Selasa, Mei 24, 2011

7 Kalimah Untuk Diamalkan


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas laut.
1. Menyebut Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Menyebut Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Menyebut La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini.
6. Menyebut Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Menyebut La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian.

Isnin, Mei 23, 2011

Solat Namun Bertugas di Tempat Maksiat


Solat orang yang khusyuk mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Namun, jika ia solat sedangkan pada masa yang sama melakukan pekerjaan yang dilarang oleh agama, ini menunjukkan bahawa solat yang dikerjakan tidak meninggalkan kesan dalam kehidupan.

Dari segi pelaksanaannya, solat yang dilengkapkan dengan syarat dan rukun maka hukumnya sah. Namun dari segi nilai hakikat solat itu yang tidak mencapai tujuannya. Bekerja di tempat maksiat seperti menyediakan minuman keras sama juga dosanya dengan orang meminumnya. Jadi, jika kita sedar bahawa pekerjaan tersebut bertentangan dengan hukum syarak maka segeralah bertaubat dan carilah kerja yang sesuai dengan fitrah insaniah kita sebagai seorang muslim. Wallahu a'lam.

Ahad, Mei 22, 2011

Bina Peribadi Waktu Makan

Makan malam sebuah keluarga orang Barat

Ibu bapa harus menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

2. Baca Bismillah dann guna tangan kanan

3. Ambil lauk terdekat dahulu

4. Kawal suapan

Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.

Sabtu, Mei 21, 2011

Perkara Ringan Yang Mendatangkan Kesusahan

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam hadis-hadis ada terkandung perkara-perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Membakar kulit bawang.
15. Menjahit baju yang sedang dipakai.
16. Mengelap muka dengan baju.
17. Berdiri sambil bercekak pinggang.
18. Tidur tidak memakai baju.
19. Makan sebelum mandi hadas.
20. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
21. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
22. Lambat pulang dari masjid.
23. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
24. Kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
25. Suka memadam pelita dengan nafas.
26. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
27. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
28. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
29. Memakai seluar sambil berdiri.
30. Memakai serban sambil duduk.
31. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
32. Makan dengan menggunakan dua jari.
33. Berjalan di antara dua kambing.
34. Berjalan di antara dua perempuan.
35. Suka mempermainkan janggut.
36. Suka meletakkan jari-jemari tangan pada bahagian lutut.
37. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
38. Suka menggigit kuku.
39. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
40. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
41. Menguap ketika solat.
42. Meludah di tempat bung air besar atau air kecil.

Wallahualam.. jika ada yang salah sila perbetulkan..

Jumaat, Mei 20, 2011

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Khamis, Mei 19, 2011

Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna

   
   Perempuan yang berpakaian tetapi mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah s.a.w tentang akan ada sesetengah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi tidak menutup aurat.
   Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah S.W.T. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah.
   Nauzubillah.. Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

Rabu, Mei 18, 2011

Bercinta Menurut Islam

Dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.

   Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri. Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran.

   Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharah dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.

   Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

Selasa, Mei 17, 2011

HISTORIOGRAFI


Salah satu peninggalan ilmiah terpenting Islam adalah penulisan sejarah atau historiografi. Sejak pertengahan abad ke-2, penulisan sejarah, baik biografi Nabi s.a.w. mahupun informasi lain, telah dimulai oleh para penulis muslim. Dari penulisan biografi ini menjadi salah satu cabang ilmu terpenting dalam pembahasan hadis. Para ulama hadis menyebutnya 'ilm ar-rijal' atau ilmu yang menjelaskan biodata perawi hadis.

Ahad, Mei 01, 2011

Seminar Dakwah di Masjid AsSalam...(2)

Sementara menunggu program bermula...

Tekun mengikuti seminar

Kaum muslimah turut hadir, dari jauh pun ada!

Sesi soal jawab yang mendapat sambutan

Ustaz Mohd. Fitri membicarakan tentang masyarakat Hindu

Seminar Dakwah di Masjid AsSalam...

Pendaftaran peserta seminar
En. Zakaria bersama Pengarah Program, Cikgu Kamarul Zaman.
Persediaan sebelum berseminar
Sdr. Lim Jooi Soon dalam slot Ceramah 1
Memahami masyarakat Kristian bersama En. Mohd. Amin.

Iklan lagi....!