MAJLIS PEMUAFAKATAN ILMU GURU-GURU DAN IBUBAPA MURID & MENANDATANGANI DOKUMEN IKRAR MURID TAHUN 6 (2009)
PENDAHULUAN
Memandangkan murid-murid Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September nanti, maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Pemuafakatan Ilmu Guru-guru dan Ibubapa Murid Tahun 6. Ini merupakan salah satu usaha bersama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bagi melihat kecemerlangan murid-murid dalam UPSR dari segi peningkatan kualiti dan pertambahan kuantiti. Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai murid sekolah melalui akujanji yang ditandatangani.

MATLAMAT
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan di samping meningkatkan mutu pencapaian UPSR di kalangan murid SK. Taman Bunga Raya 1. Adalah diharapkan semoga dengan adanya majlis seumpama ini, selain dapat meningkatkan kelulusan dan mutu akademik, pemuafakatan di antara guru-guru dan ibubapa/penjaga dapat dieratkan.
OBJEKTIF
Pada akhir program, diharapkan...
1. dapat memberi pendedahan dan makluman kepada ibubapa/penjaga tentang kurikulum UPSR sebagai jalan untuk mendidik anak-anak dengan lebih berkesan serta program dan aktiviti murid-murid Tahun 6 bagai tahun 2009.
2. Menyuburkan sikap bertanggungjawab ibubapa/penjaga dalam memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.
3. Memberi motivasi, semangat dan nilai bertanggungjawab serta bersungguh-sungguh untuk belajar dengan lebih tekun dan bersistematik.
4. Mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru untuk meningkatkan prestasi murid-murid.