Khamis, Oktober 23, 2008

ANTARA KELUHAN DAN KESABARAN

"Aarrgghh, traffic jam lagi....." keluhku dengan penuh sabar memandu!

Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji tiba-tiba beliau terpandang pada seorang wanita yang berseri mukanya lalu dia berkata, "Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah." Mendengarkan demikian lalu wanita ini menjawab, "Apa yang kamu katakan itu tidak betul, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini tiada siapa boleh dipersalahkan." "Bagaimana boleh terjadi demikian?",tanya Abu Hassan. Jawab wanita tersebut, "Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku.

Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, "Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing?" Si adik pun mengangguk. Maka dilentangkan adiknya lalu disembelih. Melihatkan darah yang mengalir dia menjadi takut lalu lari ke hutan. Akhirnya dia dimakan oleh serigala di sana. Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. Anak ini pun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan dia mati di situ.

Berita ini sampai kepada anakku yang tua. Kerana terkejut dia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara." Soal Hassan lagi, "Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yang maha hebat ini?" Jawab wanita itu, "Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza. Sabar ialah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah. Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah kerana dia tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdir untuknya".

p/s : "Sabarlah dengan dugaan Ilahi, Ia datang sekadar ingin menguji..."


5 ulasan:

unrestmind berkata...

perbagai dugaan menimpa dan tertimpa..hanya keluhan dan kesabaran lah yg berlegar di mata...kami manusia biasa,,,tidak lari dari keluhan yang tidak berkesudahan malah tidak bertepian..tetapi.harapan meninggi trhadap tuhan amat menjulang..jauh terpinggir hanyalah keluhan demi keluhan..walaupun dimulut berkata.."aku redha ya Allah"..

Zul-Elle berkata...

Ingatlah wahai unrestmind akan maksud sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Setiap musibah yang menimpa seorang muslim, maka hal itu bisa jadi penghapus dosanya, walau pun hanya kerana tertusuk duri."
(Hadis Riwayat Muslim)

naz ilyn berkata...

Salam..

berlajar mendidik hati agar bersabar
keluh kesah, gundah gulana tak kemana
hidup menderita dan terseksa
sampai bila nak berduka nestapa
tidak akan merubah apa-apa
hidup harus diteruskan jua
semuanya dugaan semata
redhalah pada yang esa
mengadulah pada Nya
luahkan apa ada dijiwa
membuat hati kita tenang dan bahagia.

p/s: apabila kita meredhakan segalanya akan damai di jiwa.

Zul-Elle berkata...

Salam...

"Katakanlah : Mahukah kamu, Kami beritahukan tentang orang-orang yang amat rugi dalam pekerjaannya. Iaitu mereka yang sesat (terkeliru) usahanya di dalam kehidupan dunia, sedang mereka menyangka bahawasanya mereka telah melakukan usaha-usaha yang baik".
(Al-Kahfi : 103 - 104)

Aloy Paradoks berkata...

gua macam nak nangis la bro.

Iklan lagi....!