Khamis, April 09, 2009

GURU HARI INI

Guru penunjuk jalan ke pintu kejayaan


Guru hari ini perlu bersemangat tinggi dan berani. Penguasaan akademiknya mestilah mantap. Dia perlu sentiasa memperbaiki kebolehan profesionalnya menerusi pembacaan dan pembelajaran. Guru hendaklah bersifat kreatif kerana tanpa kreativiti ia seumpama masakan yang tidak bergaram. Apa yang diajarnya tawar. Lama kelamaan ia membunuh minat anak didiknya dan apabila perkara seperti itu berlaku, maka tidak wujud lagi aktiviti pembelajaran. Guru juga mesti menghayati kehidupan anak buahnya. Dengan ini saya bermaksud, dia perlu mengerti pengalaman mereka, kesedihan, keseronokan dan kegembiraan mereka. Hanya menerusi cara ini seseorang guru itu dihormati oleh pelajarnya; kerana mereka tahu guru mereka mengambil berat tentang diri mereka serta memahami perasaan mereka. Sebagai seorang pemimpin, guru perlu mempamerkan sahsiah yang baik. Dia hanya boleh mengajar menerusi contoh teladan, berdisiplin, ikhlas dan kerja kuat.


(Penulis Tidak Diketahui)

6 ulasan:

nahmy berkata...

sgt benar tuan, setelah emak-bapak maka gurulah segalanya. semoga guru2 teruskan perjuangan lebih2 lg dlm zaman yg sgt mencabar di mana emak-bapak selalu sgt terlebih 'melayan' anak2 mereka drpd melunaskan tanggung-jawab membesar & mendidik anak masing-masing. dan kemudiannya terlebih mendengar rengekan anak dari komentar guru..wallahualam.

naz ilyn berkata...

salam...
sangat setuju... guru hari ni bukan saje kena lebih kreatif untuk menarik minat pelajar tapi kenalah ikhlas bila mendidik... jangan sekadar lepas batuk di tangga jer...

Zul-Elle berkata...

Salam nahmy dan naz,

serangkap pantun popular buat kalian berdua...

Berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi!

Aloy Paradoks berkata...

Tulisan yang bagus,,,,,dan gua bersetuju sekali...

bilakah agaknya anda akan menulis keluar dari kehidupan guru...

Zul-Elle berkata...

Salam aloy,

klu nak tulis tajuk lain tu, kena tukar la 'minda muallim' jadi 'minda ...' bebas le skop penulisannya...

Aloy Paradoks berkata...

tapi guru guru itu juga meluas skopnya,, sejarah, cinta, kemahiran hidup, cerpen dll..

Iklan lagi....!