Khamis, November 13, 2008

Wanita Hiasan Dunia



Adab dan keperibadian seorang wanita muslimah, mukminah lagi solehah...





1. Selalu berada di rumah, bagi surirumah sepenuh masa.


2. Mengutamakan tugas-tugas di rumah dari yang lain.


3. Dilarang memasuki rumah jiran-tetangga, kecuali bila ada keperluan.


4. Selalu mendampingi suami, menggembirakannya apabila dilihat suami.


5. Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.


6. Meminta izin pada ibubapa atau suami jika ingin keluar.


7. Apabila keluar rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang banyak.


8. Teguhkan hati untuk senantiasa menjaga nama baik, rumah tangga, solat, puasa dan selalu
memikirkan agamanya.


9. Selalu merenung keaiban diri.


10. Menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek.


11. Selalu 'muraqabah' (memeriksa kelalaian) diri dan memperbanyak zikir.


12. Memperbanyakkan puasa.


13. Mendorong suami untuk mencari rezeki yang halal.


14. Tidak menuntut pemberian yang banyak dari suami.


15. Menzahirkan sifat malu, dan sedikit tertawa.


16. Banyak bersabar dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.


17. Apabila kedatangan sahabat suami tatkala suami tidak ada maka jangan diizinkan masuk
atau mengucapkan sesuatu sehingga mendorong tamu tersebut berkenan terhadap dirinya.


18. Memperbanyak mempelajari ilmu agama, terutama al-Quran bagi pendidikan anak-anak
kelak.


19. Menghormati orang yang lebih tua dan menerima nasihat yang diberikan.


20. Sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi muslimah mukminah solehah yang sejati.

8 ulasan:

TWS berkata...

Assalamualaikum Sdr Zul Elle,
Bagus nasihat tuan hamba, cuma hamba ingin berkongsi sedikit nasihat yang hamba dapat dari kenalan melalui e-mail:

Hidup - 3 hari 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian ALlah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat ALlah s.w.t.

unrestmind berkata...

salam muallim...ape yg sy nk komen TWS pn dh komen...hehe..cm entry la..k la bro..

Zul-Elle berkata...

Salam di hari Jumaat nan berbahagia buat sahabat2 ku...

Salam tws,
Amat menginsafkan paparan tuan. Insya Allah akan kita sama2 mengambil iktibarnya.

Salam unrestmind,
Apa yg. sama tu, anggaplah kebetulan. Tapi, byk. lagi yg. lain boleh kita kongsikan. Sudi2kanlah kongsikannya bersama..

Ajeem berkata...

teringat kata-kata S.H Al-attas@Pak Habib,wanita ini adalah syaitan yang nyata...bunyi macam menggerunkan tetapi sebenarnya ia mempunyai maksud yang mendalam...bagi saya,wanita boleh menjadi madu dan racun dalam satu masa.jika ia diadun dengan sebaiknya maka ia akan menjadi penyeri hidup(untuk lelaki) yang paling indah tidak terkata...dan begitu sebaliknya.salam.

Zul-Elle berkata...

Salam ajeem,

Setuju atau tidak, satu fakta yg. sahih bahawa org. lelaki byk. punah ranah dan rosak binasa kerana wanita, betul? Kenapa jadi begitu? Sebab lelaki mudah tewas dgn. pujuk rayu, terpesona dgn, kejelitaan, amukan nafsu menguasai diri menghilangkan kewarasan akal budi, ramai lelaki jadi dayus dan mengikut telunjuk wanita!
Bukankah lelaki itu adalah pemimpin ke atas kaum wanita? Dan tugas memimpin ini pastinya akan dipersoalkan di sana nanti!

Tima kasih sudi bertandang.

Ajeem berkata...

ya memang betul..lelaki pemimpin kepada wanita.apabila wanita menjadi pemimpin kepada lelaki maka itulah petanda kiamat makin tiba...sdr zul dialu-alukan bertandang ke blog sy yg x seberapa..mana la tau 'terjumpa' sesuatu.

Zul-Elle berkata...

Salam ajeem,

Insya Allah akan saya singgah ke laman sdr. ajeem.
Actually, semalam pun dah jengah tapi tak lama. Tumpang lalu jer!
Wah, hebat2 isunye..

Ajeem berkata...

biasa je..tak hebat mana pun..maklumlah blogger kelas ketiga...hehee...

Iklan lagi....!