Program Solat Hajat dan Majlis Restu Ilmu ini merupakan langkah dan persediaan terakhir calon-calon UPSR untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Kedua-dua program ini diadakan untuk menyediakan calon-calon UPSR dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar.
Solat hajat dan restu ibu bapa serta guru mampu menjadi kekuatan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan di samping sokongan berterusan dari pihak sekolah.
Antara objektif program ini adalah;
a. Memohon keberkatan untuk calon-calon UPSR dalam menghadapi masalah.
b. Menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar.
c. Memberi motivasi dan dorongan serta semangat kepada calon-calon UPSR.
d. Membina kematangan berfikir, bersyukur dan berterima kasih kepada yang telah memberi ilmu.
e. Membina hubungan erat antara murid, guru dan ibu bapa seterusnya memberi kelapangan dada kepada murid dalam menghadapi UPSR.
Sesungguhnya program ini bermatlamat agar murid dapat menyediakan diri dari segi fizikal dan mental menerusi dorongan dan galakan daripada ibu bapa dan guru. Semua murid Tahun 6 SK. Taman Bunga Raya (1) yang beragama Islam disasarkan untuk menyertai solat hajat dan semua murid Tahun 6 termasuk pelajar bukan Islam akan menyertai Majlis Restu Ilmu.
Program Solat Hajat telah diadakan pada 28.08.08 yang lalu di Masjid Ali Bashah Apartment Kenanga manakala Majlis Restu Ilmu diadakan pada 05.09.2008 di SKTBR (1). Wassalam

1 ulasan:
Salam,Selamat Berpuasa. Memang segala usaha dan petua telah diberikan oleh guru. Akhir sekali, penentuan adalah mereka sendiri untuk berjaya dalam UPSR.Selain ketentuan Allah s.w.t. Bagi pendapat saya, kejayaan penting bagi seseorang pelajar tetapi ada yang lebih penting iaitu menjadi orang yang berguna.
Catat Ulasan