Rabu, Mei 18, 2011

Bercinta Menurut Islam

Dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.

   Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri. Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran.

   Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharah dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.

   Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

2 ulasan:

nahmy berkata...

assalamualaikum. skrg slps anak 3 ni...saya mmg perlu menyemarakkan ayat2 asmara dan memekarkan lg berahi cinta. semoga akan terlahirlah anak-anak yg berikutnya inysAllah...hehe

Zul-Elle berkata...

Amin..... semoga sukses selalu hendaknya!

Iklan lagi....!