Van sekolah rempuh treler
18 Januari 2013
BUKIT BERUNTUNG – Seorang murid parah manakala seorang lagi cedera di kepala apabila van sekolah dinaiki bersama tiga lagi murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Sentosa Fasa 1 terbabit dalam kemalangan di persimpangan empat Jalan Adenium di sini, petang semalam.
Saksi kejadian, Mohamad Fauzi Misnan, 44, berkata, kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu berlaku di hadapan sebuah restoran.
“Van dipandu seorang lelaki membawa murid SRA terlanggar sebuah treler yang tiba-tiba membuat pusingan U di laluan salah.
“Seorang kanak-kanak lelaki parah, tersepit di tepi pintu belakang manakala seorang lagi cedera di dahi dan kepala akibat hentakan,” katanya.
Menurutnya, semua mangsa diselamatkan orang awam dan di bawa ke pusat perubatan swasta sebelum murid yang parah di bawa ke Hospital Sungai Buloh.
Katanya, dia hanya terdengar bunyi dentuman sebelum melihat orang ramai meluru ke tempat kejadian.
“Saya sempat mendengar kanak-kanak lengkap berpakaian sekolah agama menjerit meminta tolong setelah kakinya tersepit.
“Sedih mendengar jeritan itu, tapi saya terharu melihat keprihatinan orang ramai yang pantas membantu,” katanya.
Sementara itu, mangsa, Muhd Izz Sirhan Salahuddin, 12, berkata, ketika kejadian dia sempat melihat lori treler yang membawa muatan tisu muka di hadapan mereka tiba-tiba membelok.
“Van bergerak perlahan ketika itu tetapi kejadian terlalu pantas dan pemandu gagal mengelak lalu merempuh bahagian tengah muatan treler tersebut.
“Saya terkena serpihan cermin pintu di kepala sebelah kiri dan tidak lama kemudian orang ramai datang selamatkan kami,” katanya .

Menurutnya, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke sekolah agama, namun disebabkan kejadian itu dia diberi cuti sakit dua hari.
Berdasarkan maklumat Muhd Izz Sirhan, mangsa parah dikenali sebagai Meor Muhammad Nur Hakim Meor Muhammad Ridzwan, 11 dan Muhammad Danish Azhar cedera di dahi dan kepala.
Manakala, dua lagi cedera ringan adalah Muhammad Shahrul Syafizi, 11, dan Nurin Nazeha Muzaffar, 11.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan