Rabu, Oktober 15, 2008

MENS SANA IN CORPORE SANO



"Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya sesudah mereka menggunakan akal,sedang mereka itu mengetahui?" (al-Baqarah :75)


"Assalamualaikum, Apa Khabar?, Anda Sihat?, Semoga Anda Sihat...." Itulah ungkapan lazim sebagai aluan kata dari kita untuk kenalan, handai dan taulan yang disapa. Pun begitulah jua sapaan orang pada kita bila mana bertemu di mana-mana pun. Tapi, kali ini hamba ingin berkongsi paparan tentang salah satu aspek dalam tubuh badan kita yang mesti kita jaga supaya senantiasa sihat, iaitu "akal". Jom kita telaah sama-sama...


Akal yang sihat dalam tubuh yang sihat


ADA pepatah Latin yang mengatakan :Mens sana in corpore sano. Ertinya, akal yang sihat terletak dalam tubuh yang sihat. Akan tetapi, pada hakikatnya pepatah itu tak bisa dipertahankan lagi.


Kalau orang masih bertahan dengan kebenaran pepatah itu maka bererti orang yang sihat badan dan tubuhnya tentu sihat pula akalnya. Pada hal fakta menunjukkan bahawa perompak, pencuri, perasuah (korupsi), penyeludup, pembohong besar, pemfitnah, dan seribu macam "P..." lagi adalah mereka yang sihat badannya, sebab kalau badannya sakit tidak mungkin mereka akan berbuat demikian. Pun sebaliknya, tentulah orang yang sakit tidak terdapat padanya akal yang sihat, sedangkan faktanya menunjukkan berapa banyaknya karya produktif lahir daripada badan yang sedang sakit, seperti Ubai bin Ka'ab seorang sahabat Nabi s.a.w yang terkenal,badannya panas selalu tetapi akalnya tetap sihat, malah dia termasuk sahabat yang ahli Quran. Demikian pula Imam Syafi'e mujtahid Islam dahulu, jasadnya selalu sakit-sakit, tetapi fikirannya selalu sihat dan tajam.


Kerananya maka jika orang hendak membicarakan akal yang sihat maka letaknya bukan pada tubuh yang sihat, tetapi pada suatu wadah lain...


Apakah akal itu?


Akal itu berasal dari bahasa al-Quran (Arab), demikian juga fikiran. Kata asalnya:'Aqal dan diMelayukan menjadi:akal, lalu dalam kamus Melayu ialah alat untuk berfikir (mempergunakan akal budi).


Al-'aqlu-akal dalam erti pokok ialah nur rohani yang membuat jiwa dapat menemukan apa yang tidak dicapai dengan perasaan. Dinamakan aqlu : aqal, kerana dia dapat menahan seseorang dari terjatuh pada kesulitan berat dan kecelakaan. Mengenai penjelasan tentang aqal ini, Raghib Ishfahani menerangkan bahawa asal pokok aqlu itu ialah menahan dan memegang. Dikemukakannya pendapat bahawa aqlu itu ialah kekuatan yang dapat menerima ilmu. Fikrah, fikiran - kata Raghib ialah kekuatan yang mengetuk ilmu sampai pada yang maklum(diketahui) dan berfikir ialah kekuatan itu bergerak menurut pandangan akal.


Ala kulli hal, masalah akal dan fikiran ini adalah masalah yang sangat banyak liku-likunya dalam Islam, ia dibicarakan dalam kalangan ilmu tauhid, menjadi perbahasan dalam kalangan Ulama' fikh, menjadi perhatian serius dalam kalangan filsafat Islam. Terutama kerana banyaknya ayat-ayat yang mengenai akal dan fikiran sehingga seorang Muslim harus mempergunakan akalnya yang berfikir, baik mengenai dirinya, alam sebagai tanda kebesaran Allah, problem-problem hidup yang dihadapinya, sehingga menimbulkan karya ilmiah dan amaliah orang-orang besar dahulu. Apalagi Nabi s.a.w. telah mengingatkan : "Tidak ada (nilai) agama bagi orang yang tidak berakal". Ertinya, orang yang berakallah yang mengangkat tugas-tugas agama dan orang yang beragamalah yang harus mempergunakan akalnya, kerana akal itu merupakan nikmat Allah yang paling besar bagi manusia yang membezakannya dari haiwan.


Sekadar itu buat kali ini, wassalam...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya suka membaca posting sebegini. Jelas dan mudah difahami.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih pn. Nur Aflah,

Insya Allah, yang baik bisa kita perkongsikannya bersama dalam rangka jalinan ukhwah dan dakwah.

Aloy Paradoks berkata...

nasib baik kat sini takde citer busuk mcm unrestmind punye blog.

Tanpa Nama berkata...

jangan dok ngumpat si unrestmind tu, syyyyyy... dia tu memang 'poyo' kan.he he he...

unrestmind berkata...

blog hamba x seindah blog saudara2 yg mengomen.tp blog hamba hanyalah tempelan shj hanya melukut ditepian gantang..akal melayang,fikiran trdampar dan minda trpisah..kekalutan fizikal dan mental..dan sesunggunya kebenaran itu adalah pahit...

Zul-Elle berkata...

Sebak dan syahdunya unrestmind bermadah...

Nak tambah sikit,
"Manusia akan berasa kaya kalau hatinya juga kaya. Yang menyenangkan hati ialah keyakinan mencukupkan yang sedikit. Hitunglah apa yang kita miliki. Jangan menghitung hal-hal yang kita tidak miliki".

Iklan lagi....!