Khamis, Januari 14, 2010

KEBERKATAN WAKTU


Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita. Yakinilah, kita diciptakan untuk suatu tugas yang amat penting, dan waktu ialah modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas tersebut dengan baik.

Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yang baik, kita tidak akan dapat menunaikan tugas tersebut dengan sempurna.leh sebab itu, bagi hamba-hamba Allah yang sejati, waktu jauh lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta benda apa pun di dunia ini.

Rabu, Januari 13, 2010

TUJUH WASIAT...

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepa mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:-
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Selasa, Januari 12, 2010

ADAB PERGAULAN DAN BERBAIK SANGKA

Ada seorang ahli hikmah mengatakan... "Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini...:
1. Hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan, rela hati. Elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak berludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.
4. Usahakan agar dudukmu itu nampak tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam sahaja.
5. Jangan bersikap pura-pura.
6. Elakkan daripada memberitahu sesiapa tentang harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.
7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.
8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
9. Jika masuk ke majlismajlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu. Jangan suka bergurau senda dengan cendiakawan dan orang yang kurang akalnya. Jika banyak bersenda gurau dalam sesuatu majlis kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

Isnin, Januari 11, 2010

SEBELUM KAMU MENGELUH

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk dalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
12. Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!
13. Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu.
14. Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.
15. Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan. Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya.

...dipetik dari buku "Keramat Seorang Ibu" 2009

Rabu, Januari 06, 2010

Tiga Punca dan Tiga Tip...

3 Punca Gagal Mengurus Kewangan...
1. Gagal merancang
2. Berbelanja melebihi kemampuan
3. Bebas berbelanja menggunakan kad kredit
.... syyyyy, saya ler tuuu!
3 Tip Mengurus Kewangan dengan Bijak...
1. Menabung
2. Adakan senarai pembelian
3. Jangan berhutang!

-MARLINA SHAMSUDDIN

Iklan lagi....!