Jumaat, September 11, 2009

Apa itu 'poco-poco'???

Satu contoh aksi 'poco-poco'
Oleh : Adeq Best



Salam...

Pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini"Assalammualaikum.Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina buk anny a dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerak anny a, yg membentuk salib.Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.WALLAHUALAM. ...

5 ulasan:

Zul-Elle berkata...

Salam buat warga SKTBR 1,

Semoga paparan ini dapat memberikan lebih kefahaman kepada rakan2 semua sebagaimana yg telah hamba khabarkan kelmarin...

Wallahualam.

unrestmind berkata...

salam tuan...baru sy tau asal-usul poco2 nie..dgr citer byk guru2 di sekolah2 mengaplikasikan tarian ni di sekolah...ermmm..antahla..
Lagi satu tuan,,,jarak2 la @ ada perenggan ke,pening pale nk bace..k la bro

kawie2020 berkata...

Bagi aku tak kisah pasal poco2 ni coz buat tanda salib pun kat tapak kaki. jadi salib tu terletak kat tempat paling bawah.. yang penting niat kita untuk sihatkan badan.. tu jer..Allah hu'alam

chocolateshakes berkata...

salam.....maaf.. jangan mudah terpedaya dengan hanya satu utusan yang tidak berasas ini.. si penulis cuba untuk menakut-nakutkan umat islam.. saya juga pernah menarikan tarian ini dan masih melakukanya bila2 yang saya suka. terang2 lagi si penulis cuba untuk menipu saya copy beberapa potong:
"Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman?"
mungkin penulis ini kidal..
hahaha... x berasas saya telah mnyertai senam poco-poco ini dan pelbagai step telah saya pelajari.. semuanya bermula dari kanan.. tidak cukup dengan pengalaman.. saya cuba browser di you tube dan web2 yang berkaitan... di negara2 luar.. e.g jepun, korea , us dan lain2.. juga memulakan tarian ini dengan langkah kanan.
dengar sahaja iringan lagu sudah terang2 nyanyian oleh indonesia dan sememangnya pengetahuan umum mngatakan ianya berasal dari negara indonesia.
tarian poco2 hanyalah satu pegerakan kanan kiri depan dan belakang hahah cetek...
oleh kerana pgerakan y umum ini.. si penulis sudah mengatakan ianya berbentuk salib? jika bergitu mari saya cabar nak lihat tulisan tangan nye saya nak lihat huruf "T" yang digunakan dalam tulisan tangan. secara mejoriti manusia menulis huruf t seakan2 tnda salib bukan? untuk pengetahuan anda step dalam senam poco2 ini.. boleh dicipta mengikut kreativiti individu asal sedap dengan rentak lagu nye..
owh ye.. fatwa mengharamkan senam yoga.. apa yang saya tahu.. senam yoga mempunya mentera nye tersendri oleh itu sharus nye diharam kan.. tetapi berlainan pula dengan senam poco2.. tidak ada mentera dan ape2 pon.
dalam islam ada mgariskan ape hukum nye atau sejauh mana kesahihan info2 seperti ini.. email.. meseg... dan surat layang.. saya ertikan adalah sama.. boleh juga saya ertikan kepada maklumat berangkai..
sebenarnya apa2 sahaj yang dilakukan adalah bergantung kepada niat kita di dalam hati.. sekadar melakukan pergerakkan untuk kesihatan bagi saya ini tidak mengapa.. owh ye bagai mana pula dengan tarian kuda kepang yang sememangnya agak menakutkan bagi saya.. boleh jadi dirasuk dan khayal seperti mabuk bukankah dalam islam mengharam perkara2 seperti itu untuk dilakukan. tarian makyong juga ada semangat nya tersendiri.. setakat ini shaja.. maaf ulasan saya bukan untuk menyinggung hati sesiapa tetapi 100% lahir dari pemikiran saya dan pendapat sendiri sahaja.

Zul-Elle berkata...

Terima kasih kepada Chocolateshakes di atas penerangan yang diberikan. Mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul.

Iklan lagi....!