Sabtu, April 03, 2010

DIN BERAMBOI (1966 - 2010)

1966-2010

1. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Meor Ahmad Fuad Meor Badri meninggal dunia dalam usia 44 tahun di Hospital Selayang kerana mengidap Dengue Shock Syndrome yang menyebabkan beberapa organ dalaman terhenti.
2. Pada mulanya, Allahyarham telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Selasa lalu kerana demam panas dan disyaki terkena virus kencing tikus (leptospirosis) dan kemudiannya disahkan mengidap denggi berdarah.
3. Meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata iaitu Nil Aina Adibah, 18, Meor Shafiq Ar-Ridhwan,11, dan Nir Ain Syuhada,6.
4. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong semalam dan lebih 500 orang menghadiri pengebumian tersebut termasuk sanak-saudara, rakan-rakan artis serta para peminat.
5. Kita yang masih hidup ini, akan mengingati Allahyarham sebagai seorang penghibur, pelawak, deejay, artis dan antara insan yang pernah mewarnai suka duka dunia hiburan tanah air. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Meor Ahmad Fuad, Amin!

AL-FATIHAH...

1 ulasan:

Zul-Elle berkata...

Pergi tak kembali,
Tinggalkan dunia ini;
Cukup sampai di sini,
Hanya di sana kekal abadi.

Hanya padaMu ya Allah,
Tempat kami berserah;
Dengan jiwa pasrah,
kami mohon maghfirah.

Al-Fatihah buat yang telah pergi,
Rahmat Allah moga dicucuri;
Iman dan Amal pembela diri,
Moga mendapat redha Ilahi...

Amin!

Iklan lagi....!