Rabu, April 22, 2009

Apa masalahnya anak didik kita hari ini?

Kalau hendak disenaraikan "masalah yang dihadapi" oleh murid-murid dalam kelas, memang tak tersenarai, macam-macam ada. Terpulanglah kepada kebijaksanaan guru-guru untuk mencari jalan dan kaedah penyelesaian masalah tersebut. Mungkin senarai masalah anak-anak didik kita di bawah ini dapat kita kongsi bersama... (Setiap satu mewakili masalah bagi seorang murid);

1. Suka berkhayal, malas buat kerja, lambat menulis.
2. Lambat siapkan kerja, suka mengelamun.
3. Kurang memberikan perhatian semasa guru mengajar, gagal/lambat menyiapkan kerja/latihan di dalam kelas, 'slow learner'.
4. Kadang-kadang tak nak masuk kelas, selalu menangis dari rumah.
5. Bermain di dalam kelas, tidak membuat kerja yang diberi.
6. Kurang tumpuan dan tidak membuat kerja.
7. Tidak mempunyai tumpuan langsung.
8. Selalu buli kawan, selalu bergurau dengan kasar.
9. Kuat bersembang semasa guru mengajar, mengganggu rakan belajar, tidak mengendah nasihat guru.
10.Banyak bersembang, selalu menyampuk pengajaran guru dengan perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.
11.Kerja rumah tak pernah buat, buku latihan kosong.
12.Pemalas, semasa guru mengajar buat kerja lain.
13.Selalu main menjerit-jerit, buku latihan selalu tiada, tidak pernah siap lebih dari 10% kerja sekolah.
14.Selalu/kerap tidak hadir sekolah.
15.Banyak cakap, selalu tiada buku.
16.Selalu ganggu kawan, malas buat latihan.
17.Nakal dan tidak buat kerja di dalam kelas.
18.Susah nak siapkan kerja yang diberikan oleh guru.
19.Terlalu pendiam (pasif).
20.Agak kurang berminat untuk mengikuti P & P.

Itu jer... ? Ada lagi! Tapi cukuplah sekadar ini dahulu buat perkongsian sesama cikgu semua. Macam mana nak diselesaikan ya...

2 ulasan:

nahmy berkata...

salam..

byknye tu...saya pasti ada 3-4 yg juga masalah saya masa jd pelajar dulu dan pastinya ada yg dr senarai tu yg jd masalah pd anak saya juga...cuma harapnya tak bykla. apapun saya nak tanya anak 20 soalan tu dan pd cikgu kelasnya nanti...

Zul-Elle berkata...

Salam,

Itu karenah dan masalah di bilik darjah sekolah rendah, sekolah menengah... laaaaaaaaagi macam-macam ada, sendiri mau tau la ye tak!

Iklan lagi....!