Selasa, Julai 21, 2009

Latihan Mengosongkan Bangunan kali 02/2009

SKTBR 1 -Latihan Mengosongkan Bangunan / Kecemasan bagi sesi 2009 untuk kali kedua (sesi petang) telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 2.55 petang. Dua orang anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Kubu Bharu turut hadir untuk memantau perjalanan latihan di samping memberikan taklimat dan demonstrasi memadamkan kebakaran.
Sesi perbincangan bersama GPK Petang, Pn. Zaleha
Siren kecemasan sudah dibunyikan, berjalan cepat dalam baris!
Kumpulan 1 berkumpul di hadapan sekolah
Kumpulan 2 berkumpul di hadapan gelanggang

Murid-murid diminta bertenang dan patuhi arahan!


Siapa yang nak cuba padamkan api ni?

Ok, selesai!~ tak sampai pun 30 saat, padammm!
Encik Fauzi kena jawab soalan saya, api dulu ke asap dulu?
Ooohhh, soalan tu Encik Salleh yang pakar menjawabnya!

Akhir kata, Terima kasih daun keladi. Ada masa datang le lagi, ada rezeki jumpa lagi!!

Encik Salleh bagi markah 80% kali ini. Program tamat sekitar jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid di atas kerjasama yang diberikan.

Tiada ulasan:

Iklan lagi....!