Kedai kain yang. ditujui. |
- Pagi ni ambil Mak Lek di Apt. Dahlia sama Adam. Janji nak bawa Mak Lek ke kedai kain.
- Call En. Azahari order barang dan janji ambil petang nanti.
- Ke Tg. Malim ikut jalan Kuala Kubu. Destinasi yang dituju, riamoda bersebelahan UPSI. Tiga beradik tinggal di rumah.Ntah la apa dibuat. Kalau pandai, gunalah kesempatan untuk mengemas rumah. Kalau tidak, ruginya lah masa berlalu...
- Mak Lek belanja minum hari ni selepas selesai urusan. Terima kasih.
- Ajak Adam ke pekan nak buat salinan kunci, apek tu pulak tak de. Ke HRC nak ambil barang, tutupla pulak. Petang ni lebat sungguh hujan turun. Seronok Adam tengok 'air terjun' dan 'banjir kilat' sepanjang jalan.
- Hujan dah berhenti. Umi ajak ke rumah Diana (part-time tailor!) petang ni, hantar kain.
- Pergi semula ke HRC ambil barang. Adam pulak ajak masuk bookworm. Intai2 Solusi terbaru, belum ada lagi.
- Call Che Mad ajak datang rumah esok untuk 'home party'. Setuju sampai sanggup batal temujanji lain.
- Lepas Isyak, ke rumah Norhadi jemputan majlis tahlil & doa selamat sempena program aqiqah dan nak potong ayam si Umar! he he he...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan