Khamis, Oktober 16, 2008

Al'aqlu salim fi tauhidil qawim


Kita bicara pasal akal lagi, sebagai sambungan titipan semalam...

Akal Sihat

Al Aqlu salim, Akal sihat itu sebenarnya ialah akal yang dapat melahirkan sikap dan gerak hidup dalam batas dan norma yang ditentukan oleh pemberinya, iaitu Allah Maha Bijaksana. Dengan itu kita mengetahui yang, mana halal dan haram, baik dan buruk, manfaat dan mudharat, faedah dan mafsadah (bencana). Jika dalam berfikir, akal menjadi penggerak maka hasilnya ialah menambah pengabdian pada Allah dan melahirkan manfaat bagi manusia.

Kerananya maka akal yang sihat itu tidak terletak pada tubuh yang sihat, tetapi akal yang sihat itu terletak pada iman yang kuat, dengan prinsip: Al'aqlu salim fi tauhidil qawim.

Iman itulah yang membuat akal seorang sihat sebab beriman bererti mempergunakan segala sesuatunya dalam garis dan ketentuan-ketentuan yang diredhai Allah. Apalagi kita harus sedar bahawa akal jika dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran yang tidak sihat akan melahirkan sesuatu yang tidak sihat pula. Seperti kata al-Farabi bila akal itu dikendalikan atau dikuasai oleh hawa nafsu maka ia menjurus menjadi maling, perbuatan negatif seperti merompak, membunuh, merasuah, memperkosa, memfitnah, dan sebagainya me... lagi. Malah Muhammad Abduh mengingatkan bahawa orang yang minum khamar (arak) itu akalnya tahu bahawa itu berbahaya, tetapi hawa nafsu mendorongnya berbuat demikian.

Filasuf Islam terkemuka, Dr. Mohd. Iqbal pula mengemukakan bahawa betapapun akal itu mempunyai kekuatan dan kebajikan, tetapi akal itu bukanlah ditangannya segala sesuatu. Tidak bijaksana menggantungkan sesuatu padanya sahaja. Iqbal melihat adanya kelemahan pada akal dan keterbatasannya ialah akal itu kurang berani dan tidak mahu menempuh bahaya yang ada di hadapannya. Adanya ciptaan dan penemuan baru bukanlah dari akal semuanya, tetapi dari bantuan 'syqi dan wijdan, kecintaan pada sesuatu dan perasaan. Akal itu - kata Iqbal - banyak ragu-ragu dan tidak banyak berani maju, maka 'isyq yang mendorongnya ke depan sampai tinggi di awan.

Menurut Iqbal lagi, "Bila akal itu bergerak berserta panasnya rasa maka ia menjadi hati (qalb), tetapi bila hari kehilangan panasnya rasa maka dia sama dengan tanah jadinya". Dari semua ini, maka 'isyq yang dikemukakan Iqbal itu pada hakikatnya ialah kecintaan yang merindu pada Allah dan sesama insan, lalu membuat akal menjadi sihat dengan melahirkan sikap hidup yang benar dan bermanfaat. Demikian pula kelemahan iman seseorang menimbulkan hal-hal negatif dalam hidupnya kerana akalnya tidak sihat!

9 ulasan:

Al Khalifah berkata...

Salam perkenalan dari teman yang sudah lama kehilangan pena sakti keyboard dan mouse....Allahamdulillah, kesibukan waktu mengajar saya tentang luasnya ruang yang diperuntukkan untuk akal kita berbicara secara maya.

Sdr Zul Elle, sesihat mana akal kita pun, nafsu tetap datang menghampiri...ia sekadar menguji kehandalan keimanan manusia. Bila iman tergugat,akal dan nafsu berperang.Zaman globalisasi dan era ICT telah mengundang akal dan nafsu untuk bertemu dan berperang tanpa batasan dan sempadan, setiap detik setiap ruang....sekadar renungan.

Zul-Elle berkata...

Salam bersambut tautan ukhwah ya al khalifah...

memang lama sungguh tuan hamba membisu tanpa sepatah khabar, bertapa menajamkan akal agaknya.

Syukurlah, kembali bertandang dan barang kali berguni-guni bahan mentah dibawa bersama untuk diolah, disaring, ditapis, dicerna dan dikongsi ceritanya.

Aloy Paradoks berkata...

kepada zul elle,,,,
ella itu masih membujang hingga kini.
maka jadikanlah ia zul ella.

Tanpa Nama berkata...

"return to sender"!

tanak komen!

unrestmind berkata...

setiap blog yg sy jengah kbnyakknye komen msti berunsur nasihat brdasarkn post..ok la tu..berkenaan ngn post ni..sy x dpt nk komen ..ape yg blh sy lakarkn hnyalah..sekuntum senyuman pd post dan blog ni...

Tanpa Nama berkata...

ELLE ttp ELLE...dan ELLA ttp ELLA...tiada ssb musabab mngaitkn ELLE n ELLA didlm post ini...

Tanpa Nama berkata...

okla tu bro,

unrestmind ngan bhso ni sedare mare ke sepupu sepapat?

saje jer...

Najibah Ali ナジバ berkata...

salam..izinkan ana berkongsi artikel2 yang ada di blog ini yea. syukran..

Zul-Elle berkata...

ahlan wa sahlan ya najibah

afwan...

Iklan lagi....!