Sabtu, November 20, 2010

Bermulalah Cuti Sekolah


Cuti sekolah sudah bermula. Alangkah moleknya kalau dapat dimanfaatkan seawal hari pertama ini dengan sebaik-baiknya. Bukan apa, untuk buat contoh dan teladan anak-anak ni la...
1. Bincang dengan Oman dalam seminit dua tentang 'misi mustahil'nya untuk 2011 nanti. Saja beri gambaran awal kemungkinan dia boleh capai kalau usaha sungguh-sungguh. InsyaAllah, tak de mustahilnya Oman 5A!!!
2. Hantar keta ke rumah Man dan pinjam keta dia. Suruh cek balik 'air-cond' dan pasal nak tambah 'relay' tu...
3. Umi ajak pegi ke program Hari Kanak-kanak di Aniza Medical Centre. Ramai jugak... jadi penonton ajelah barang sekejap. Team nasyid SKBS baru jer selesai buat persembahan. Anak-anak makan ubat cacing free hari ni.
4. Langsung ke Taman Bunga Raya rumah mak Lek. Alamak! keta Man terundur sebab hand-brake tak tarik habis. Terima kasihlah kat akak tu yg susah payah bagi tau. Bergegas turun alihkan keta. Risau gak kot kemek ke, kopak ke keta kawan tu.
5. Satu hal pulak lagi. Keta Man tak leh start masa nak balik! Merajuk le pulak.. Mintak tolong sorang brader tu kebetulan lalu. Tolak le dia sama Oman. Tepon Man. Katanya kalau lupa tutup lampu takat sejam tu takkan kong pulak bateri. Dia suruh tolak dulu, masuk gear dua. Ok! pass.
6. Ada jemputan kenduri umah Johari. Pegi dengan Oman dan Adam jer. Yang lain tak nak ikut. Singgah umah Shah dulu, janji pukul tiga.
7. Balik dari umah Joe, singgah ziarah Abg. Atan di rumahnya. Dia masuk wad baru-baru ni. Esok nak ke Hospital pulak. Ok dah nampaknya.. tapi apa sakitnya..
8. Lepas Asar, bersihkan sikit depan umah tu... dah lama tak nguruskan pokok-pokok bunga ni...
9. Isyak sama Oman di masjid AsSalam. Sudah tu lajak ke pasar malam belikan buah dan laksa. Murtabak pun ada, kesukaan Oman.
10. Walaupun lewat, pegi jugak umah pengerusi surau, Norhadi. Dia ada panggil lepas Isyak ke rumahnya untuk mesyuarat program aqiqah 27/11 nanti. Janji tunjuk muka jang!

2 ulasan:

nahmy berkata...

salam cikgu. sibuk nampaknya?..gitule selalu bila bebudak yg cuti panjang mak-bapak yg kelam-kabut. saya pun tgh tunggu masa nak sibuk je nih...lelebih yg sulung nak UPSR tahun depan

Zul-Elle berkata...

Yang sulung hamba dah lepas, Alhamdulillah! ni yg no.2 tahun depan pulak, wallahu wa'lam la...

Iklan lagi....!