Khamis, Julai 23, 2009
Cikgu tak gi sekolah ari ni...
Selasa, Julai 21, 2009
Latihan Mengosongkan Bangunan kali 02/2009
Encik Salleh bagi markah 80% kali ini. Program tamat sekitar jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid di atas kerjasama yang diberikan.
Koko krunch datang lagi...
Isnin, Julai 20, 2009
UPSR tetap diteruskan
Ahad, Julai 19, 2009
Jentera MDHS "Menggempur" Seroja 3
Suatu hari di pagi minggu di taman kita...
Pagi-pagi minggu begini, ramai yang nak pergi pasar. Nak gi sana, nak gi sini. Ade juge yang nak dok rumah jerr.. Namun, yang dok dalam wayang kat bawah ni, tengah teruja tengok demo mesin tebu...! Ape??? Mesin tebu opah hang! Tu kalau sumbat orang pun lumat yob!!! Jom, kita saksikan...
Amacam....., beli ler satu! He he he he....
p/s: Rakaman video ini didedikasikan buat bakarapi dan juga combat. Korang kat mana hahhhh???
GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Khamis, Julai 16, 2009
Resolusi Mendidik Anak
KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.
Rabu, Julai 15, 2009
Cadangan MCA berkenaan PPSMI...
KUALA LUMPUR - MCA akan mencadangkan kepada Kabinet untuk mengekalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah menengah, kata presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat. Beliau berkata, parti itu perlu mengambil kira kepentingan pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil aliran sains. “Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik di peringkat sekolah menengah perlu dikekalkan disebabkan aliran itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pra Kabinet bagi menteri dan timbalan menteri MCA di sini semalam. Tee Kiat juga mencadangkan matematik dan sains diajar dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), jika perlu bagi Tingkatan 1 hingga 3, kerana pelajar mungkin berdepan masalah untuk bertukar bahasa selepas masuk ke Tingkatan 4. Rabu lepas, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan kembali dijalankan dalam bahasa Melayu berkuatkuasa 2012. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dijalankan dalam bahasa ibunda masing-masing.-Sinar Harian.
Selasa, Julai 14, 2009
Padah angkara berkung fu...
KUALA LUMPUR 13 Julai - Dua daripada lima pelajar perempuan yang terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah sekolah di Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu dibuang sekolah bermula hari ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, dua lagi pelajar dikenakan hukuman gantung sekolah selama seminggu manakala seorang lagi digantung persekolahan tiga hari.
"Sekiranya masih ingin meneruskan persekolahan, dua pelajar yang dibuang itu perlu mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah Pelajaran negeri untuk tindakan lanjut,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan disiplin terhadap lima pelajar yang terlibat dalam pergaduhan dan aksi mereka tersebar di Internet dan boleh dimuat turun di laman perkongsian video, YouTube.
Aksi melibatkan empat daripada lima pelajar yang berpakaian seragam termasuk dua daripadanya pelajar tingkatan satu, dipercayai berlaku gara-gara perselisihan faham selain cemburu antara satu sama lain.
Alimuddin menjelaskan, rata-rata pelajar yang terlibat dalam gejala negatif seperti pergaduhan dan buli tidak sedar bahawa ia boleh menjejaskan masa depan mereka.
"Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), mereka yang bertindak sedemikian boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan,'' katanya.
Sehubungan itu beliau meminta ibu bapa supaya memainkan peranan memantau perkembangan anak-anak di samping bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menyelesaikan setiap masalah.
"Jangan serah bulat-bulat kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan pelajar, ibu bapa juga wajar bertanggungjawab dalam mendidik anak masing-masing.
"Itu sebab kita minta ibu bapa faham apabila larangan mengenai penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah diwujudkan, ia demi membendung perkara negatif seperti ini," katanya
Isnin, Julai 13, 2009
Bila anak dara hilang malunya...
Pelajar berkung fu di surau
manirah.othman@kosmo.com.my
|
|
KUALA TERENGGANU - Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.
Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.
Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.
|
|
Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.
Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar.
Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.
Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.
Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.
Jumaat, Julai 10, 2009
Guru berkursus di hari Sabtu...
July 6, 2008
Berita Harian : Oleh Mohamed Farid Noh
Kementerian Pelajaran perlu sedia garis panduan standard elak tekanan selepas latihan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) semalam mempertikaikan tindakan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang mewajibkan latihan dalam perkhidmatan kepada guru pada setiap Sabtu.Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata Kementerian Pelajaran seharusnya menyediakan garis panduan standard dan lebih khusus supaya tiada tekanan diberikan ke atas guru supaya menghadiri latihan berkenaan.
Katanya, panduan itu perlu supaya semua pihak, terutama pengetua mematuhinya dan tidak tersalah tafsir sehingga guru menderita kerana terpaksa kembali ke sekolah selepas lima hari bekerja.“NUTP tidak pernah menentang latihan dalam perkhidmatan kerana kami mengakui ia adalah antara langkah terbaik mempertingkatkan kedudukan guru.
“Apa yang dikesalkan adalah bukan saja latihan itu diadakan pada setiap Sabtu, malah guru pula diminta untuk membuat buku log sebagai bukti pembabitan mereka dalam kursus itu. Tindakan ini tidak wajar, menambah tekanan dan seolah-olah guru tidak boleh dipercayai,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat NUTP, di sini, semalam.
Lok berkata, guru bukan mahu bersikap mengada-ngada seperti didakwa sesetengah pihak, tetapi ramai tidak menyedari profesyen guru yang penuh tekanan menyebabkan jumlah guru yang menghidap penyakit serius akibat stress semakin meningkat.“Ini terbukti dengan statistik setiap tahun yang mana pada tahun lalu saja 125 guru menghidap pelbagai penyakit serius antaranya penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta kanser dengan nilai tuntutan insurans RM5.2 juta dan ada antaranya disebabkan tekanan.“Sehingga Jun tahun ini saja, 38 kes guru menghidap penyakit serius akibat tekanan direkodkan membabitkan nilai tuntutan insurans RM2.1 juta. Statistik ini amat membimbangkan. Berbanding pada 2006, 106 kes guru menghidap penyakit dengan tuntutan insurans RM4.7 juta.“Guru bukannya meminta simpati tetapi mahu semua pihak memahami tanggungjawab guru kini semakin mencabar,” katanya.
Beliau berkata, latihan dalam perkhidmatan harus dipermudahkan bagi menjimatkan kos daripada membiarkan guru menumpukan pada kuantiti iaitu mencapai sasaran 42 jam bagi mendapatkan peluang kenaikan pangkat.“Ini kerana NUTP menerima banyak aduan ahli yang mengadu kursus atau seminar yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) atau kami sendiri tidak diterima sebagai latihan dalam perkhidmatan.“Guru juga sepatutnya diberi peluang untuk memfokuskan diri terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar dan bukannya dibebani dengan masalah yang merumitkan tugas mereka,” katanya.