Jumaat, Mei 20, 2011

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Khamis, Mei 19, 2011

Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna

   
   Perempuan yang berpakaian tetapi mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah s.a.w tentang akan ada sesetengah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi tidak menutup aurat.
   Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah S.W.T. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah.
   Nauzubillah.. Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

Rabu, Mei 18, 2011

Bercinta Menurut Islam

Dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.

   Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri. Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran.

   Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharah dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.

   Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

Selasa, Mei 17, 2011

HISTORIOGRAFI


Salah satu peninggalan ilmiah terpenting Islam adalah penulisan sejarah atau historiografi. Sejak pertengahan abad ke-2, penulisan sejarah, baik biografi Nabi s.a.w. mahupun informasi lain, telah dimulai oleh para penulis muslim. Dari penulisan biografi ini menjadi salah satu cabang ilmu terpenting dalam pembahasan hadis. Para ulama hadis menyebutnya 'ilm ar-rijal' atau ilmu yang menjelaskan biodata perawi hadis.

Ahad, Mei 01, 2011

Seminar Dakwah di Masjid AsSalam...(2)

Sementara menunggu program bermula...

Tekun mengikuti seminar

Kaum muslimah turut hadir, dari jauh pun ada!

Sesi soal jawab yang mendapat sambutan

Ustaz Mohd. Fitri membicarakan tentang masyarakat Hindu

Seminar Dakwah di Masjid AsSalam...

Pendaftaran peserta seminar
En. Zakaria bersama Pengarah Program, Cikgu Kamarul Zaman.
Persediaan sebelum berseminar
Sdr. Lim Jooi Soon dalam slot Ceramah 1
Memahami masyarakat Kristian bersama En. Mohd. Amin.

Iklan lagi....!