Jumaat, Oktober 10, 2008

MANISNYA RAMBUTAN


Ada apa dengan rambutan ini... "Rambutan" ialah sejenis tumbuhan laa.. Orang panggil pokok apa? "Pokok rambutan". Orang panggil buah apa? " Buah rambutan". Kalau ikut nama saintifiknya, banyak! Tak percaya, beleklah Kamus Dewan. Sebagai contoh nama saintifik bagi rambutan hutan ialah Nephelium lappaceum. Macam mana? betul sebutannya? Soalan cikgu hari ni, "Apakah nama saintifik bagi orang utan pulak?" Hah jawab..


Ni apasal buka cerita pasal rambutan ni... Tak ada apa-apa! Ini adalah sebahagian daripada sekian banyak elemen yang berkaitan antara saya - ayah - emak - adik beradik - rumah kami. Dua-tiga pokok rambutan yang ayah tanam jarang sekali menghampakan membuahkan hasilnya saban tahun. Kurnian Ilahi, rezekiNya yang melimpah ruah.


Rambutanlah antara "umpan" emak dan ayah tiap kali pohonnya berbuah. Anak-anaknya yang jauh di rantau orang digamit untuk pulang menikmati manisnya isi rambutan tiap kali tiba musimnya. "Tak balik ke cuti ni?", "Rambutan tengah lebat buahnya ni", antara manis bicara emak dan ayah mengumpan, he he he..


Dah lebih 30 tahun pokok rambutan dua - tiga pohon tu yang ayah tanam, masih lagi mereka berbudi pada kami. Dan kini, giliran cucu-cucu ayah dan emak pula yang merasa manisnya.


Penutup kata, terimalah sebuah peribahasa yang berbunyi,"gelagah boreh rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak", maksudnya 'nasib yang malang seseorang yang berbuat seperti orang lain tetapi tidak beroleh faedah (seperti orang lain)' - Anda ke?

Pak Uteh telah dikerah secara 'paksa' oleh Pak Long untuk mengutip hasil dari pokok rambutan biar pun dalam keletihan berpuasa

5 ulasan:

unrestmind berkata...

cmburu mnguasai diri takala membaca posting dr MM ni..ye la,sebatang pokok buah pn tidak sy miliki..hanya mngharapkan dan menumpang pokok2 buah makcik je kt Pahang..Minda muallin tau x rambutan telan..itulah gelaran yg dipanggil oleh org Pahang khususnye Temerloh,ia dipanggil sedemikin krn isinya tidak longkak(longkoh)..jd utk menikmatinye kita telan je la dgn bijik2nye sekali..masalah akn timbul bila kita hndak menunaikan qada hajat...
Bertuah sungguh MM krn mmpunyai pokok buah rambutan..tidak spt saya..nasihat sy..hargaila pokok rambutan itu dan lagi jgn pula pulang ke kg semata-mata krn buah rambutan..wasalam

Tanpa Nama berkata...

terima kasih di atas tambahan info unrestmind tu.

mm

Aloy Paradoks berkata...

aku sgt sedih membaca artikel atau entri ini. rumah aku pokok buah haram mandang. pokok ketapang je byk kat kg tu.. dh kg tepi laut,nak buat camne

Tanpa Nama berkata...

hello geng,

duduk tepi laut la best, boleh makang ikang, sutung, udang, ketang, kerang, tirang, yang nelayang baru bawak pulang, kang. kang.. kang..

unrestmind berkata...

bro pic kt 100 blog tu blur je..awatnya??

Iklan lagi....!