Ahad, Oktober 26, 2008

AL-AHNAF BIN QAIS

AL-AHNAF BIN QAIS seorang ulama yang terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yang datang itu adalah untuk tujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf.

Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya.

Lalu Ahnaf pun bertanya, "Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?"

Jawab pemuda, "Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah berbohong. Kalau ada orang yang sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak mengkhianatinya."

Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Ahnaf, "Benar akan kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak mulia."
(ANIS/JUN2002)
P/S : Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka ia dikurniakan kefahaman, yakni pengertian mengenai ilmu pengetahuan agama dan ilmu itu hanyalah dapat diperolehi dengan belajar." (H.R. Bukhari)
Semoga kita turut menjadi pilihan Allah untuk jadi orang baik2, berilmu dan berakhlak mulia, moga baik kesudahannya nanti, Amiiin!

2 ulasan:

Al Khalifah berkata...

Seri muka mereka yang berakhlak mulia dan berilmu memang terserlah. Kekadang mereka yang terlalu mengejar duniawi, mendapat apa yang dihajati didunia..pangkat,harta,dsb.Tetapi raut wajah dan seri muka mereka kekadang menampakkan silau kegelisahan dan kerisauan....serinya hilang kerana tidak menghiasi diri dengan berkata benar dan amanah.

Zul-Elle berkata...

Benar ya al khalifah,

kerna tompokan noda dan dosa kian menghitamkan wajah dan mengelabui pandangan...

p/s: teringat saya manisnya kuih seri muka, juadah berbuka pilihan Ramadhan nan lalu.

Iklan lagi....!