Jom p mlawat uteh ptg ni nk? Mari le ambik kite. Pas tu guna kete kite.
07/04/2011
08:54 AM
Khamis, April 07, 2011
Sms dari Che De
Br ty uteh , dia kata skang dia demam. Drh amik hari2. Kata sel drh putih tggi. Makna ade jangkitan
06/04/2011
10:12 PM
06/04/2011
10:12 PM
Rabu, April 06, 2011
Rabu, Februari 23, 2011
Isnin, November 29, 2010
Genap 40 hari ini
![]() |
| "Lelaki ini yang selalu..." (lagu Nuar Zain tu,,) |
- Alhamdulillah.... mencecah ke angka 40 hari ini! Eh, ya ke...? Itulah perjalanan masa, berlalu dan terus berlalu tanpa sedetik pun terhenti. Cuma kita yang selalu alpa dan leka. Doa dan harapan semoga diri ini sentiasa diberikan taufik dan hidayah dalam mengharungi liku-liku hidup yang masih berbaki, yang penuh cabaran dan dugaan, yang amat-amat menguji....
- Terima kasih di atas ingatan rakan-rakan, teman dan taulan yang turut sama mengingati tarikh keramat pada hari ini. InsyaAlllah dan Amin untuk doa dan harapan yang diucapkan. Sungguh, kita perlu berdoa dan meminta hanya kepadaNya setiap masa agar beroleh kebaikan di dunia dan akhirat nantinya.
- Pagi ini mengemas & membersihkan mana yang patut dan membantu Umi sebelum meninggalkan rumah untuk seminggu balik ke Kuantan. Tak gitu, tak seronok rasanya nak ke mana-mana!
- Ingatkan nak bertolak lepas Zohor, penat la pulak. Jadinya bawak2 la berehat dulu.
- Bertolak lepas Asar (itu pun dah dekat pukul 6). Tak pe la, yang penting mohon selamat sepanjang perjalanan insyaAllah!
- Singgah di Kota Damansara, ambil Mira (semalam ikut Che De balik rumah). Sama sampai dengan Ayah De baru balik kerja.
- Dari KD menghala tol Jalan Duta. Ambil susur ke DUKE. Pertama kali lalu ikut tu. Keluar tol Sentul dan terus sambung MRR2.
- Singgah Maghrib dan pengurusan diri di Petronas Gombak. SOLUSI edisi ke-26 dah keluar!
- Perjalanan ke Kuantan, Alhamdulillah baik dan lancar. Cuma berselang-seli dengan hujan. Singgah memenuh tangki di Petronas 'Hill Side'!
- Lafaz kesyukuran ke hadrat Ilahi. Selamat sampai kurang lebih jam 11.00 malam. Pak su, mak dan ayah dah sedia menunggu!
Ahad, November 28, 2010
Adik-beradik datang bertamu
- Sarapan di warung Pak Wan sama Umi, Husna dan Adam. Untuk yang tiga beradik lagi tu, bungkuskan nasi lemak aje dah.
- Ke pasar Bukit Sentosa.
- Pak Ngah datang sekeluarga hari ini. Siap bawak kek lagi tu...! Tak sangka la pulak. Sebab yang janjinya Che De. Uteh pulak insyaAllah!
- Che De pun dah sampai juga Uteh dan famili masing-masing.
- Ada jemputan kenduri doa selamat di Seroja 5. Mula ingatkan tak dapat nak pergi sebab ada janji pukul dua Che Mad nak datang. Tapi, okla... boleh mencelah sekejap.
- Che Mad datang jugak akhirnya. Bawak geng lagi - Pak Tahir (nasi lemak) dan Fendi yang baru dikenal hari ni.
- Buat la sikit perbincangan yang dipengerusikan oleh Che Mad... insyaAllah selepas ini lebih kemas lagi!
- Mak Lek datang dengan Pakcik Nizam. Ingatkan Ana ada sama. Ke Melaka rupanya.
- Ucapan terima kasih kepada Uteh dan Ayah De yang bertungkus lumus menjayakan agenda membakar ayam, sotong dan udang petang ni. Rentung tapi tak hangus, he he he....!
- Malam ni kuliah selepas Isyak di surau bersama Ust. hakimuddin al-Hafiz. Hadir lewat la...
Sabtu, November 27, 2010
Ke Tg. Malim pagi ini
![]() |
| Kedai kain yang. ditujui. |
- Pagi ni ambil Mak Lek di Apt. Dahlia sama Adam. Janji nak bawa Mak Lek ke kedai kain.
- Call En. Azahari order barang dan janji ambil petang nanti.
- Ke Tg. Malim ikut jalan Kuala Kubu. Destinasi yang dituju, riamoda bersebelahan UPSI. Tiga beradik tinggal di rumah.Ntah la apa dibuat. Kalau pandai, gunalah kesempatan untuk mengemas rumah. Kalau tidak, ruginya lah masa berlalu...
- Mak Lek belanja minum hari ni selepas selesai urusan. Terima kasih.
- Ajak Adam ke pekan nak buat salinan kunci, apek tu pulak tak de. Ke HRC nak ambil barang, tutupla pulak. Petang ni lebat sungguh hujan turun. Seronok Adam tengok 'air terjun' dan 'banjir kilat' sepanjang jalan.
- Hujan dah berhenti. Umi ajak ke rumah Diana (part-time tailor!) petang ni, hantar kain.
- Pergi semula ke HRC ambil barang. Adam pulak ajak masuk bookworm. Intai2 Solusi terbaru, belum ada lagi.
- Call Che Mad ajak datang rumah esok untuk 'home party'. Setuju sampai sanggup batal temujanji lain.
- Lepas Isyak, ke rumah Norhadi jemputan majlis tahlil & doa selamat sempena program aqiqah dan nak potong ayam si Umar! he he he...
Langgan:
Catatan (Atom)

