Selasa, Oktober 28, 2008

Anda yang mana...?

"Ye ke? Isshhh, tak tahu la pulak....!"

EMPAT DARJAT MANUSIA


Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu:


1. Manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin. Pemimpin yang adil dan amanah orangnya, bukan yang bikin tak serupa cakap!


2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan. Ntah-ntah dia tak tahu pun bahawa dia tu sedang tidur!


3. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas. Tahu tak pa! Jangan jadi bodoh sombong.


4. Orang yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian harus dijauhi. Jenis ni, namanya "cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar". Elok hantar kat pulau tak ada orang, barulah dia sedar diri tahu diuntung!


p/s: Kita ni orang jenis apa ya.... Moga hamba tergolong dalam kumpulan orang-orang yang sentiasa tahu yang diri ini tidak tahu semua perkara dan sentiasa perlu mengambil tahu apa-apa yang patut diketahui, namun tidak sampai hal peribadi orang pun sibuk nak ambil tahu "busy body" kata omputih, masyaAllah!

15 ulasan:

Najibah Ali ナジバ berkata...

salam ya anta~

hehe..oh boleh2... mafi mushkillah.. syukran jazilan untuk cadangan anta tu.. :) sebenarnya ana tak tahu nak letak gambar apa, kebetulan ada gambr keluarga, ana upload sekali.. :) syukran jazilan sekali lagi~

ana sudah tambah sedikit gambar ahli keluarga & lanskap teratak kediaman ana untuk tatapan anta. harap anta berpuas hati yea.. wasalam. :)

Zul-Elle berkata...

salam ya anti...

Kaifa ha luki fi hazal yaum?
Ana bilkhair...

ok. le tu. Puas hati tu utk Najibah Ali, not for me. Ana just visiting jer, k.

Wassalam.

Aloy Paradoks berkata...

gua jenis org yg tahu, tapi tak faham..
faham tapi tak arif sangat, camne tu en mm?

Zul-Elle berkata...

Saranan pakar pemakanan (diet) ialah: Aloy kena makan banyak makan tauhu termasuklah tauhu sumbat ke, tauhu goreng ke,air soya ke, ape ker... he he he!

Tahu tapi tak faham maknanya loyar buruk banyak sangat lam kelas tu..
Faham tapi tak arif tu, sbb. dah memang tak faham, buat2 faham padan ngan muke! ok geng.

Tanpa Nama berkata...

Kelakar pulak Ustaz kita ni!

unrestmind berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
unrestmind berkata...

Assalamualaikum wbt..
dgn izin allah swt ana mgkin trgolong dlm golongan yg pertama..tp ana x bisa jd pemimpin..i cant be a gud leader...but i can be a gud followers...wassalam

***bkn tu je aloy kna mkn...dia kna mkn landak laut,tengiling dan pepijat..ni utk mguatkan daya penghafalan..kn dia slalu hafal script..

Al Khalifah berkata...

Salam Sdr Zul-Elle,
Sebab itu bila menuntut ilmu kita disarankan berguru..guru akan menegur kita samada kita ni tahu ke apa yang kita tahu atau tak tahu. Mereka yg berilmu bersendirian selalunya lalai dan terpesong sehingga tidak tahu yang mereka sebenarnya tidak tahu...patutlah Sdr Zul kiaskan dengan makan tauhu...banyak sangat 'hu' nya!

nahmy berkata...

assalamualaikum...

mungkin saya ada keempat-empat ciri tsb dan yg mana akan lebih dominant? bergantunglah pada masa, keadaan dan peristiwa. cuma klu yg negatif tu akan cuba dikawal agar tak 'outruled' yg lain...wallahualam.

Zul-Elle berkata...

Saya tabik dgn al-Khalifah,

Sebab ape tau, sebab masin-masamnya budu dia dulu yg. rasa. Ambo minat dgn. Budu cap Limau, cukup rasa! Tauhu tak nak, taugeh tak pe..

To unrestmind, GET WELL SOON! Ade baik sikit ka tu, maacha..

To rez, "Laughter is the best medicine", ye tak? Ustaz ni ngaji lum tamat lagi, byk. main.

Zul-Elle berkata...

Salam kembali Sdr. Nahmy,

Saya agak bersetuju dgn. pendpat tuan. Ya, barangkali 4 jenis tu ade pd. setiap kita, cuma peratusannya yg. berbeza ikut keadaan & situasi. Hakikatnya manusia ni byk yg tak tahu drpd. tahu, cuma ramai yg. berlagak tahu semua perkara. T Kasih.

Tie berkata...

Salam. Tie datang singgah ni. Banyak info yang tie dpt di sini. Nanti tie dtg lagi, ye.

Aloy Paradoks berkata...

kalau tak faham,, tapi silap macam mana pulak, dan silap tapi faham?

Aloy Paradoks berkata...

tu unrestmind,, makan byk sgt nsi lemak kantin membahayakan kesihatan...

Zul-Elle berkata...

Salam Tie... ( "T" pun boleh kot)

Terima kasih sudi menjengah. Mana yg. baik tu, sebar2kan la, sampai2kan la, biar pahala kebaikannya berganda2, amiin. Yg, terkureng tu, mohon maafla ye. Terkurang manis atau masinnya tu, tambah tokokla mana yg. patut. T.Kasih.

To Aloy,
Ustaz letih sikit ni nak jawabnya. Teringat dulu2 masa asyik layan majalah gila2 tu ade sorang namanya PST. Byk dia tahu, pandai dia menjawab. Pas tu, timbul lak majalah Ujang, ade sorang lagi, Pakcik Din Beramboi namanya. Rasenya Aloy boleh tanya dia kot. Jgn. marah haaa, nanti kena jual! Pegi ler jenguk unrestmind tu, sihat ke dia, pengsan ke dia...
Makan nasi lemak tak pe, tapi lemak kelapa tu kurangkan!

Iklan lagi....!