MAJLIS PEMUAFAKATAN ILMU GURU-GURU DAN IBUBAPA MURID & MENANDATANGANI DOKUMEN IKRAR MURID TAHUN 6 (2009)
PENDAHULUAN
Memandangkan murid-murid Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September nanti, maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Pemuafakatan Ilmu Guru-guru dan Ibubapa Murid Tahun 6. Ini merupakan salah satu usaha bersama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bagi melihat kecemerlangan murid-murid dalam UPSR dari segi peningkatan kualiti dan pertambahan kuantiti. Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai murid sekolah melalui akujanji yang ditandatangani.
PENDAHULUAN
Memandangkan murid-murid Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September nanti, maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Pemuafakatan Ilmu Guru-guru dan Ibubapa Murid Tahun 6. Ini merupakan salah satu usaha bersama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bagi melihat kecemerlangan murid-murid dalam UPSR dari segi peningkatan kualiti dan pertambahan kuantiti. Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai murid sekolah melalui akujanji yang ditandatangani.
MATLAMAT
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan di samping meningkatkan mutu pencapaian UPSR di kalangan murid SK. Taman Bunga Raya 1. Adalah diharapkan semoga dengan adanya majlis seumpama ini, selain dapat meningkatkan kelulusan dan mutu akademik, pemuafakatan di antara guru-guru dan ibubapa/penjaga dapat dieratkan.
OBJEKTIF
Pada akhir program, diharapkan...
1. dapat memberi pendedahan dan makluman kepada ibubapa/penjaga tentang kurikulum UPSR sebagai jalan untuk mendidik anak-anak dengan lebih berkesan serta program dan aktiviti murid-murid Tahun 6 bagai tahun 2009.
2. Menyuburkan sikap bertanggungjawab ibubapa/penjaga dalam memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.
3. Memberi motivasi, semangat dan nilai bertanggungjawab serta bersungguh-sungguh untuk belajar dengan lebih tekun dan bersistematik.
4. Mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru untuk meningkatkan prestasi murid-murid.
11 ulasan:
bahawasanya saya berjanji akan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran, dan berusaha untuk memperolehi keputusan yang baik dalam SPM,,,,
-gua jadi leader dulu baca ikrar SPM kat sekolah..hahahha
alhamudulillah...bagus gak arrangement camni nih. itu yg diorng dok kata...'cam ibubapa & guru2..walau tak sebulu, tapi tetap bersekutu'.
Salam aloy,
nape lu tak terus sambung amik STPM lak. Cikgu2 wa dulu sebut pra-U! Kira ikut step la...
Salam nahmy,
Guru2 mana boleh pilih2 bulu, nanti tengah dok pilih2 terjumpa kutu la pulak.... ha hah hahaa..
Kat Kedah majlis macam ni depa panggil JAYA WARIS. Baru minggu lepas hadir ke sekolah anak. Tahun ni dia nak ambil UPSR
Salam Cikgu,
Lain padang, lain belalang. Namun belalang, tetaplah ia belalang!
Banyak program yg telah dijalankan, cuma masa je tak mengizinkan nak postkan kat blog ni. "SIBUK" tu alasan cuma, ye tak!
Assalamualaikum. lama tak buka blog Mualim, dah berubah wajag lagi. Tahniah ye telah menjalankan tugas yang diamanahkan. Sayapun nak buat macam-macam tai......alasan-alasan..... selamat maju jaya
Salam Cikgu Hjh. Ruhayah,
Seronok baca cerita2 Cikgu jadi pelajar balik. Semoga sukses selalu. Saya ni, ntah bila la nak sambung belajar lagi...
Apa pun, hari2 yg. dilalui juga byk. memberikan pelajaran yg. berguna, kerna 'pengalaman kian mendewasakan'!
tima kasih..
Salam Sdr Muallim,
'Pengalaman kian mendewasakan....'betul tu. Apapun, ilmu tak mengenal usia, ada rezeki dan masa boleh sambung belajar lagi...InsyaAllah.
4 hari saya ke KL, kursus di Hotel Vistana. Balik jenguk sat blog minda muallim. Peh!!!!!!!dah berubah rupanya.
Salam cikgu... dan terima kasih seadanya. Sebenarnya ada masalah ngan sambungan internet saya ni. Dah berapa kali cal TM. Macam tu gak lagi. Saya dah cuba posting yg baru pun tak kuar jugak. Ni nak kena banyak sabau ni... Nak menjengah blog tuan2 semua pun tersangkut2. Pe pe pun, masalah akan cuba d selesaikan ... insyaAllah.
Catat Ulasan