Khamis, Disember 18, 2008

SOM -"Sajak Orang Malas"

Butang-butang angka
0,1,2,3,4,5,6,7,8,9
aku menekan satu demi satu,
jangan terkurang, tidak juga terlebih
nombor itu... nombor itulah semestinya,
kalau nombor ini? Ya... semestinyalah jua nombor ini!
mana mungkin nombor lain aku mendail,
nombor lain pula yang berdering!
Butang-butang angka
9,8,7,6,5,4,3,2,1,0
juga memberi makna dalam hidup ini,
usiaku makin bertambah???
ataukah umurku sudah berkurang!!!
Apa ada pada nombor? Ada!!!
ADA PERKIRAAN DI SISI TUHAN.
Sebermula dari sifar kejadian kita
tetaplah ia dalam perhitungan-Nya.
Ajal maut itu tidak terkurang tidak terlebih
apa yang tertulis dari azali!
Butang-butang angka,
satu persatu,
detik-detik waktu...
jangka waktu yang tertentu!
Bukit Beruntung
18.12.08

8 ulasan:

Aloy Paradoks berkata...

lu kenal butang tak?
dalam citer sindarella die ade la,,
die syok kat naema..

Al Khalifah berkata...

'Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian...kecuali ..(dan seterusnya)..." detik-detik masa dan perhitungan angka itu seiring sejalan untuk mereka yg arif dan tahu menilainya.

Zul-Elle berkata...

Aloy, lu kenal itu cendawan butang tak? sesekali try le sup cendawan plak..

Al Khalifah, sesungguhnya mereka yg. gagal merancang, bermakna telah merancang sebuah kegagalan! saya lah tu...

Al Khalifah berkata...

Ish ish ish...ke situ pulak gi nya..kekadang x payah rancang banyak pun...doa usaha..doa usaha...perancangan kita dah termaktub dlm doa harian ...insyaAllah berjaya! Tak gitu Cigu yg arif?

nahmy berkata...

salam malas Tuan,

walau sajak ni ditulis dlm keadaan malas oleh org malas di atas kerusi malas & dibaca oleh org malas...namun ttp baik utk direnungkan!

GURU_CIKGU berkata...

Salam,

0,1,2,3,4,5,6,7,8,9. Itulah nombor dalam kehidupan kita. Cuba cari no lain dari itu, mana ada?

Ajeem berkata...

ada apa pada angka?Allah tidak akan menciptanya jika tidak mempunyai maksud apa-apa.tapi dalam percintaan antara lelaki dan perempuan,apabila perempuan lebih tua daripada lelaki maka hujah ini yang selalu diguna pakai- umur itu hanyalah angka...hehehe..hebat benar manusia zaman sekarang.

Zul-Elle berkata...

Assalamualaikum duhai sahabat2 di alam maya...

Sekadar titipan buat kalian sempena menyelak langsir di jendela 2009 ini...

"Mengingati teman tanda persahabatan, mengingati mati sumber kekuatan iman, mengingati akhirat semulia2 ingatan & mengingati ALLAH itulah abadan abadaa!

Iklan lagi....!