Ahad, Jun 21, 2009

Selasa, Jun 16, 2009

Temujanji Husna di klinik hari ni...

Nak snap gambar adik, abang le pulak sibuk posing!

Hari ni Husna ada temujanji kat Klinik Ibu & Anak Bukit Sentosa jam 8.00 pagi. Husna ok, sihat dan aktif. Berat pun naik. Sekarang ni dah 3.2 kg. Dan, hari ni Husna ke cucuk Inj. Hep B . Nangis le juga, kejap aje. Sebulan pas ni datang lagi (16/7/09) jam 9.00 pagi. Nak kena cucuk lagi tuu..


Isnin, Jun 15, 2009

Kurang guru lelaki... boleh jadi serius nie...!

Kementerian usaha atasi kekurangan guru lelaki
(Berita Harian 15.06.09)

LANGKAWI: Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian berhubung kekurangan guru lelaki, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, antara pandangan yang dikemukakan termasuk mendapatkan insentif khas untuk menarik lebih ramai lelaki menceburi bidang perguruan. "Saya tidak kata akan kurangkan tahap kelayakan (menjadi guru), tapi kementerian akan cari jalan lain untuk kurangkan jurang itu walaupun ia mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Taman Geo Rimba Kilim di Ayer Hangat, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Aminah Ayob, semalam yang melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu. Muhyiddin berkata, kekurangan guru di kalangan golongan lelaki bukanlah kerana diskriminasi jantina, sebaliknya realiti pada masa kini. Katanya, masalah itu juga mungkin timbul akibat kurangnya keinginan golongan lelaki memilih profesion perguruan atau tiada kelayakan dan terpaksa memilih kerjaya lain.
"Dilema bilangan guru lelaki yang jauh ketinggalan berbanding wanita iaitu pada nisbah 20:80 sekarang menjadi tumpuan utama kementerian untuk menyelesaikan masalah itu. "Saya tidak menyalahkan gender... apa yang boleh kementerian lakukan sekarang ialah mengurangkan jurang bilangan guru lelaki dan wanita," katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau gembira dengan maklum balas orang ramai mengenai cadangan kerajaan bagi menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Semua orang setuju bahasa Inggeris itu penting.... tiada siapa pun yang mengatakan bahasa Inggeris tidak perlu dan respons yang diterima sangat memberangsangkan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan membuat keputusan terburu-buru mengenai pelaksanaannya dan masih mempelawa orang ramai memberi pandangan berhubung syarat mewajibkan calon lulus itu. - Bernama

Ahad, Jun 14, 2009

Kenduri Kahwin Anak Pak Syariff

Selamat Pengantin Baru Am, moga berbahagia hingga akhir nanti!

Sama cantik, sama padan; sorang celik, sorang pejam!

Eh, eh... siapa tu.... Laa Dato' Harun Din rupanya!


Baby meratah lauk pengantin ke tuu...



Ni dia.... hero bapak! Abang Adam sama Mak Teh




Hari ni pergi kenduri walimatul urus di rumah Pak Syariff di Bandar Baru Bangi. Umi dan Husna tak pergi, lum abis pantang lagi! Uteh Yusri dan Nazlia pun ada sama. Tak sangka dapat pulak berjumpa dengan Dato' Harun Din...

Sabtu, Jun 13, 2009

SEMINAR SEHARI MAJLIS AMAL ISLAMI...

Bertempat di Tingkat 3, Dewa Raja Laut, Hotel Quality, Kuala Lumpur
Tarikh: 13 Jun 2009M/ 19 Jamadilakhir 1430H
Anjuran: Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Dengan Kerjasama: Kelab Guru & Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, Rawang, Selangor
Pengenalan
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
"Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan."

Objektif

1. Menambahkan pengetahuan dan ilmu kepada golongan pengajar

2. Mengetahui sedikit sebanyak pendidikan awal remaja mengikut konsep Islam

3. Mengetahui kepelbagaian kaedah mengajar

4. Meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan

5. Menjadi guru yang lebih efektif danm menjadi 'role model' kepada anak didik.

Rabu, Jun 10, 2009

Bagaimana "RUPA" Agama Islam...

(Salam buat semua... Artikel ni hamba terima daripada insanbaik@yahoo.com yang dirasakan sesuai untuk kita kongsi baca dan hayatinya..... (tanpa suntingan)

Bagaimana RUPA agama islam?
Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti: "Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau.." "Suami saya dulu, sama rupa macam awak.." "Awak ada iras2, rupa nenek saya ler.." "Rupa awak macam pelakon terkenal 'yassin senario' ler.." "Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' (sebijik) macam engkou.." he he he.. Aku kata: kalau macam tu, bertuahlah mamat tu, sebab hensem macam aku! ha ha! (puji diri sendiri nih) Bebaru ni kakak aku ada lahirkan sorang anak laki2.. di tanyanya aku bahagian manakah yg sama atau menghampiri macam ibu bapa dia.. Aku kata: emmmmm, mata ada iras2 macam mak dia, hidung ada iras2 ikut ayah dia, mulut hampir sama macam nenek dia… tapi yg satu ni sama sejibik macam bapak dia punya!!! Kakak aku tanya: bahagaian mana yg sama sebijik macam bapak dia.? aku kata: ni.. ha ha ha.!. sambil tangan aku menunjuk arah kemaluan baby tu.
Oleh kerana kakak aku memahami aku, maka tak kedengaranlah timbul rungutan seperti:
"ehs..apa ni? teruknya.." "awak ni tak senonoh lah!!!" "Kotorlah awak nie.." "jijiknya pemikiran engkau, lucah betul" he he he…lantak korang ler..oh..aku melalut lagi!!! Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa ugama islam itu? TIGA BENTUK RUPA UGAMA.
Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.
Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam. Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam? aku kata:
Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam. kenapa? kerana kat situ ada amalan pasar malam; Apa amalan pasal malam? Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!! Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat memang macam negara islam…sesetengah tempat memang macam semacam…macam setan!!! .oh..tepuk dada tanya iman… Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!! Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama… Pertama
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU.(kat rumah) La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. . "RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…" (Lagu :peristiwa akhir zaman) Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan panggung wayang,maklumlah ada cerita "Superman return"(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!! Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan, Satu cerita daripada encik setan (lebih kurang maksud):
"Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid,

tanya hamba Allah ni (lebih-kurang) "terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?" Dah tentu aku jawab :
"aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu" Oh… Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:
-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2....
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan) -Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.
(cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat,

yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )
-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu –
maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam. (patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!) -Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu –
maka orang islam akan memerintah dunia. (Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?) huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!! Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk… Maafkan aku kerna membebel macam mak nenek…oh.. Kedua ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat....jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba: GOAL!!!!!!! Terkejut berok :placeeden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat... ingat pesan Kak Pah: "carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam"… isk..isk.. Ketiga ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH. -WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH. -KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH. ------------ ----
-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa? budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah.. aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!! (oh..ummat sedang menderita…) ------------ -Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat? wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!! aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler… (oh..ummat masih menderita…) -----------
-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat? lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!! aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman!!! (oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku) oh… Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya… aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !! aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh.. KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!! Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!! mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat. Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan ramat untuk kampung itu, Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r.ha) YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… AMIN..YA ROBBULALAMIN…
ps: Rupa-rupanya, rupa mayat dan rupa orang hidup, tak de lah jauh sangat rupa-rupanya, rupa mayat dengan rupa org yg hidup..rupa- rupanya.. oh..begitu rupa-rupanya…

Jumaat, Jun 05, 2009

komputer dah ok, streamyx pun dah on...

Alhamdulillah.... baru jerr usung komputer bawak balik umah malam ni. Pas tu call TM 100 buat install balik my streamyx. Minggu lepas TM service datang pun tak leh wat ape juge.. al sebabnya komputer yg. ade masalah... Moga lepas ni, ok la kot...ameennn!!!

Iklan lagi....!