurus dan jurulatih pasukan. Hanya 8 orang dibenarkan mengambil bahagian dalam setiap pertandingan.
  • Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan borang khas iaitu BORANG PENDAFTARAN PASUKAN TARIK TALI diserahkan semasa taklimat dan pengundian diadakan.
  • Semua peserta yang terlibat hendaklah membawa KAD PELAJAR masing-masing dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan semasa membuat pendaftaran untuk semakan.
  • Pihak Jawatankuasa Teknikal berhak membatalkan mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN

  • Sistem pertandingan adalah secara liga sepusingan.

4.0 KELEWATAN DAN MENARIK DIRI (WALK OVER

  • Pasukan yang lewat 15 minit daripada masa yang ditetapkan akan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan.
  • Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu bagi pasukan yang menarik diri tidak di ambil kira.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

1. BERAT BADAN

  • Jumlah berat badan bagi 8 peserta tersebut adalah tidak melebihi 720 Kg.
  • Setiap pasukan dibenarkan melantik seorang ketua sorak bagi pasukan masing-masing dan dibenarkan berada dalam gelanggang semasa pertandingan untuk menerima arahan daripada pengagihannya untuk menerima arahan daripada pengadil bagi pihak pasukannya.

2. TARIKAN

  • Sebelum pertandingan dimulakan pihak pengadil akan menentukan tempat dengan lambungan duit syiling. Selepas tarikan pertama akan ditukar tempat.
  • Jika seri selepas tarikan pasukan tersebut dibenarkan rehat selama 5 minit sebelum tarikan seterusnya untuk menentukan kemenangan.

3. PENANDA TALI

  • Tiga pelekat berwarna atau penanda tali akan digunakan seperti berikut.
  • Satu pelekat berwarna atau penanda berada ditengah tali.
  • Dua pelekat berwarna atau penanda luar diikat sejauh 2 meter dari penanda tengah dikedua-dua bahagian tanda.
  • Jika salah satu penanda 2 meter itu telah melepasi penanda tengah tali, maka pasukan berkenaan dikira sebagai pemenang.

4. CARA TARIKAN DIBUATMemegang tali

  • Tiada peserta dibenarkan memegang tali melebihi paras penanda luar apabila tarikan dimulakan, penarik pertama akan memegang tali itu seberapa rapat yang boleh dengan penanda 2 meter.
  • Simpulan atau lingkaran tidak boleh dibuat pada tali atau mana-mana bahagian tubuh badan semasa menarik.
  • Pada permulaan tali hendaklah tegang dan penanda tengah tali berada sejajar dengan penanda tengah di gelanggang.Kedudukan semasa menarik tali
  • Setiap penarik haruslah memegang tali dengan kedua belah tangan dengan biasa iaitu kedua belah tapak dengan menghadap ke atas tali dan akan melalui bahagian atas lengan.
  • Sebarang pegangan lain yang menghalang pergerakan tali dikira Membuat Simpulan dan dikira sebagai melanggar peraturan.Kesalahan-kesalahan semasa pertandinganDuduk
  • Duduk dengan sengaja duduk di atas tanah atau gagal kembali semula kedudukan asal dalam masa 5 saat.

Menyandar

  • Menyentuh tanah dengan sebarang badan kecuali kaki.

Menahan

  • Memegang tali dengan keadaan di mana tali tidak melalui antara badan dan bahagian atas lengan. Posisi· Duduk mencangkung tidak dibenarkan.

Memanjat

  • Menarik tali secara berganti-ganti tangan tanpa bergerak kedudukan kaki dari tempat asalnya.

Mendayung

  • Duduk atas tanah beberapa kali pula digerakkan ke belakang.

Memacak

  • Memacak tumit atau menahan kaki di atas tanah sebelum arahan memegang tali.

Menggoyang

  • Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menggoyang tali semasa perlawanan dimulakan.

Melanggar peraturan

  • Kegagalan mematuhi peraturan pertandingan akan menyebabkan sesebuah pasukan akan dibatalkan penyertaan pertandingan seterusnya.

Tatacara permulaan

  • Apabila pengadil menerima isyarat daripada kedua-dua penyorak bahawa pasukan masing-masing sedia, beliau akan memberitahu pasukan dengan isyarat seperti berikut:

# Angkat tali : Tali akan dipegang

# Tegang tali : Tarik tali hingga menegang pasukan dibenarkan membuat lubang diatas tanah. Pengadil akan memberi isyarat dan menandakan tengah garisan yang terdapat di tanah.Pengadil akan meniup wisel sebagai isyarat menandakan tamat sesuatu tarikan.

6.0 PAKAIAN

  • Pakaian yang digunakan adalah pakaian sukan, biasanya seluar panjang, baju sukan atau jersi.
  • Pertandingan akan dijalankan TANPA SEBARANG KASUT, SARUNG KAKI, SARUNG TANGAN ATAU SEBARANG BALUTAN DI TANGAN ATAU DI KAKI SEMASA PERTANDINGAN.

7.0 PERALATAN

  • Akan disediakan oleh pihak penganjur.

8.0 TAKLIMAT KETUA KONTINJEN / PENGURUS PASUKAN

  • Akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
  • Borang pendaftaran pasukan perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan pada hari taklimat dan pengundian.

Tiada ulasan:

Iklan lagi....!