Tugas mendidik anak-anak ni sebenarnya tugas siapa? Tugas guru-guru di sekolah sahajakah, tugas ibubapa atau pengasuh ataupun pembantu rumah? Ya, Tugas mendidik adalah tugas semua orang tak kira siapa! Sebabnya pendidikan berlaku bukan setakat di bilik darjah sahaja tetapi di mana-mana dan sepanjang waktu. Pendidikan adalah berterusan dan sepanjang hayat!
Fokus kali ini adalah kepada "Pengurus Rumahtangga", siapa lagi kalau tidak wanita bergelar "ibu". Sebagai seorang ibu adalah bertanggungjawab terhadap amanah ini di akhirat nanti. Perkara yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anak begitu banyak sekali, anatarnya adalah:
1. Menguatkan dan menyuburkan tubuh anak-anak dengan makanan yang halal dan olahraga yang cukup.
2. Menghindarkan mereka dari segala perkara yang berbahaya.
3. Memahami minat dan bakat anak.
4. Memahami minat dan bakat anak.
5. Mengajari anak dengan etika/sopan- santun dan menumbuhkan minat pada ilmu pengetahuan / pelajaran.
6. Membiasakan mereka dengan akhlak dan perangai yang terpuji.
7. Mengajari mereka cara berhadapan dengan segala lapisan masyarakat.
8. Mengajari mereka agar hormat kepada bapanya dan orang yang lebih tua.
9. Menanamkan rasa cinta kepada peribadi Rasulullah s.a.w.
10. Mendidik mereka supaya menghormati gurunya.
11. Mengajari mereka al-Quran dan menenamkan rasa cinta kepadanya.
12. Menjaga hidup mereka dengan cara hidup Islam, sedikit pun jangan diberi kesempatan hidup dalam cara jahiliyah/kafir.
13. Menanamkan cita-cita untuk hidup dan mati dalam berbakti kepada Allah sebagai pejuang agama dan menjadi seorang anggota masyarakat yang baik.
P/s: Sungguh mencabar untuk mendidik anak-anak di zaman ini. Namun, dengan kesungguhan dan keazaman kita insya Allah ada jalan dan caranya, umi...!
6 ulasan:
Salam singgah..
Mencabar..tetap mencabar mendidik anak-anak. Salam singgah juga seperti Pn Azlin. Sebelum tu saya dah singgah di Al-Khalifah dulu tadi. Syiok nya blogging ni, tak payah isi minyak kita dah sampai kedestinasi dituju.
i want to comment..but i ve no idea due to lack of knowledge about this post...but,to the author..keep up a gud work ok...wasalam
Salam bersambut azlin hashim dan rez. Alang-alang singgah tu bawak ler buah tangan sikit, boleh sembang lama2, banyak topik boleh bincang. ok, t.kasih banyak.
Salam unrestmind, hari2 cuti ni, jalan2 cari makan kat ner plak? jgn. tak ingat kawan kat sini udah ler...
Saya pun nak salam singgah jugak lah! Tapi tak boleh lama-lama coz ofis tengah buat renovation ni..beraboknya..bunyinya...tuhan aje yang tahu! Anyway, anak-anak sebagai permata hati kita, kena digilap setiap hari, leka sedikit mengundang duka...
Hai, tak sabar rasanya nak jenguk centre al-Khalifah after renovation ni..
Sayangkan anak, rotan2 la sikit kat tapak tangan tu klu degil. Jgn tunggu dah remaja, dgn. cikgu pun depa ajak bertumbuk!
Catat Ulasan