Hidup ini merupakan suatu ujian. Allah s.w.t akan menguji hamba-hambaNya dengan pelbagai bentuk dan keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan dan kesenangan dengan tujuan untuk mengangkat darjat kemuliaan hambaNya.
Realiti dalam kehidupan kita sendiri pun manusia tidak akan dapat dinilai tahap pencapaiannya sekiranya tidak melalui ujian dan saringan. Guru tidak akan dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar sekiranya tidak diberikan ujian dan peperiksaan.
Seorang majikan tidak akan dapat menilai tahap pencapaian pekerjanya sekiranya tidak diberikan ujian prestasi kepada mereka. Begitu juga untuk kita sebagai hamba Allah s.w.t perlu melalui ujian dan penilaian untuk dianggap lulus sebagai hamba Allah s.w.t yang muttaqin.
Sebenarnya, sebelum Allah s.w.t ingin mengurniakan nikmat kepada hambaNya, terlebih dahulu Allah s.w.t akan menguji hambaNya yang terpilih itu.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Tuhan, maka ia pasti diberi ujian."
Ujian yang dimaksudkan di sini termasuklah dugaan, sakit, cubaan hidup, kepayahan dan kegagalan. Allah s.w.t akan mengurniakan pahala apabila seseorang itu bersabar dan mengharapkan redhaNya.
Sakit Adalah Penghapus Dosa
Kita adalah manusia yang memiliki 1,001 kelemahan dan sering melakukan dosa. Sudah pasti kita akan dibalas dengan pembalasan yang dahsyat di akhirat sekiranya kita tidak memohon
ampun kepada Allah s.w.t di dunia.
Fikirkanlah! Kalau kita membilang segala dosa-dosa yang kita lakukan, sudah pasti tidak terhitung banyaknya. Dosa-dosa yang banyak itu kalau tidak diampunkan Allah s.w.t, adakah lagi harapan kita untuk menikmati syurga yang disediakan untuk manusia yang beriman dan beramal soleh? Oleh itu, kita kena sentiasa dan setiap masa bertaubat kepada Allah s.w.t supaya segala dosa kita dihapuskan.
Penghapusan dosa oleh Allah s.w.t melalui pelbagai bentuk termasuk ditimpakan ujian dalam kehidupan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, (maksud):"Seorang mukmin tidak ditimpa penyakit yang berterusan, sama ada keletihan, kesakitan dan kesedihan sehingga boleh menggelisahkannya kecuali bagi menghapuskan segala dosa-dosanya."
Sakit Adalah Tanda Cinta
Semua orang tidak mahu ditimpa sakit dan keuzuran. Manusia sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk memastikan diri dan keluarga mereka sentiasa sihat. Bagi sesetengah manusia menganggap sakit adalah suatu yang amat buruk dan bencana dalam kehidupan.
Islam sendiri menganjurkan supaya kita berusaha dan berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dialami dengan pelbagai rawatan dan perubatan asalkan tidak sampai melanggar batas akidah dan syariat.
Dalam masa yang sama, sebenarnya apabila seseorang ditimpa kesusahan berupa kesakitan, kegelisahan dan sebagainya, itu merupakan ujian dari Allah s.w.t untuk menilai setakat manakah hambaNya sabar menghadapinya.
Suatu hari seorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan mengadu: Ya Rasulullah, telah habis hartaku namun masih sakit tubuhku. Maka Nabi bersabda (maksud);"Sesungguhnya Allah s.w.t jika cinta dan sayang kepada hambaNya, diujinya dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah s.w.t memberinya kesabaran."

Oleh itu, berbahagialah kepada sesiapa yang terpilih. Sesungguhnya Allah s.w.t amat cinta dan sayang kepada kamu. Terimalah ujian Allah s.w.t ini dengan sabar dan redha. Yakinlah! Allah s.w.t sedang mengangkat darjatmu.
Mohd Faryzan Subkhi
-Dipetik dari "Asnaf" terbitan 2/2008
Ada masa, layarilah http://www.e-zakat.com.my/

6 ulasan:
sungguh bermakna entri anda kali ini.
benar apa yg dikatakan itu, tidak boleh disangkal lagi.
ckgu zul,, sy nak mintak maaf la jika ada terkasar bahasa atau terlebih gurau. tambah2 lg masa saya kat kantin dulu, sebab sy ni kalau gurau mulut jahat sikit. maaf zahir dan batin.
selamat hari raya aidilfitri, moga raya kali ini menjanjikan seribu rahmat dan kebahagiaan buat anda.
terima kasih...
yang baik kita manfaatkan
bersama saling mengingatkan.
Alhamdulillah baru pagi tadi dijelaskan tuntutan zakat fitrah didarab dengan 6 = RM 31.20 tunai!
Salam Aidilfitri aloy@nurul. Salah silap mohon dimaafi. Insya Allah jumpa lagi.
Salam bertandang..
Meminjam kata-kata Asma Binti Abu Bakar:
Penderitaan dan kesusahan adalah bersifat sementara daripada menanggung penderitaan yang hebat dan hina di akhirat kelak.
Salam di penghujung Ramadhan...
Terima kasih kerna sudi menjengah dan mengusik rasa..
Sekadar berkongsi sebuah lagi
kata-kata pujangga: "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."
Moga kita sentiasa ingat dan insaf akan asal usul kejadian kita, syukur pada Yang Maha Esa.
Wassalam. Salam Aidilfitri.
Saya tertarik dengan kenyataan Sdr tentang "Guru tidak akan mengetahui tahap kefahaman pelajar sekiranya tidak diberikan ujian dan peperiksaan"...saya setuju. Ada sesetengah parent hanya biarkan anak mereka menduduki exam 1 atau 2 x satu penggal persekolahan? Apakah yg dapat kita sebagai parent bantu anak-anak agar lebih 'exam oriented mind' dan 'exam ready'? Itu yg saya cuba terapkan dalam program Score A di 'pusat perkhidmatan tuisyen berinternet Score A' kepada anak-anak yang bukan sahaja jarang buat exam tapi ulangkaji pelajaran pun liat...Allahamdulillah, setelah memerhati gaya dan cara penerapan murid terhadap program tuisyen berinternet, saya dpt rumuskan ianya berkesan utk memberi suntikan minat belajar kepada anak-anak disamping menggalakkan mereka lebih fokus kepada latih tubi...'practice make perfect'! Kita tak perlu 'push' sangat anak-anak untuk belajar kerana mereka telah mendapat lebih 70% - 80 % pelajaran semasa menghadiri sekolah. Cuma tahap kefahaman tentang apa yg telah diajar guru hendaklah dipraktikkan secara konsisten setiap hari bila selesai sekolah agar ada 'continuity' atau kesinambungan.Program latih tubi on-line Score A yg kami jalankan amat berkesan utk anak-anak ulangkaji apa yg diajar disekolah utk dapatkan kefahaman secara konsisten.Sesungguhnya jika anak-anak dibentuk dari awal lagi tentang konsep dan cara pembelajaran yg efektif, saya pasti mereka dapat mengadaptasikan cara yg sama untuk menimba ilmu akhirat...belajar..praktik dan 'apply'...InsyaAllah.
Salam untuk tws,
Terima kasih di atas respon dan pendapat yang diberikan.
Semoga program score A akan menjadi pilihan pertama dan utama para pelajar kita selepas ini, insya Allah.
wassalam.
Catat Ulasan