- Sarapan di warung Pak Wan sama Umi, Husna dan Adam. Untuk yang tiga beradik lagi tu, bungkuskan nasi lemak aje dah.
- Ke pasar Bukit Sentosa.
- Pak Ngah datang sekeluarga hari ini. Siap bawak kek lagi tu...! Tak sangka la pulak. Sebab yang janjinya Che De. Uteh pulak insyaAllah!
- Che De pun dah sampai juga Uteh dan famili masing-masing.
- Ada jemputan kenduri doa selamat di Seroja 5. Mula ingatkan tak dapat nak pergi sebab ada janji pukul dua Che Mad nak datang. Tapi, okla... boleh mencelah sekejap.
- Che Mad datang jugak akhirnya. Bawak geng lagi - Pak Tahir (nasi lemak) dan Fendi yang baru dikenal hari ni.
- Buat la sikit perbincangan yang dipengerusikan oleh Che Mad... insyaAllah selepas ini lebih kemas lagi!
- Mak Lek datang dengan Pakcik Nizam. Ingatkan Ana ada sama. Ke Melaka rupanya.
- Ucapan terima kasih kepada Uteh dan Ayah De yang bertungkus lumus menjayakan agenda membakar ayam, sotong dan udang petang ni. Rentung tapi tak hangus, he he he....!
- Malam ni kuliah selepas Isyak di surau bersama Ust. hakimuddin al-Hafiz. Hadir lewat la...
Ahad, November 28, 2010
Adik-beradik datang bertamu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan