Isnin, Jun 15, 2009

Kurang guru lelaki... boleh jadi serius nie...!

Kementerian usaha atasi kekurangan guru lelaki
(Berita Harian 15.06.09)

LANGKAWI: Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian berhubung kekurangan guru lelaki, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, antara pandangan yang dikemukakan termasuk mendapatkan insentif khas untuk menarik lebih ramai lelaki menceburi bidang perguruan. "Saya tidak kata akan kurangkan tahap kelayakan (menjadi guru), tapi kementerian akan cari jalan lain untuk kurangkan jurang itu walaupun ia mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Taman Geo Rimba Kilim di Ayer Hangat, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Aminah Ayob, semalam yang melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu. Muhyiddin berkata, kekurangan guru di kalangan golongan lelaki bukanlah kerana diskriminasi jantina, sebaliknya realiti pada masa kini. Katanya, masalah itu juga mungkin timbul akibat kurangnya keinginan golongan lelaki memilih profesion perguruan atau tiada kelayakan dan terpaksa memilih kerjaya lain.
"Dilema bilangan guru lelaki yang jauh ketinggalan berbanding wanita iaitu pada nisbah 20:80 sekarang menjadi tumpuan utama kementerian untuk menyelesaikan masalah itu. "Saya tidak menyalahkan gender... apa yang boleh kementerian lakukan sekarang ialah mengurangkan jurang bilangan guru lelaki dan wanita," katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau gembira dengan maklum balas orang ramai mengenai cadangan kerajaan bagi menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Semua orang setuju bahasa Inggeris itu penting.... tiada siapa pun yang mengatakan bahasa Inggeris tidak perlu dan respons yang diterima sangat memberangsangkan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan membuat keputusan terburu-buru mengenai pelaksanaannya dan masih mempelawa orang ramai memberi pandangan berhubung syarat mewajibkan calon lulus itu. - Bernama

3 ulasan:

nahmy berkata...

pelik tp benar, disekolah anak pun isu yg sama berlaku. nape guru lelaki kurang perlu dikajiselidik ni. susah gak klu satu sekolah semua gurunya wanita....hmmm..

Zul-Elle berkata...

Sememangnya sehingga hari ini kekurangan guru lelaki ini amat dirasakan. Mungkin ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap awal tahun pun dapat melihat sendiri keadaan ini, hingga ada sesetengah sekolah 90 peratus gurunya adalah wanita. Seperti kata Murad, kalau di sekolah rendah, jumlah guru wanita 100 peratus pun tidak mengapa tetapi sekolah menengah, ketidakseimbangan ini perlu diatasi segera.Ibu bapa juga pasti pernah mendengar anak mengeluh mengenai aktiviti sukan atau kokurikulum yang tidak dapat mereka lakukan kerana tidak ada guru lelaki untuk membimbing umpamanya bola sepak.
Perkara ini sudah berlaku dan kesannya pun sudah dapat dirasai.Pada peringkat sekolah menengah, ada sesetengah tanggungjawab guru lelaki tidak boleh dipikul guru wanita kerana hanya guru lelaki boleh menangani masalah pelajar lelaki. Malah, kadangkala pelajar wanita juga perlukan perhatian daripada guru lelaki untuk mendisiplinkan mereka. Memang ada pelajar wanita lebih selesa berbincang dengan guru lelaki berbanding guru wanita dalam sesetengah hal tetapi mereka tidak ada tempat untuk berbuat demikian di sekolah.
Masalah disiplin ketika ini bukan boleh dibandingkan dengan zaman dulu. Masalah yang menghambat anak zaman sekarang terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok, samseng, pergaulan bebas lelaki wanita dan pelbagai masalah yang tak terfikir akal boleh dilakukan anak zaman ini.

Zul-Elle berkata...

Ulasan di atas saya petik dr blog:

perantaukite.blogspot.com/

Ade masa, silalah belayar ke sana!

Iklan lagi....!