Sabtu, Jun 13, 2009

SEMINAR SEHARI MAJLIS AMAL ISLAMI...

Bertempat di Tingkat 3, Dewa Raja Laut, Hotel Quality, Kuala Lumpur
Tarikh: 13 Jun 2009M/ 19 Jamadilakhir 1430H
Anjuran: Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Dengan Kerjasama: Kelab Guru & Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, Rawang, Selangor
Pengenalan
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
"Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan."

Objektif

1. Menambahkan pengetahuan dan ilmu kepada golongan pengajar

2. Mengetahui sedikit sebanyak pendidikan awal remaja mengikut konsep Islam

3. Mengetahui kepelbagaian kaedah mengajar

4. Meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan

5. Menjadi guru yang lebih efektif danm menjadi 'role model' kepada anak didik.

3 ulasan:

nahmy berkata...

salam Tuan Zul..
asal saja niat baik, cara baik & matlamatnya baik...maka perlu di teruskan program2 yg sebegini.

Aloy Paradoks berkata...

as salam bro,,, buat perengan pendek2 sikit,,, senang sikit nak bace..

Zul-Elle berkata...

Salam Tuan Nahmy,

Sesungguhnya amal perbuatan tu dimulakan dengan niat. Niat nak buat baik pun dah dapat pahala, apa lagi melakukannya. Maha Suci Allah yang Maha Luas limpahan rahmat kasih sayangNya, ameen!

Salam Aloy,

perenggan panjang ke pendek ke, tak jadi masalah kot. Bahasa yang sama gak. Penat mulut, baca lam hati jerrr...!

Iklan lagi....!