Isnin, September 30, 2013

Muhasabah kerja buat hari ini...
  1. Hubungi guru-guru SMK yang diundang untuk sesi ceramah minggu hadapan. Perlu dibuat sedikit pengubahsuaian jadual nampaknya.
  2. Pembetulan surat jemputan ceramah pihak PDRM sudah dibuat, dan juga surat jemputan ustaz untuk ceramah awal remaja. 
  3. Pemurnian kertas kerja Gotong Royong Perdana PIBG... Kemungkinan tarikh berubah lagi kerana mengikut perubahan tarikh perkhemahan perdana. Tarikh muktamad dari GB esok.
  4. Kumpulan murid yang akan menyertai Kem Jati Diri di Puchong telah dimaklumkan masa untuk bertolak selepas Zohor esok.
  5. Hari ini cukup 40 orang murid membuat bayaran untuk lawatan ke Shah Alam. Tiada lagi tempat kosong!

Tiada ulasan:

Iklan lagi....!