Isnin, November 29, 2010

Genap 40 hari ini

"Lelaki ini yang selalu..." (lagu Nuar Zain tu,,)
  1. Alhamdulillah.... mencecah ke angka 40 hari ini! Eh, ya ke...? Itulah perjalanan masa, berlalu dan terus berlalu tanpa sedetik pun terhenti. Cuma kita yang selalu alpa dan leka. Doa dan harapan semoga diri ini sentiasa diberikan taufik dan hidayah dalam mengharungi liku-liku hidup yang masih berbaki, yang penuh cabaran dan dugaan, yang amat-amat menguji....
  2. Terima kasih di atas ingatan rakan-rakan, teman dan taulan yang turut sama mengingati tarikh keramat pada hari ini. InsyaAlllah dan Amin untuk doa dan harapan yang diucapkan. Sungguh, kita perlu berdoa dan meminta hanya kepadaNya setiap masa agar beroleh kebaikan di dunia dan akhirat nantinya.
  3. Pagi ini mengemas & membersihkan mana yang patut dan membantu Umi sebelum meninggalkan rumah untuk seminggu balik ke Kuantan. Tak gitu, tak seronok rasanya nak ke mana-mana!
  4. Ingatkan nak bertolak lepas Zohor, penat la pulak. Jadinya bawak2 la berehat dulu.
  5. Bertolak lepas Asar (itu pun dah dekat pukul 6). Tak pe la, yang penting mohon selamat sepanjang perjalanan insyaAllah!
  6. Singgah di Kota Damansara, ambil Mira (semalam ikut Che De balik rumah). Sama sampai dengan Ayah De baru balik kerja.
  7. Dari KD menghala tol Jalan Duta. Ambil susur ke DUKE. Pertama kali lalu ikut tu. Keluar tol Sentul dan terus sambung MRR2.
  8. Singgah Maghrib dan pengurusan diri di Petronas Gombak. SOLUSI edisi ke-26 dah keluar!
  9. Perjalanan ke Kuantan, Alhamdulillah baik dan lancar. Cuma berselang-seli dengan hujan. Singgah memenuh tangki di Petronas 'Hill Side'!
  10. Lafaz kesyukuran ke hadrat Ilahi. Selamat sampai kurang lebih jam 11.00 malam. Pak su, mak dan ayah dah sedia menunggu!

Ahad, November 28, 2010

Adik-beradik datang bertamu

  1. Sarapan di warung Pak Wan sama Umi, Husna dan Adam. Untuk yang tiga beradik lagi tu, bungkuskan nasi lemak aje dah.
  2. Ke pasar Bukit Sentosa.
  3. Pak Ngah datang sekeluarga hari ini. Siap bawak kek lagi tu...! Tak sangka la pulak. Sebab yang janjinya Che De. Uteh pulak insyaAllah! 
  4. Che De pun dah sampai juga Uteh dan famili masing-masing.
  5. Ada jemputan kenduri  doa selamat di Seroja 5. Mula ingatkan tak dapat nak pergi sebab ada janji pukul dua Che Mad nak datang. Tapi, okla... boleh mencelah sekejap.
  6. Che Mad datang jugak akhirnya. Bawak geng lagi - Pak Tahir (nasi lemak) dan Fendi yang baru dikenal hari ni.
  7. Buat la sikit perbincangan yang dipengerusikan oleh Che Mad... insyaAllah selepas ini lebih kemas lagi!
  8. Mak Lek datang dengan Pakcik Nizam. Ingatkan Ana ada sama. Ke Melaka rupanya.
  9. Ucapan terima kasih kepada Uteh dan Ayah De yang bertungkus lumus menjayakan agenda membakar ayam, sotong dan udang petang ni. Rentung tapi tak hangus, he he he....!
  10. Malam ni kuliah selepas Isyak di surau bersama Ust. hakimuddin al-Hafiz. Hadir lewat la...

Sabtu, November 27, 2010

Ke Tg. Malim pagi ini

Kedai kain yang. ditujui.
  1. Pagi ni ambil Mak Lek di Apt. Dahlia sama Adam. Janji nak bawa Mak Lek ke kedai kain.
  2. Call En. Azahari order barang dan janji ambil petang nanti.
  3. Ke Tg. Malim ikut jalan Kuala Kubu. Destinasi yang dituju, riamoda bersebelahan UPSI.  Tiga beradik tinggal di rumah.Ntah la apa dibuat. Kalau pandai, gunalah kesempatan untuk mengemas rumah. Kalau tidak, ruginya lah masa berlalu...
  4. Mak Lek belanja minum hari ni selepas selesai urusan. Terima kasih.
  5. Ajak Adam ke pekan nak buat salinan kunci, apek tu pulak tak de. Ke HRC nak ambil barang, tutupla pulak. Petang ni lebat sungguh hujan turun. Seronok Adam tengok 'air terjun' dan 'banjir kilat' sepanjang jalan.
  6. Hujan dah berhenti. Umi ajak ke rumah Diana (part-time tailor!) petang ni, hantar kain.
  7. Pergi semula ke HRC ambil barang. Adam pulak ajak masuk bookworm. Intai2 Solusi terbaru, belum ada lagi.
  8. Call Che Mad ajak datang rumah esok untuk 'home party'. Setuju sampai sanggup batal temujanji lain.
  9. Lepas Isyak, ke rumah Norhadi jemputan majlis tahlil & doa selamat sempena program aqiqah dan nak potong ayam si Umar! he he he...

Jumaat, November 26, 2010

UOJ di Bangi

Ada kenal UOJ?
  1. Man Pomen bawak keta ke bengkel lagi hari ni, sambung kerja yang belum siap. Risau jugak berapa pula RM kali ni tu...
  2. Ke sekolah hari ni (Oman ikut sekali - nak suruh buat ulangkaji) untuk selesaikan beberapa urusan dengan GPK 1 dan jumpa Zaini sekali berkenaan urusan Din Bas.
  3. Balik dari sekolah, singgah pejabat pos TBR selesaikan bil celcom Umi.
  4. Solat Jumaat hari ni di masjid AsSalam. Khatib Ust. Hazri (?).
  5. Pekena cendol sama Oman. Syyyy... jangan bagi tau Umi, man!
  6. Mengantuk la pulak...
  7. Sambung projek taman petang ni. 
  8. Malam ni ke HRC Bangi sama Che Mad. Singgah Isyak di Kelana Jaya.
  9. Isi perut di D' Limau Nipis.... hmmmm...
  10. Sempat  perkongsian ilmu bersama UOJ - hebat! bersemangat!

Khamis, November 25, 2010

Daftar Oman untuk tuisyen Pn. Siti

  1. Hujan hampir sepanjang hari. Cuma sedikit panas di sebelah pagi. Man Pomen datang bawak keta ke bengkel dan ditinggalkan ketanya sebagai ganti.
  2. Ke pekan pagi ni untuk beberapa urusan. Turunkan Umi dan Adam di depan SAKAN dan saya ke HRC untuk ambil barang. Singgah di Restoran Salam Sentosa.
  3. Temankan Umi bank-in duit Badan Ihsan RM330 di ATM stesyen minyak Esso sebelah Petronas.
  4. Jumpa Pn. Siti di pusat tuisyen Score A. Bincang pasal nak mulakan kelas untuk Oman. Daftar terus hari ini dan kelas akan mula 8/12/10 nanti. Bayar yuran bulanan RM60. Untuk portal tangguh dulu.
  5. Pn. Siti minta sediakan buku latihan/aktiviti untuk subjek MT, SC dan BI Thn. 4,5,6 untuk permulaan ni.
  6. Bertanya pasal kakak, dah dibuat semakan untuk kertas BI tu ker...
  7. Ambil keta di umah Man malam ni. Tapi, esok kena bawak semula sebab ada kerja yg belum selesai katanya. Bayar baki bil yg. lama. Selesai!
  8. Minum di warung Aziz sama Che Mad balik dr. masjid. Barang dipinjam dah dipulangkan. Tima kasih.
  9. Bayar tambang bas anak2 pada Hadi. Ada diskaun RM30 la pulak... timo kasih la yo!
  10. Alhamdulillah.... dah selesai & khatam "Travelog Haji...". pegi aje belum he he he....

Rabu, November 24, 2010

Pasang khemah rumah Hadi Bas


1. Memulakan aktiviti di pagi ini dengan projek landskap taman sekangkang kucing. Simen + pasir bukan persoalan utamanya.
2. Man Pomen singgah on the way nak ke bengkelnya. Cuma nak maklumkan lum dapek bawak keta den lagi hari ni. Keta org. lain yg lebih memerlukan rawatan segera! Tak pe la, no hal punya Man!
3. Oleh kerana keta ada, Umi ajak pegi pasar la... mula cadangnya nak ke pasar peladang kat KKB. Alih2 nak ke nsk Rawang la pulak.
4. Tetapi, sebelum itu... kami ke Tg. Malim dulu. Umi nak masukkan duit budak2 ni ke dalam akaun nuri B. Rakyat.Dapat hadiah lagi. Yg. musykilnya Oman punya tak de... kenapa Man? Tabung tak penuh2 lagi ke.... he he he..
5. Masuk simpang KKB, hampir2 nak panjat pejabat SMKA KKB. Nak tanyakan pasal borang dan kemasukan ke situ... tangguh lagi.
6. Asal masuk pekan Rawang je, jamm! Nak boleh kan sampai ke nsk tu bertunda2 la dgn macam2 jenis kenderaan... sedut asap le jawabnya.
7. Panas hari ni... tambah pulak ke sana ke mari, sakit juga la kepala ni. Jadinya, petang ni kena baring2 la barang sekejap.
8. Kuliah Maghrib bersama Ust. Hakimuddin di masjid AsSalam malam ni. Bebelkan Oman seround sementara nak sampai masjid. Saja, nak bagi dia panas telinga sikit dan ingat persediaan untuk 2011 nanti.
9. Malam ni ada pesanan: pasang khemah umah Hadi Bas Sekolah,tuan pengerusi surau kito! Balik dari masjid, terus singgah surau. Kawan2 dah mula angkat kerusi, meja dan peralatan khemah ke lori Anuar untuk pasang di rumah Norhadi malam ni. Seronok jugak riuh-rendah ramai2 pasang khemah di padang seroja 5 dlm. hujan renyai2.
10. Dah selesai, mamam la... apa lagi! Menu tuan rumah : Bihun goreng, karipap, kerepek pisang + teh tarik, teh o.... air sejuk pun ada. Timo kasih la yo!

Selasa, November 23, 2010

Menjenguk sekolah hari ni


1. Pekena roti telur bawang + teh tarik di warung Aziz pagi ni sama Che Mad. Untuk bawak balik tak lupa bungkus lima keping! (kosong, tapi garing!)
2. Beli tong sampah + cakar sampah baru = RM28. Tak leh jadi asyik kena selongkar dek kawanan kucing jalanan je tong sampah lama tu. Tanya harga sekampit simen, RM17!
3. Ke sekolah hari ni. Jumpa Cikgu Hadi, katanya dia ada di sekolah sepanjang minggu ni. Ok la tu, sempat la bereskan semua urusan berkaitan dalam dua tiga hari ni. Oman ikut sekali suruh dia buat latihan di buku aktiviti yg Umi belikan kelmarin.
4. Kunci bilik UBK dah ditukarkan oleh Jenal. Yg. lama hilang katanya. Ntah ler, kenapa pulak boleh hilang?
5. Ke Sentul petang ni - Rawatan Tradisional Islam... Elok sampai, hujan lebat. Tapi, Alhamdulillah orang tak ramai, tak de la menunggu lama.
6. Singgah di Mydin Rawang.
7. Janji dgn Che Mad nak ke Shah Alam malam ni. Katanya kawan dia sorang pun ikut sekali.
8. Che Mad datang dgn. Saga birunya depan rumah. Ingatkan kita yg nk pegi ambik dia. Ok la... tapi risau kot2 Che Mad kurang nampak mlm2 ni... he he he..
9. Singgah Country Homes dulu rupanya... nak ambil kawan kat situ, Abg. Husin. Tak jadi pegi Shah Alam sebab dah lewat dah ni...
10. Jadinya.... kita minum dulu! Pekena teh tarik di Restoran Ghazali. Awal tutupnya. Waktu perniagaan 7.00pagi - 10.00 malam shj.! Amik kau... Lum abis minum, depa dah sibuk mengemas dah!!!

Isnin, November 22, 2010

Travelog depan rumah hari ni


1. Umi bawa Husna ke klinik hari ni. Temu janji ngan misi kena cucuk kat paha. Nangis Una kata Umi. Tapi tak de la demam bila balik rumah, Alhamdulillah. Mira ikut sekali temankan Husna.
2. Hari ni tak de keluar kawasan nampaknya. Man Pomen lupa agaknya nak ambil keta hari ni. Tak pe la, hari lain pun tak pe. Pekena nasi lemak & teh tarik kat warung Pak Wan bertemankan Adam.
3. Ajak Oman dan Adam kutip batu2 besar hari ni. Apa lagi, nak sambung kerja lanskap taman 'sekangkang kucing' depan rumah la. Eh, kenapa kucing? Mana taknye, hampir setiap hari depan umah den jugak jadi tandas!
4. Seharian hari ni kira jadi tukang kebun la kiranya gardening gitu. Sempat juga la pecah dua pasu hari ni, maaf leh ye Umi.
5. Ada beberapa keping jubin terpakai tu, ingat nak guna. Dah try lekapkan dua keping. Nampak ok jer... nanti bolehla pasang sampai habis.
6. Tengah dok angkat & susun pasu2, singgah la sorang Mad Bangla pemotong rumput minta air sejuk. 'Shoel' namanya (sepertimana ejaan yg diberikan). Nampak sgt. kepenatan & kedahagaannya tu. Menurut ceritanya, hari ni satu duit pun lum masuk lagi. Kesian pulak dengar kisahnya.
7. Ingat malam ni nak ke Sentul, pusat rawatan tu... tapi Umi tak jadi la pulak. InsyaAllah, mungkin esok petang peginya.
8. Ke kedai Pasar Segar beli gas memasak dan roti. Bukan Shahril lagi tuannya, dah orang lain (kawan dia jugak). Singgah pulak kedai Husin.
9. Oh ya! terima kasih la kat kawan yg. sms semalam pasal iklan pjj tu. Kepada sesiapa berkenaan yg turut berminat bolehlah mengemukakan permohonan yg hanya boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja dgn melayari laman sesawang (website) Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my mulai 22/11/2010.
10. Dan hari ni, dah mula menelaah buku "Travelog Haji..." baru sampai bab 10. (sebelum ni dah baca sepintas lalu di rumah Erol).

Ahad, November 21, 2010

Keluar pagi balik malam

Kompleks PKNS Shah Alam
  1. Dah dicanangkan dari semalam lagi, ada sambutan Hari Kanak-kanak negeri Selangor kat Shah Alam. Makanya, seisi keluarga la pagi ni menyerbu ke Kompleks PKNS konon-kononya nak sertai macam2 acara yg dipertandingkan. Maklumlah, majlis dari 9.00 pagi ke 6.00 petang tu! Rupa2nya hanya untuk kumpulan kanak2 dari tadika-tadika yg dah dipilih sahaja. Tiada acara untuk individu! ha ha ha...
  2. Kebetulan pulak ada 'booth' TAWAS yg turut dibuka, kesempatan diambil untuk daftarkan semula Husna. Borang yg. dulu sekerat jalan je prosesnya.. Kali ni terus isi borang, fotostat k/p ayah ibu dan juga mykid anak, serah di kaunter dan tunggu la 4 bulan lagi kiriman kadnya!
  3. Juga di sebelahnya pulak ada 'booth' PPAS , apalagi... pakat dok isi borang keahlian perpustakaan la pulak. Hai, lepas ni kena datang tiap2 minggu la ke SA buat pinjaman/pulang buku... kih kih!!!
  4. Masuk ke Kedai Buku Marwilis (antara destinasi wajib kalau kemari). Mengintai2 sebuah buku : "Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman" Wah! bukan main dia punya semangat nk membaca sekarang ni... Hampa... tak ade! Kata Umi, kedai tumpuan ramai mcm tu mana nak ada lagi, cepat jer abisnya. Best-seller tu...
  5. Alamak, rasa lapar la pulak... Nak ke mana kita ni? Umi ajak ke destinasi seterusnya. Memecut ke Kota Damansara menuju ke pasaraya carefour. Ada sebuah kedai buku di sini, Sarjana namanya. Alhamdulillah... buku dicari ada di sini rupanya. Itu pun setelah ditanya pada tuan kedai. Solat Zohor di sini dan makannya juga di sini!
  6. Menyusuri jalan ke Subang Airport. Umi mengingatkan anak2 inilah tempat kerja Atuk sebelum ke KLIA. Masa kecil dulu, Umi pun pernah dibawa Atuk ke tempat kerjanya.. sama Alang lagi.
  7. Oman risau kalau2 ayah dah nak balik rumah. Tak puas lagi jalan2. OK la... kita ke One Utama pulak. Dah lama tak menjenguk... Ye la, sejak pasaraya Giant dah ditutup dan buka yg baru di KD. Kami ke sana aje la.. Pusing2 taman dlm bangunan, kemudian naik ke tingkat 2, kedai buku MPH. Tak lama di situ, Husna tak diam!
  8. Kami singgah solat Asar di Masjid Kota Damansara dan kemudiannya ke Carlina, rumah Che De untuk ambil kiriman dari mak & ayah. Sempat jumpa kak Na, Uteh & famili. Alhamdulillah, sihat semuanya..
  9. Umi ajak balik ikut Rawang. Kalau sempat nk singgah kedai kain. Singgah Maghrib di Masjid Nurul Iman, Rawang. Kenapa pulak lampu tandas L & P tak menyala???? Kan menyusahkan orang ramai yg nk berurusan!
  10. Tak jadi ke kedai kain. Langsung ke tesco je. Dalam tu pun ada kedai kain Takzim. Tapi...., sudahnya Umi tak beli pun. Tak sesuai, kurang pilihan! Hai...., ke kedai kain mana lagi kita....!

Sabtu, November 20, 2010

Bermulalah Cuti Sekolah


Cuti sekolah sudah bermula. Alangkah moleknya kalau dapat dimanfaatkan seawal hari pertama ini dengan sebaik-baiknya. Bukan apa, untuk buat contoh dan teladan anak-anak ni la...
1. Bincang dengan Oman dalam seminit dua tentang 'misi mustahil'nya untuk 2011 nanti. Saja beri gambaran awal kemungkinan dia boleh capai kalau usaha sungguh-sungguh. InsyaAllah, tak de mustahilnya Oman 5A!!!
2. Hantar keta ke rumah Man dan pinjam keta dia. Suruh cek balik 'air-cond' dan pasal nak tambah 'relay' tu...
3. Umi ajak pegi ke program Hari Kanak-kanak di Aniza Medical Centre. Ramai jugak... jadi penonton ajelah barang sekejap. Team nasyid SKBS baru jer selesai buat persembahan. Anak-anak makan ubat cacing free hari ni.
4. Langsung ke Taman Bunga Raya rumah mak Lek. Alamak! keta Man terundur sebab hand-brake tak tarik habis. Terima kasihlah kat akak tu yg susah payah bagi tau. Bergegas turun alihkan keta. Risau gak kot kemek ke, kopak ke keta kawan tu.
5. Satu hal pulak lagi. Keta Man tak leh start masa nak balik! Merajuk le pulak.. Mintak tolong sorang brader tu kebetulan lalu. Tolak le dia sama Oman. Tepon Man. Katanya kalau lupa tutup lampu takat sejam tu takkan kong pulak bateri. Dia suruh tolak dulu, masuk gear dua. Ok! pass.
6. Ada jemputan kenduri umah Johari. Pegi dengan Oman dan Adam jer. Yang lain tak nak ikut. Singgah umah Shah dulu, janji pukul tiga.
7. Balik dari umah Joe, singgah ziarah Abg. Atan di rumahnya. Dia masuk wad baru-baru ni. Esok nak ke Hospital pulak. Ok dah nampaknya.. tapi apa sakitnya..
8. Lepas Asar, bersihkan sikit depan umah tu... dah lama tak nguruskan pokok-pokok bunga ni...
9. Isyak sama Oman di masjid AsSalam. Sudah tu lajak ke pasar malam belikan buah dan laksa. Murtabak pun ada, kesukaan Oman.
10. Walaupun lewat, pegi jugak umah pengerusi surau, Norhadi. Dia ada panggil lepas Isyak ke rumahnya untuk mesyuarat program aqiqah 27/11 nanti. Janji tunjuk muka jang!

Iklan lagi....!