Keluar pagi balik malam
|
Kompleks PKNS Shah Alam |
- Dah dicanangkan dari semalam lagi, ada sambutan Hari Kanak-kanak negeri Selangor kat Shah Alam. Makanya, seisi keluarga la pagi ni menyerbu ke Kompleks PKNS konon-kononya nak sertai macam2 acara yg dipertandingkan. Maklumlah, majlis dari 9.00 pagi ke 6.00 petang tu! Rupa2nya hanya untuk kumpulan kanak2 dari tadika-tadika yg dah dipilih sahaja. Tiada acara untuk individu! ha ha ha...
- Kebetulan pulak ada 'booth' TAWAS yg turut dibuka, kesempatan diambil untuk daftarkan semula Husna. Borang yg. dulu sekerat jalan je prosesnya.. Kali ni terus isi borang, fotostat k/p ayah ibu dan juga mykid anak, serah di kaunter dan tunggu la 4 bulan lagi kiriman kadnya!
- Juga di sebelahnya pulak ada 'booth' PPAS , apalagi... pakat dok isi borang keahlian perpustakaan la pulak. Hai, lepas ni kena datang tiap2 minggu la ke SA buat pinjaman/pulang buku... kih kih!!!
- Masuk ke Kedai Buku Marwilis (antara destinasi wajib kalau kemari). Mengintai2 sebuah buku : "Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman" Wah! bukan main dia punya semangat nk membaca sekarang ni... Hampa... tak ade! Kata Umi, kedai tumpuan ramai mcm tu mana nak ada lagi, cepat jer abisnya. Best-seller tu...
- Alamak, rasa lapar la pulak... Nak ke mana kita ni? Umi ajak ke destinasi seterusnya. Memecut ke Kota Damansara menuju ke pasaraya carefour. Ada sebuah kedai buku di sini, Sarjana namanya. Alhamdulillah... buku dicari ada di sini rupanya. Itu pun setelah ditanya pada tuan kedai. Solat Zohor di sini dan makannya juga di sini!
- Menyusuri jalan ke Subang Airport. Umi mengingatkan anak2 inilah tempat kerja Atuk sebelum ke KLIA. Masa kecil dulu, Umi pun pernah dibawa Atuk ke tempat kerjanya.. sama Alang lagi.
- Oman risau kalau2 ayah dah nak balik rumah. Tak puas lagi jalan2. OK la... kita ke One Utama pulak. Dah lama tak menjenguk... Ye la, sejak pasaraya Giant dah ditutup dan buka yg baru di KD. Kami ke sana aje la.. Pusing2 taman dlm bangunan, kemudian naik ke tingkat 2, kedai buku MPH. Tak lama di situ, Husna tak diam!
- Kami singgah solat Asar di Masjid Kota Damansara dan kemudiannya ke Carlina, rumah Che De untuk ambil kiriman dari mak & ayah. Sempat jumpa kak Na, Uteh & famili. Alhamdulillah, sihat semuanya..
- Umi ajak balik ikut Rawang. Kalau sempat nk singgah kedai kain. Singgah Maghrib di Masjid Nurul Iman, Rawang. Kenapa pulak lampu tandas L & P tak menyala???? Kan menyusahkan orang ramai yg nk berurusan!
- Tak jadi ke kedai kain. Langsung ke tesco je. Dalam tu pun ada kedai kain Takzim. Tapi...., sudahnya Umi tak beli pun. Tak sesuai, kurang pilihan! Hai...., ke kedai kain mana lagi kita....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan