Khamis, September 18, 2008

NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM


Di antara kata-kata nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya....
Kata Lukman al-Hakim: "Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka nabi-nabi yang lalu, sabda mereka...
1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah s.w.t maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
5. Ingatlah kepada Allah s.w.t.
6. Ingatlah akan mati.
7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang terhadap dirimu.
Dipetik dari "Himpunan Kisah-kisah Teladan" - 93 Kisah-kisah Benar.

4 ulasan:

unrestmind berkata...

sukar ku gambarkan betapa hebatnya cerita ini..abah ku dahulu pun sedemikin juga..tapi aku tetap sebegini..

Zul-Elle berkata...

salam unrestmind,
aYAH, aBAH, Papa, atau apa saja panggilannya.... dialah hero, pujaan dan idola anak lelakinya...
kitalah...

Zul-Elle berkata...

salam unrestmind,
aYAH, aBAH, Papa, atau apa saja panggilannya.... dialah hero, pujaan dan idola anak lelakinya...
kitalah...

Aloy Paradoks berkata...

salam untestmind dan zul elle,, siapa elle itu?
itu sahaja soalan saya.

Iklan lagi....!