Abdullah bin Mubarak ada meninggalkan pesan untuk kita, katanya, "Tinggalkanlah lima perkara..."
1. Tinggalkanlah pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
4. Tinggalkanlah melihat cacat (aib) orang lain, anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
5. Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang zat ILAHI, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.
7 ulasan:
Hidup sederhana....basikal tua! Jangan kita mulakan perkara yang dihindar dan ditegah, barulah tidak perlu kita fikirkan bagaimana untuk 'tinggalkan'nya.
Sekadar renungan ya Sheikh Zul Elle.
bro,,,gua ada bace kat kedai makan, nasi ayam mualim,,apa maksudnya mualim tu bro...
lagi satu semalam wa bace pasal cina buta, yang keje nikah kejap2 tu la..
dia tulis cina buta dalam kurungan mualim,,
cth:
cina buta (mualim) sering dikaitkan dengan.....
apa alkisahnya mualim tu bro.
Salam ya al-khalifah,
Insya Allah, biarlah kesederhanaan itu menjadi keutamaan dalam memilih yang terbaik ...
Salam Aloy,
Adapun muallim itu maknanya "cikgu". Ingat double L, bukan single L ok!
Tentang cina buta tu, ntah ler... tak berkaitan kot. Nasi ayam mualim??? ntah! Nasi ayam cikgu? mungkin le tu...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
moga kita sentiasa di ingatkan
takpe,,nti gua re chek balik apa lagi double meaning bagi muallim.
Salam,
membaca catatan tuan sering tertanya
pada diri saya, 'mampukah aku menjadi manusia yang sesempurna itu?"
Salam di hulur, tangan berjabat,
Hamba tak pandai berpencak silat duhai pendekar...
Datangmu tuan, hamba alu-alukan, sekadar yang ada samalah mencecah.
Apa dipaparkan samalah dihayati,
kerna hidup sewajarnya saling ingat-mengingati biarpun sampai ke ujung nyawa.\!
Salam buat _cikgu,
Sebab merasa diri tak sempurna,
maka ku cari dan ku cari,
penunjuk jalan kebenaran,
nasihat dan peringatan,
pesanan dan ajaran,
warasatul anbia'
moga pulang nanti,
berbekal jua
barang sedikit!
p/s: Andai ada salah maklumat, mohon sudi dibetulkan ia.
Catat Ulasan